“Hai, boleh saya pinjam nota awak?” jatungku berdegup kencang umpama dilandataufan. Pertanyaan lelaki itu langsung terbiar tanpa jawapan. Aku segera beredar tanpamemandang sedikit pun pada lelaki itu. Seakan aku tidak mendengarnya.Itu bukan kali pertama. Itulah tingkahku tiap kali ditegur lelaki. Aku sedar niat lelaki ituikhlas hanya mahu meminjam nota ku. Namun, aku sama sekali tak mampu mengawalreaksi spontan yang tercetus apabila dihampiri lelaki.Angkara itu, aku sering mendengar kata-kata yang kurang enak tentangku, baik yangdibisik-bisik di belakangku atau yang keras dilempar di depanku. Perempuan sombong.Perasan lawa. Pekak. Tuli. Bisu. Buta. Dan entah apa lagi yang aku sendiri tidak mahumengingatinya.Ya, tentu sahaja aku terluka. Aku wanita yang miliki hati serapuh kaca, tidak pun pecah,ia mudah sekali retak. Barangkali memang layak juga aku dikata begitu. Mungkin akumemang bersalah. Namun, apa mampu kulakukan...inilah aku... Kadang-kala aku cubauntuk berubah, tapi ia bukan mudah. Pasti mengambil masa, maka hingga detik itutiba..aku akan terus begini.Aida pulang agak lewat malam ini. Di pelukannya terdampar sejambak mawar merahyang masih segar dan harum baunya. Wajahnya kelihatan ceria berseri-seri, riang sekaligadis itu. Senyuman yang terukir juga semanis gula.
Add a Comment
eika_marie90left a comment
jipxleft a comment
fila narialeft a comment