• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
JAGUNG MANIS & JAGUNG MUDA (Baby Corn)VARIETI
Jagung Manis: Hybrid No 5, Masmadu dan Thai Super SweetJagung Muda: Thai Super SweetAMALAN KULTURA
Pemilihan Tapak 
Jagung manis/ muda boleh tumbuh di tanah yang berpengairan baik tetapi iamenunjukkan pertumbuhan yang lebih baik di tanah lom dalam dan lom berlodak yangmengandungi bahan organik dan dibekalkan dengan nutrien sedia ada. Jagung manis/muda juga boleh tumbuh secara sederhana di tanah acid (serendah pH 5.0), tetapi pH 6 -7 lebih utama. Tapak unggul untuk penanaman jagung manis/ muda ialah tanah datar atausedikit beralun.Penanaman jagung manis/ muda berterusan di sesuatu tapak adalah tidak disyorkan.Tanaman bergilir dengan kacang tanah, kacang soya, keledek dan tanaman lainmemberikan faedah dalam pengeluaran tanaman dan pengurusan tanah.
Penyediaan Tanah
Penyediaan tanah termasuk merata, membakar dan mengembur dan perparitan bagitempat yang rendah. Mengembur tanah boleh dilakukan secara manual denganmenggunakan cangkul atau secara mekanisasi dengan menggunakan 'pedestrian power tiller'.Kawasan yang dibajak akan memberikan keadaan tanah yang baik untuk proses percambahan.
Menanam
Selepas penyediaan tanah, 2 biji benih dimasukkan ke dalam setiap lubang penanaman 60cm di antara dan dalam baris. Jarak ini memerlukan 10 - 20 kg/ ha benih. Jarak tanamanuntuk jagung muda ialah 45 cm X 45 cm dan 20 - 25 kg/ha benih diperlukan.
Isolasi
Jagung manis tidak boleh ditanam bersama-sama dengan varieti jagung lain kerana iniakan memberi kesan kepada kualiti kemanisannya.
 
Merumput
Jagung manis/ muda tidak toleransi dengan persaingan rumpai. Oleh itu, amat pentinguntuk memastikan ladang penanamannya bebas daripada rumpai pada bulan pertama danseterusnya. Kawalan rumpai boleh dilakukan secara manual atau bagi kawasan penanaman yang luas, racun herba boleh digunakan.Racun herba yang baik digunakan ialah Altrazine 80 WP pada kadar 5.6 kg/ha disembur dua kali; pertama kali semasa pracambah dan kali kedua pada sebulan setengah selepas penyemaian.
Pembajaan
Disyorkan baja 12:12:17:2 pada ladar 600 kg/ha semasa penanaman dan 150 kg/ha urea pada minggu ke 5-6 selepas penanaman.Baja organik seperti tahi ayam, lembu dan kompos boleh digunakan sebagai baja asas.
Penuaian
Jagung manis, dituai sebaik-baik kernelnya padat (65-75 hari selepas penanaman). Bagi jagung muda, dituai 40 -50 hari selepas penanaman.Perlu diambil perhatian bahawa jagung manis akan kehilangan kemanisannya dan perludipasar dan dimakan sebaik sahaja selepas dituai.
Perosak 1. Penebuk Akar (Stem borer)
Larva memakan daun, tisu daun malah keseluruhan dauh dan batang menyebabkan pertumbuhan terbantut dan hasil yang kurang.
 Kawalan:
i. Kutip dan bakar semua batang jagung manis/ muda selepas dituaiii. Sembur dengan Endosulfan/Sevin/Permethrin/ Phenthoate sebulan selepas penanamanatau tiga kali berterusan pada kadar sekali setiap 2 minggu sekira perlu
2. Cob borer (Penebuk tongkol)
Serangan utama adalah semasa peringkat pembungaan dan berbuah. Larva memakandaun dan tongkol. Ia menebuk dan tinggal dalam tongkol.
 
 Kawalan:
Sukar dikawal tetapi boleh menggunakan Carbaryl dan Dimethoate sekira perlu.
Penyakit1. Hawar Daun (Leaf Blight)
Leison pada daun bermula dengan tompok coklat muda bersaiz 2.5 cm dan semakinmembesar. Kebiasaannya, pokok jagung manis/ muda yang diserang akan mati dandaunnya kering. Kulat ini merebak dengan cepat dalam cuaca yang agak lembab dansporanya kelihatan pada leison.
 Kawalan:
i. Tanam varieti resistenii. Tanaman bergilir dan sanitasi ladang sebelum menanamiii. Benih dirawat dengan Thiram atau Captan dengan kadar 12 sudu bagi 1.36 kg benih.
2. 'Common Smut'
Pembengkakan pada tongkol. Pembengkakan berwarna keputihan dan mengandungispora berwarna coklat kehitaman atau hitam (smut).
 Kawalan:
i. Kutip dan bakar semua bahan tanaman berpenyakitii. Benih dirawat dengan Thiram 80% pada kadar 5g/100 g benih.
3. Layu Bakteria
Tanaman berpenyakit akan mengalami keguguran di bahagian teratas tanaman. Keratan bahagian batangnya menunjukkan bahagian layu berwarna coklat.
 Kawalan:
i. Melakukan sanitasi ladang dengan mengutip dan membakar semua bahan tanaman berpenyakitii. Jangan menanam tanaman di tanah yang berpenyakitiii. Mengamalkan tanaman bergilir 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...