ELEMEN 3
Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berasa amat berbangga kerana wujudnya sukandan permainan tradisional di negara kita. Dengan adanya sukan dan permainan tradisionalini, maka lebih mudah untuk kita membentuk modal insan yang patriotik dan lebihmenghargai warisan tradisi bangsa dan negara.Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan bangsa. Setiap kaumharuslah memberi kerjasama dan bersatu – padu dengan kaum lain demi untuk mewujudkan negara yang aman dan harmoni. Nilai bersatu – padu dan bekerjasama itu juga dapat dipupuk melalui pertandingan sukan dan permainan tradisional. Misalnya, permainan sepak raga yang dimainkan mengikut kumpulan. Permainan ini dapatmewujudkan semangat kerjasama antara kumpulan dan bersatu untuk menciptakemenangan. Dengan ini semangat kekitaan seperti bekerjasama dan bersatu – padu akanterbentuk di dalam diri rakyat Malaysia.Aktiviti sukan dan permainan juga dapat mewujudkan insan yang berdisiplin,mematuhi peraturan dan undang – undang serta bertatasusila dan berhemah tinggi. Setiap pertandingan sukan dan permainan di negara kita mempunyai peraturan dan undang – undang yang tertentu. Pemain haruslah mematuhi peraturan tersebut, jika tidak pemainakan dikeluarkan dari permainan. Peraturan ini dapat membentuk sikap patuh dan taatserta melahirkan insan yang berkelakuan sopan dalam permainan. Dengan ini, rakyatMalaysia akan lebih mematuhi undang – undang dan taat akan pemimpin negara.Modal insan yang berusaha dan produktif juga dapat dibentuk melalui aktiviti sukandan permainan. Pemain akan lebih gigih dan rajin berusaha untuk mencapai kemenangandalam suatu pertandingan. Sikap berdikari juga dapat dibentuk contohnya dalam
Add a Comment