• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Bangunan Sultan AbdulSamad
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenaplapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadiikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru,Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongannegara.Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B.Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham. Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor  pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandarayaKuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan- jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E.Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, KualaLumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunankerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dariCeylon sebagai
State Engineer 
dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagaiarkitek.Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris
Classical Rennaisance
. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orangyang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagaitonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepasSpooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C.
 
 Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arkedserta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuatdaripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubahkecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.
 Arch
yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam.Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil disudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olahmelambangkan keagungan bangunan ini.Peta bangunan sultan abdul samad
 
Bangunan Stesen KeretapiKuala Lumpur
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur terletak di persimpangan Jalan Bangsar danJalan Kuching. Ia telah direka bentuk oleh arkitek British, A.B. Hubback pada tahun1913. Bangunan ini telah siap pada bulan November 1917 dengan kos pembinaansebanyak RM780,422.00.Bangunan ini sekarang menempatkan sebuah stesen keretapi, pejabat KTM Berhaddan Hotel Heritage. Bangunan ini telah mengalami dua peristiwa yang mengganggugugat kestabilannya. Semasa Perang Dunia Kedua sayap utara bangunan ini telahmusnah terkena bom dan pada tahun 1968 pula, tingkat dua bangunan telahmengalami kebakaran.Pada tahun 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai monumen lama danbersejarah dan dilindungi undang-undang. Kehadiran bangunan ini bukan sajapenting untuk membuka Kuala Lumpur sebagai “hub” pengangkutan di SemenanjungMalaysia, bahkan telah mengangkat nama negara kerana mempunyai bangunanyang menarik dan melambangkan kewujudan pelbagai masyarakat di dalamnya.Reka bentuk bangunan mengambil unsur seni bina Moorish dan Moghul. Terdapat juga unsur-unsur Gothic dan Greek. Kebijaksanaan arkitek ini telah berjayamenggabungkan semua elemen ini menjadikan ianya satu bangunan yangberkarisma dan beridentiti.Kedudukan dan saiz Chatris telah menjadikan Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadiikon kepada bandaraya di samping Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek.Tidak keterlaluan jika dikatakan bangunan ini membangkitkan nostalgia dan suasanaalam
 Arabian Nights
kepada pengunjung dan penghuni bandaraya terutama di senjadan subuh hari.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...