PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuhbadan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorangatau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.Opait2.Perangsang (stimulants)3.Penekanan (Depressants)4.Hallucinogen5.Ganja (Cannabis)
6.
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:-
Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu.Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuatyang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan.Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenisdadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tandayang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatantanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yangdiperolehi tiap-tiap hari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa.Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuananatau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan ataspenagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah sepertiberikut:-
1.Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.2.Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.3.Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinyadengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.4.Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.5.Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.6.Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.7.Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.8.Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.9.Kerana keporak perandaan rumahtangga.10.Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.11.Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampuolehnya.12.Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untukmenjalankan pengaruhnya.13.Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
JENIS DADAHSEKSYENKESALAHAN BERAT DADAHHUKUMAN/DENDA
Ganja
6MemilikiKe bawah 20gmRM 20,000/-atau penjara tidakmelebihi 5 tahun atau kedua-
Leave a Comment
Hakikat perjuangan pada hari ini bukan semata - mata untuk melawan nafsu pada diri kita tetapi apa yang jelas dunia sedang memperlekehkan dan mencaturkan nasib golongan muslim.apa yang jelas konsep nasionalisme menjadi halangan pada kita semua. perjuangan fisabillah merupakan jalan yang terbaik untuk menolong saudara seagama kita demi menuju satu jalan yang suci pada pengakihirannya..apa yang pasti ketidakseimbangan dunia pada hari ini jelas ditimbulkan oleh musuh - musuh islam yang tidak ingin melihat dunia ini aman. saya setuju dengan pendapat saudara dan insyallah suatu hari nanti kita akan sama - sama mempertahankan agama bangsa dan tanah air...amin