Abstrak
Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat konsep pembinaan karakter guru dari aspek nilai peribadi luaran dan nilai peribadi dalaman di kalangan 40 orangresponden guru-guru pelatih di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Aspek nilai peribadi luaran guru pelatih yang dilihat dalam kajian ini adalah dari segiketinggian, berat badan, perawakan, perwatakan, suara, kesihatan. Manakala baginilai peribadi dalaman pula guru pelatih dilihat dari segi aspek minat, simpati, empati,kasih sayang, mengambil berat, bertanggungjawab, kepercayaan, kesabaran, hormat-menghormati dan adil. Perkara yang berkaitan dengan maklumat kajian diperolehmelalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dan dianalisisdalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-guru pelatihkeseluruhannya telah mengamalkan nilai peribadi luaran dan nilai peribadi dalamanselaras dengan kehendak profesion perguruan yang akan diceburi.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya kajian ini ingin mengetahui sejauh manakah guru pelatih yangmendapat latihan di Universiti Putra Malaysia memiliki karakter yang diperlukan olehseorang guru.Objektif khusus kajian ini :i)Untuk mengenal pasti nilai luaran dan nilai luaran yang diamalkan oleh guru pelatih.ii)Untuk menilai sejauh manakah pandangan guru pelatih terhadap nilaikeperibadian yang perlu diamalkan sebagai seorang guru
iii)
Untuk menilai sejauh manakah perhubungan di antara nilai peribadi dalamandan nilai peribadi luaran dalam pembinaan karakter seorang guru pelatih.
Leave a Comment
cannot download. how to download?