OBJEKTIF UMUM KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap muridharus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapatmenyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakatadalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa: 1.Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mentalakademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmanidan rohani);2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;3.Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakansebaya;4.Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluanmasyarakat dan negara;5.Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik muridmurid.
OBJEKTIF KHUSUS KOKURIKULUM
Objektif utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara Objektif yang hendak dicapai ialah seperti berikut: 1. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dansikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.2. Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpinserta berdikari3. Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelajar melibatkan diri dalamkegiatan kemasyarakatan4. Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar melalui kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara.5. Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian sertakemakmuran masyarakat dan negara dalam gerak kerja kokurikulum6. Menjadikan pelajar-pelajar individu-individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas.7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua halaantara sekolah dan masyarakat;8. Mewujudkan sekolah berwatak.3
Add a Comment