• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Pada tahun 2002 Kerajaan telah memutuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah hingga ketingkatan enam dan matrikulasi dan pelaksanaan keputusan itu telah bermula pada tahun2003 di tahun satu dan empat (peringkat sekolah rendah), di tingkatan satu, empat danenam bawah (di peringkat sekolah menengah) dan juga di pusat matrikulasi. Fakta yangsebenarnya ialah bahawa keputusan itu bukan terhad pada dua mata pelajaran sepertiyang difahami oleh kebanyakan orang, tetapi melibatkan semua mata pelajaran yang berasaskan sains dan matematik. Pelaksanaan dasar baharu itu dengan sendirinya akanmengubah dasar yang selama puluhan tahun dilaksanakan, iaitu daripada sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama kepadasistem pendidikan yang berbahasa penghantar utama bahasa Inggeris. Di universiti awam pula, boleh dikatakan semua pemimpinnya telah membuat kenyataan media bahawamereka sedang berusaha ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kursus-kursus sains dan teknologi, dengan menekankan sasaran seperti 70% kursus dalam bahasaInggeris
.
Dalam hal ini, pelajar tidak boleh tidak, perlu menggunakan bahasa Inggerisuntuk membuat capaian ilmu sains dan matematik seperti yang telah dimaktubkan olehKementerian Pelajaran. Justeru tanggungjawab pelajar ini adalah selaras dengan AliranDeontologikal yang telah diasaskan oleh Immanuel Kant iaitu prinsip dan peraturan yangmenekankan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Disamping itu, peranan dan inisiatif  pelajar itu sendiri dalam menguasai ilmu sains dan matematik dalam bahasa Inggerismerupakan satu bentuk “Good –Will” seperti yang disarankan oleh Kant iaitu melakukankewajipan kerana batinnya atau semangatnya dan niatnya adalah baik. Oleh itu, pelajar 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...