•
Varieti ubi keledek Gendut amat sesuai ditanam untuk dijual segar, untuk membuat kuih tradisional atau diproses menjadi jejari keledek.
•
Untuk pemprosesan tepung, varieti Telong dan Jalomas lebih sesuai ditanam.
•
Kini tardapat varieti baru yang mempunyai kandungan beta-kerotena yang tinggidan sesuai untuk dimakan segar atau diproses. Varieti ini telah dikeluarkan secararasmi oleh MARDI pada 12 Jun 2007 dan ia dinamakan ’
vitAto
’.
PENANAMAN
•
Menanam ubi keledek secara bergilir dengan tanaman lain digalakkan untuk mengelakkan serangan perosak dan penyakit dan untuk mengelakkanketidakseimbangan nutrien di dalam tanah. Ubi keledek boleh digilirkan dengantanaman seperti jagung manis, sengkuang, labu manis dan tembikai.
•
Sebelum menanam, tapak tanaman hendaklah disembur dengan racun pracambahiaitu metolachlor pada kadar 1.8 liter/ha 4-7 hari sebelum menanam. Ini untuk membunuh benih rumpai di dalam tanah bagi mengurangkan persaingan pada peringkat awal pertumbuhan ubi keledek.
•
Ubi keledek boleh ditanam sepanjang tahun jika sumber air terjamin. Bagikawasan yang tiada sumber air, penanaman hendaklah dibuat pada permulaanmusin hujan supaya pada peringkat awal tidak terjejas.
•
Keratan ditanam pada jarak 1.0 m X 0.25 m secara berbaring dan ditimbus dengan bahagian hujungnya di atas tanah. Dengan jarak ini, satu hektar memerlukan40,000 keratan.
•
Di tanah pasir, menanam keratan secara menegak diamalkan kerana suhu pasir boleh meningkat ke aras 50
0
C. Sekiranya keratan dtanam secara berbaring, pasir yang panas boleh menyebabkan keratan lecur.
•
Arah penanaman perlu diseragamkan untuk memudahkan kerja kemudian sepertimembaja dan membuat lurah.
Leave a Comment