2.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK)2.1 Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitufalsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal “falsafah” berasal daripada duaperkataan Yunani, iaitu;
philos
dan
Sophia. Philos
bermakna mencintai manakala
Sophia
diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tigapenjuru, iaitu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahlifalsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagicetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin kearah perkembangan manusia.E.D Miller dalam bukunya
Questions That Matter
(1984)
mengujarkanfalasafah sebagaiusahaberfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item.Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 )meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaanpertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapatdiertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernasyang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin,
educare
yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. Definisi pemajmukanleksikal “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai“Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusiahidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan,kemanisan dan kepahitan”. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindaksebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafahmelibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).
3
Leave a Comment
Terima kasih...
helpful :)
Bagus,boleh mmbantu utk buat assignment,TQ
boleh emeil tak?untuk wk assmnt. emeil address yusmanizayusoff@yahoo.com
Thanks. Membantu utk wat assignment ni,
mase aku temuduga dulu takde tanye pon pasal bende nie... buat penat je bace...
gud
mcm mn mau donlod ni..