• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
ARAHAN TETAP KAWALAN KESELAMATANLEMBAGA PELABUHAN KAUNTAN(PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN)
Arahan tetap ini disediakan bagi memberi penjelasan kepada Bahagian/ Unit / Pasukan / Syarikat Kawalan Keselamatan yang melakukan kerja-kerja Kawalan Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan supayadapat menjalankan tugas dengan berkesan dan mematuhi piawaianyang dikehendaki oleh Pengurus Besar LPKtn Khususnya di Kawasanyang di Gazetkan Kawasan Sasaran Penting Negara.Arahan tetap ini juga disediakan sebagai Garispanduan bagi Pengawalkeselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagimenjalankan tugas berkaitan kawalan keselamatan untukmemantapkan lagi perkhidmatan Kawalan Keselamatan di BangunanLembaga Pelabuhan Kuantan dengan mempertingkatkan pegetahuandalam bidang kawalan keselamatan, fungsi kawalan keselamatan dantanggungjawab Pengawal Keselamatan dalam menjaga harta bendadan nyawa di tempat bertugas.
1)PENGAWAL KESELAMATAN.
a)Pengawal Keselamatan hendaklah berdisiplin, bersih, kemas,tegas ,jujur dan beretika sebagai Pengawal Keselamatan diLembaga Pelabuhan Kuantan.b)Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan di pintu masukdan keluar bagi mengawal Pergerakan keluar masuk orang danbarangan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.c)Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Kawasan yangbersesuaian untuk membuat tinjauan kepada Pergerakan keluardan masuk orang di Bagunan LPKtn dan lokasi tersebut tidakmenyukarkan pengawal menyalurkan maklumat berkaitan
 
Keselamatan kepada rakan setugas khususnya didalam suasanakecemasan seperti kebakaran dan ancaman.d)Pengawal Keselamatan mestilah bersedia dengan tugas dansentiasa menunjukan diri mereka sentiasa bersedia dan bertugaskepada pengguna di Bangunan Lembaga Pelabuhane)Pengawal Keselamatan mestilah peka kepada persekitaran yangmenimbulkan ancaman dan menilai maklumat yang diperolehidengan mengambil tindakan yang perlu dan terbatas kepadamaklumat maklumat tersebut.f) Sistem perhubungan pengawal keselamatan hendaklah selaluberfungsi bagi menyalurkan maklumat kepada rakan penugasan.g)Segala bentuk perhubungan berkaitan kawalan keselamatanhendaklah dicatatkan kedalam buku pergerakan keselamatan.h)Buku Pergerakan keselamatan hendaklah di tulis dengan kemasdan sempurna bagi memudahkan Pegawai Keselamatan LembagaPelabuhan Kuantan, Polis dan Agensi Penguatkuasaan yang lainmemantau pergerakan keselamatan yang telah dilakukan diBangunan dan persekitaran bangunan Lembaga PelabuhanKuantan.i)Kawasan Post Kawalan / Kaunter pertanyaan hendaklah dilindungidaripada orang-orang yang tiada kaitan dengan KawalanKeselamatan dan hendaklah menjadikannya sebagai KawasanLarangan Keselamatan oleh Pengawal keselamatan. j)Meja Pertanyaan hendaklah mempamirkan Nombor-nombortelefon yang perlu dihubungi sewaktu kejadian kecemasan dansebagainya.
2)Penyelia Pengawal Keselamatan.
a)Penyelia pengawal keselamatan hendaklah disediakan bagimelakukan Penyeliaan Pengawal keselamatan yang ditugaskan.
 
b)Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memantau penugasanPengawal Keselamatan dan memberi pendidikan kepadaPengawal Keselamatanc)Penyelia Pengawal keselamatan adalah bertanggungjawabkepada disiplin, latihan, kebersihan dan kekemasan anggota,tempat bertugas, arahan penugasan, peralatan keselamatan,buku-buku rekod keselamatan dan Pengawal Keselamatandibawah seliaannya .d)Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memeriksa setiappergerakan kawalan keselamatan seperti mana penugasan yangdi buat secara harian .e)Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah berada di BangunanLembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu-waktu kecemasan atauadanya kejadian yang melibatkan ancaman keselamatan untukmembantu Pengawal Keselamatan bertugas.f)Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah menyediakanringkasan laporan harian kawalan keselamatan kepada PegawaiKeselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan. (Format Laporanseperti yang disediakan di Lampiran 1)
3)Rondaan.
a)Rondaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam sekali.b)Setiap rondaan hendaklah dicatatkan dalam buku pergerakanPengawal dengan menyatakan hasil penemuan dari rondaantersebut.c)Rondaan hendaklah meliputi keseluruhan kawasan yang berisikokepada ancaman kepada kecurian, pencerobohan, kebakaran dansabotaj.d)Pengawal ronda hendaklah peka kepada persitaran semasamelakukan rondaan dan hendaklah melaporkan kepada rakan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...