Pendebungaan boleh dilakukan oleh serangga, tetapi dari mana datangnya bunga tidak dapat dipastikan,kecuali dalam keadaan terkawal. Sebaliknya pendebungaan boleh dilakukan oleh manusia. Teknik inidigelar pendebungaan tangan. Manusia boleh memilih pokok yang bakal dijodohkan dan bolehlahdikatakan benih yang terhasil lebih memuaskan.Saluran tampang atau vegitatif akan menjamin keseragaman sifat biji benih yang diturunkannya.Ada berbagai cara untuk menghasilkan benih getah melalui saluran ini dan boleh dibahagikan kepada tigakumpulan iaitu keratan, cantuman dan tisu kultur atau tisu didik. Antara berbagai cara tersebut, cantumantunas paling mudah di amal kan, manakala tisu kultur sentiasa dalam kajian.Pendebungaan tanganPendebungan tangan adalah merupakan satu usaha memasukkan debungan dari bunga jatan ke dalamovary bunga betina. Ia dilakukan oleh manusia. Ini adalah satu cara membiakkan benih getah melaluisaluran seksual. Kedua-dua pokok yang bakal dijodohkan itu mestilah terdiri dari klon-klon yang baik supaya keturunannya pun baik.CaraPendebungaan tangan hendaklah dilakukan di musim bunga yang banyak, iaitu bulan februari hingga jun.radas yang digunakan ialah penyepit kecil, gunting kecil, kapas, tabung plastic kecil dan kertas penanda.Kerja pendebungaan hendaklah dilakukan diwaktu pagi.Debunga dari bunga jantan akan di ambil dan dikumpulkan ke dalam tabing plastic. Pada jambak bunga yang bakal didebungakan, buangkan semua bunga jantan yang ada, meninggalkan bunga betinayang masih kuncup sahaja.ranggi bunga betina akan dibuka supaya kelihatan ovary dan stigma. Seluruhsaluran stamen bunga jantan dicabut dan dimasukkan ke dalam bunga betina. Bunga betina akan disumbatdengan sedikit kapas yang telah dilekatkan dengan setitik lateks bagi mengelakkan kemasukkan bunga jantan lain. Apabila satu jambak bunga betina telah selesai didebungakan, label dengan member tarikhdan jenis klon yang dijodohkan. Dua hingga tiga hari, ranggi dan kapas akan tertanggal. Jika pendebungaan tersebut Berjaya, persenyawaan akan berlaku dan ovary akan menjadi buah, yang manaakan masak dalam jangka waktu empat setengah hingga ke lima bulan. Sebelum bijinya gugur, buahnyaakan di sampul kan dalam uncang jarring supaya bijinya tidak jatuh ke tanah dan bercampur dengan biji- biji lain. Buah itu boleh dipetik apabila lengainya kering dan perang untuk mendapatkan biji benih. Biji benih tersebut hendaklah dicambahkan dengan segera.Kejayaan pendebungaan tangan adalah dianggakan sebanyak 5 – 15 %. Seorang pekerja bolehmelakukan kerja pendebungaan sebanyak 120 kuntum bunga sehari. Kerja ini adalah sukar dan mahal.Teknik ini hanya terhad bagi pengeluaran klon sahaja.Klon yang dihasilkan biasanya akan dipastikan mempunyai sifat-sifat seperti keturunan baik,kecergasan muda, kecergasan dewasa, batang lurus, pendahanan, jemala, kulit dara, kulit pulihan, penghasilan, lateks (KGK, warna, warna krep dan kestabilan), kerosakan angin, kekeringan kulit danketahanan penyakit( Cendawan angin, cendawan lapuk,
colletotrichum
,
oidium,
belang/calar hitam dan penyakit daun luruh dan lengai lapuk
Phytophthora
)
Leave a Comment
please helf me