• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
PENDAHULUAN
Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan moral adalah berkait rapat dengan pemupukan nilai-nilai murni dalam membentuk keperibadian pelajar dan bagaimana pelajar menghayati nilai-nilai tersebut. Dalam pendidikan moral di Malaysia terdapat tiga jenis pendekatan iaitu pendekatan tradisional, subjektivis dan rasional. Bentuk  pendekatan tradisional adalah satu set peraturan moral yang kekal dan telah diterimasecara langsung oleh masyarakat, manakala subjektivis pula adalah bentuk pendekatanyang memberikan pemikiran yang terbuka kepada pelajar. bentuk pendekatan rasinonalmenekankan penerimaan dan penolakan peraturan nilai berdasarkan situasi tertentu danmerit.Pedekatan dalam pendidikan moral secara umumnya boleh dibahagikan beberapaantaranya pendekatan pemupukan nilai, pendekatan bertimbangrasa, pendekatan rasional, pendekatan tindakan sosial, pendekatan perkembangan moral kognitif, pendekatan penjelasan nilai dan pendekatan analisis nilai.
PENDEKATAN BERTIMBANG RASA
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bertimbang rasa membawa maksud perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan. Manakala Pendekatan dimaksudkandengan arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati ataumemulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapamata pelajaran atau sesuatu kemahiran.Pendekatan bertimbang rasa bermaksud pelajar bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Pelajar juga bersikap prihatin iaitu bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain, memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain. Teknik pengajaran yang sesuai dalammengajar pendidikan moral dengan menggunakan pendekatan ini adalah simulasi, perbahasan, perbincangan, projek, dan temuramah. Pendekatan bertimbang rasa terbahagi
 
kepada tiga set bahan iaitu
 In Other Peolpe’s Shoes, Proving the Rules
dan
What Would You Have Done?
 
 In Other People’s Shoes
menyentuh situasi yang melibatkan hubungan biasa
 
antara individu dengan individu. Dalam mengkaji isu ini pelajar 
 
 perlu menentukan:(i) apa yang perlu dilakukan;(ii) menimbang apa yang kesan dan akibat tindakannya,(iii) memahami pandangan orang lain tentang konflik Contoh konflik dalam situasi adalah isu jantina, umur, bangsa, budaya dan politik.
 Proving the Rule
 pula pelajar dirangsang untuk mengenal pasti peraturan,harapan dan tekanan supaya mereka dapat belajar menyesuai diri dengan keadaantersebut sesuai dengan pegangan nilai mereka. Situasi yang dikemukakan adalahmengenai hubungan seseorang individu dengan orang lain, di rumah, sekolah dankawasan sejiran serta konflik-konflik yang wujud dari hubungan tersebut. Manakala
What Would You Have Done
merupakan hasil kajian kes yang dijalankan tentang beberapa masalah budaya di seluruh dunia yang berlaku sekitar abad 20. Situasi yangdikemukan lebih kompleks dan berkait dengan beberapa tanggungjawab, konflik ras, bencana, sikap penyayang dan masalah dadah (Tinjauan Sukata Pelajaran Tahun 1,2007).
ANALISIS DAN KRITIKAN PENDEKATAN
Pendekatan bertimbang rasa merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demiorang lain. Bertimbang rasa, atau dalam kata lain ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’,melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. H. Lasswell (1976) menyatakan kaedah yangdigunakan dalam pendidikan tingkah laku yang mengajar pola-pola perlakuan yang positif bagi amalan seseorang. McPhail dan rakan-rakannya (1973) telah menyatakan bahawa bagi membantu pelajar sekolah menengah bersikap prihatin terhadap orang lain,mereka perlu belajar membuat pilihan supaya tindakkannya tidak menyinggung perasaanorang lain. Oleh itu, McPhail berpendapat dengan adanya emosi dalam melakukan tindak  balas, pelajar dapat bertimbang rasa.
 
Fokus utama adalah pendekatan bertimbang rasa ini adalah berkaitan dengantindak balas emosi. Menurut Maclntyre (1976), konsep-konsep moral dijelmakan danmenjadi sebahagian unsur penting dalam kehidupan sosial. Oleh hal yang demikian, pendekatan bertimbang rasa ini lebih memberikan kesan kepada pelajar kepadakehidupan sebenar. McPhail berpendapat, tidak semua pelajar boleh belajar danmelahirkan perasaannya secara lisan, satu kaedah lain perlu digunakan contohnya seperilakonan, cerita, dialog dan melukis. Oleh itu, dengan adanya aktiviti sampingan ini pelajar dapat melahirkan emosi atau perasaan mereka secara semula jadi. McPhail telahmenyenaraikan tiga set bahan yang digunakan dalam pedekatan bertimbang rasa iaitu
 InOther Peolpe’s Shoes, Proving the Rules
dan
What Would You Have Done?
Ketiga-tigaset bahan ini boleh digunakan untuk mengembangkan penaakulan moral pelajar.Pendekatan ini memang boleh membantu pelajar berfikir dan membincangan isu-isu dan permasalahan moral dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar. Pada masa yangsama dapat melebarluaskan konteks pengajaran dam pembelajaran dengan menggunakan pendekatan ini. Pengalaman pelajar ini adalah berkaitan dengan tindak balas emosi pelajar.Tiga set bahan yang terdapat dalam Pendekatan bertimbang rasa iaitu
 In Other  Peolpe’s Shoes, Proving the Rules
dan
What Would You Have Done?,
sebenarnya adarelevan dan impresif untuk pendidikan moral. Ketiga-tiga set bahan tersebut mempunyaikaitan dan menimbulkan kesan yang kuat dan mendalam ke atas seseorang individu.Pendekatan bertimbang rasa boleh dikatakan sebagai pendekatan yang praktis kerana bahan-bahan yang terkadung dalam pendekatan ini boleh dipraktikkan dan mudahdilaksanakan dalam situasi sebenar. Contohnya mampu mempengaruhi pertimbanganmoral seseorang dalam membuat keputusan.Pendekatan Bertimbang rasa melibatkan keinginan, motovasi dan kemahuanSeseorang mengambil berat akan orang lain sekiranya dia merasakan adanya keinginanterhadapnya. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu diambil berat apabila pandangandan minatnya disukai oleh orang lain. Ini melibatkan keinginan seseorang dalammenentukan perkara yang membawa kepentingan kepada dirinya. Seseorang itu akan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...