M. Pendahuluan buku ini mengandungi 50 halaman. Banyak perkara yang dibincangkan oleh Marsdendalam Pendahuluan bukunya ini. Beberapa hal yang penting ialah:(a) Yang dimaksud dengan Kepulauan Melayu itu ialah Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa,Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan beberapa buah pulau yang lain. Setiap pulau, masyarakatnya memiliki bahasa mereka sendiri tetapi dalam hal perniagaan terutama di bandar pelabuhan, mereka menggunakan bahasa Melayu. Di antara pelbagai dialek yang dituturkan di pasar semasa berhubungan, dialek Melayulahyang paling asas dan ia kemudian berkembang menjadi bahasa Melayu.(b) Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya pula mudahsehingga perkataan pinjaman pun akan mereka selaraskan dengan pengucapan masyarakat setempat.(c) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa, namun orang Jawa menggunakan bahasa Melayuuntuk tujuan pergaulan. Bahasa Melayu di Sumatera hampir sama dengan bahasa Melayu di Semenanjungdan perbezaan tersebut hanyalah vokal akhir sahaja.(d) Langkapura terletak di antara Palembang dan Jambi, bukan di Pulau Jawa kerana tidak ada kesankerajaan ini di sana.(e) Orang di atas angin bermaksud orang Arab manakala orang di bawah angin bermaksud orang Melayu.Orang di bawah angin lebih suka menyembelih kerbau daripada lembu.(f) Perkataan Jawi (tulisan) bukanlah berasal daripada perkataan Jawa, Jawi (lembu, atau pokok jawi-jawi)tetapi membawa maksud campuran tulisan Arab, Parsi, dan Melayu. Perkataan ini dikiaskan daripada anak Jawi yang bermaksud anak campuran.(g) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskrit memperkaya bahasaMelayu, sungguhpun ada persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisaya, dan Pampanga tidak dapat dibuat sebagai alasan bahasa orang Melayu berasal dari Filipina kerana orang Melayu berkulitkekuning- kuningan dan berambut panjang manakala Filipina berkulit agak gelap dan berambut keriting.(h) Bangsa Melayu di Sumatera, Jawa, Sulawesi, dan di beberapa buah pulau yang lain telah lama memilikiabjadnya sendiri sebelum tulisan Arab diperkenalkan.(i) Menolak pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang dituturkan diIndo-China dengan alasan bahawa pengkaji tersebut (J.C. Leyden) tidak menyenaraikan perbendaharaankata dalam sifatnya yang asal. Jika seseorang pengkaji tidak mempunyai pengetahuan tentang budayamasyarakat yang menuturkan bahasa tersebut lazimnya ia akan menyampaikan sesuatu yang lain daripadayang sebenarnya dan ini akan menyebabkan sesuatu kajian tersebut tidak sempurna.(j) Pendengaran pengkaji yang tidak tepat, penyisipan bunyi atau huruf pada ejaan yang asal didapati berlaku. Untuk siapakah penyesuaian sebutan tersebut dilakukan? Bagi penutur Eropah yang sudahmahirkah? Penutur tempatan yang terpelajar, penyesuaian tersebut jelas tidak memanfaatkan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa ejaan Melayu bukan seperti yang mereka katakan tidak tepat atau tidak mempunyai peraturan tertentu.Dalam Pendahuluan itu juga Marsden banyak menyanggah beberapa pendapat penulis Barat tentang bangsadan bahasa Melayu yang menurutnya lebih mengutamakan kepentingan pemerintah yang menjajahdaripada kebenaran data dan fakta.Isi buku ini tidak dibahagikan pada bab melainkan pada beberapa tajuk kecil. Tajuk tersebut di antara lainialah: Abjad Jawi, Konsonan, dan Vokal, Tanda Bacaan Tulisan Jawi, Golongan Kata, Bahagian Ayat, Nama, Sifat, Perbandingan, Bilangan, Ganti Nama, Penunjuk, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan,Pengimbuhan, Binaan Ayat, Dialek, Prosodi, dan Praksis.Beberapa hal yang menarik dalam isi buku ini ialah, Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telahmengambil 28 huruf Arab, iaitu £, [, \, ], Ð, a, b, d, e, f, g, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, u, v, w, x, z, y, å danmencipta enam huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada, iaitu c, h, p, s,u, ].Marsden telah menggolongkan perkataan bahasa Melayu pada tujuh golongan, iaitu Ganti Nama Diri,Perbuatan, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, dan Partikel. Marsden memasukkan Adjektif ke dalamkata yang menerangkan Sifat Nama. Dalam bahasa Melayu bentuk perkataan tidak menunjukkan tunggalatau jamak tetapi Bilangan tersebut dinyatakan secara khusus, iaitu menggunakan Bilangan dan bila perludengan Penjodoh Bilangannya sekali.
Leave a Comment