• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
[Dari Blog] Terpedaya Dalam Beragama :: ::al-ahkam.net:: :: Siber Feqh...http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...1 of 506/07/2008 05:54 AM
::al-ahkam.net::Siber Feqh Anda
[Dari Blog] Terpedaya Dalam Beragama
Posted by : Humair on Saturday, July 05, 2008 - 09:15 AM CCT
Berpegang dengan agama adalah perkara yang dituntut. Menganut sesebuah agama menuntut kita untuk berpegang dengan ajaranagama tersebut lebih-lebih lagi jika agama yang dianuti adalah agama yang benar.Islam, sebagai sebuah agama yang benar menuntut penganutnya agar berpegang teguh dengan ajaran-ajarannya kerana Islambukan sekadar sebuah agama biasa yang menitikberatkan amalan mahupun upacara tertentu bahkan Islam adalah sebuah cara hidupyang lengkap. Ibadah yang sempurna, muamalah yang mesra, pemerintahan yang saksama dan perundangan yang waja merupakanintipati kesempurnaan, keseimbangan dan keabadian yang ditekankan oleh Islam. Justeru itu, kita sebagai umat Islam dituntut untuk merealisasikan intipati tersebut dengan memanifestasikannya dalam kehidupan.
Namun, kadangkala di kalangan kita ada yang terpedaya dalam berpegang dengan Islam. Kita menyangka kononnya telahberamal dengan Islam yang sebenar, rupa-rupanya kita terpedaya dengan diri sendiri. Jika tersedar, itu yang terbaik. Tetapiyang menggusarkan ialah jika kita tidak menyedari bahawa kita telah terpedaya. Terpedaya lalu merasa bangga dengan dirisendiri kerana kononnya telah berpegang teguh dengan Islam adalah penyakit yang menimpa umat Islam mutakhir ini. Adaorang mendakwa dia telah beramal dengan Islam, tetapi hakikatnya pengamalan itu hanya berbentuk zahir semata-mataatau secara mendatar tanpa menyelam ke lubuk dasar intipati Islam sebenar.Menerusi entri kali ini, saya ingin mengajak sidang pembaca untuk kita bersama-sama memahami hakikat terpedaya dalamberagama. Untuk lebih jelas, kita perlu memahami ciri-ciri mereka yang terpedaya dengan agama, faktor-faktor,kesan-kesan dan penyelesaiannya.
Hakikat.
Natijah daripada sikap ini adalah buruk jika tidak dicegah. Apabila sikap ini berterusan, maka ia melahirkan penyakit hatiyang sangat berbahaya iaitu bermegah-megah dengan amalan sendiri. Kemudian setelah itu, akan muncul lagipenyakit-penyakit hati yang lebih berbahaya sebagaimana yang akan kita lihat bersama nanti.Dalam konteks ini, kita perlu memahami dua hakikat penting yang berkait rapat dengan sikap terpedaya dalam beragamaiaitu:1) Jika kita berhadapan dengan individu yang pada pandangan kita adalah seorang yang kuat agama, namun kita melihatdia terpedaya dengan kekuatan agamanya itu maka ini adalah hakikat pertama yang tidak perlu menimbulkan sebarangkehairanan dalam diri kita. Ini adalah kerana, walau setinggi manapun kekuatan agama yang ditonjolkan oleh seseorang,dia tetap seorang manusia biasa. Dia bukan Nabi, Rasul atau Malaikat yang dipilih oleh Allah Ta'ala dengan sifat maksum.Kita berhadapan dengan hakikat ini bila kita mengimbau kembali sirah. Bukankah para sahabat
radhiyallahu 'anhum 
merupakan generasi terbaik? Generasi yang dididik oleh Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam 
. Namun, cuba kita renungkembali pada ayat-ayat al Quran yang menjelaskan tentang hukuman zina, mencuri, meminum arak dan sebagainya. Apakah sebab nuzul ayat-ayat ini? Pada zaman siapakah ayat-ayat ini diturunkan? Kita boleh menjawabnya sendiri. Kalauini berlaku di kalangan sahabat, suatu generasi terbaik yang jikalau tanpa mereka, kita tidak mungkin menghirup udarasegar ajaran Islam, bagaimana pula dengan kita yang bukan sahabat?? Bahkan para sahabat itu telah dijanjikan rahmatdan keampunan daripada Allah Ta'ala. Kita pula bagaimana?? Ini hakikat pertama yang perlu kita fahami.2) Maksiat itu sama ada berbentuk zahir atau batin. Namun maksiat batin itu lebih berbahaya dan jarang-jarang dikalangan kita yang terlepas daripada bahaya ini. Kerana itu, kita perlukan tasawuf yang berperanan untuk mendidik hatiagar berakhlak dengan akhlak-akhlak Rabbani. Tasawuf sejati adalah yang memainkan peranan untuk membersihkan hatidan memurnikan akhlak. Bukan tasawuf yang difahami oleh sesetengah pihak, tertumpu hanya pada zikir semata-mata.Inginkan kasyaf, ilham dan makrifat. Tetapi tasawuf yang menatijahkan akhlak yang murni. Berapa ramai yang bertarikattasawuf kononnya, tetapi dia juga termasuk dalam topik perbincangan kita ini: Terpedaya dengan amalannya. Oleh itu,apabila kita meneliti al Quran kita temui perbezaan ketara antara dosa Sayyiduna Adam
'alaihissalam 
dan dosa Iblis
la'natullah 
. Dosa Sayyiduna Adam
'alaihissalam 
berbentuk zahir. Kerana itu Allah Ta'ala mengampunkan Baginda. Adapundosa Iblis, ia berpunca daripada sikap terpedaya dengan diri sendiri. Dia menyangka dirinya adalah yang terbaik keranadicipta daripada api. Pada pandangannya, api lebih baik daripada tanah. Lalu sikap ini menatijahkan sifat yang lebih buruk lagi iaitu bermegah-megah dengan diri sendiri, takbur dan sombong lalu dia pun enggan sujud kepada Sayyiduna Adam
'alaihissalam 
. Inilah hakikat kedua.
Ciri-ciri Mereka Yang Terpedaya Dalam Beragama.
Melalui ciri-ciri ini, kita boleh mengenal pasti golongan yang telah ditimpa penyakit 'terpedaya dalam beragama'. Ciri-cirinyaialah:
1) Kepercayaan kepada prinsip: Hanya aku sahaja yang benar.
Orang yang memiliki ciri ini melihat hanya diri sendiri yang benar, orang lain salah. Hanya dia yang bagus amalannya,orang lain tak bagus. Bila berbicara, hanya bicaranya sahaja yang terbaik. Bila memberi pandangan, hanya ideanya saja
 
[Dari Blog] Terpedaya Dalam Beragama :: ::al-ahkam.net:: :: Siber Feqh...http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...2 of 506/07/2008 05:54 AM
yang bernas. Jika dia berhadapan dengan idea orang lain yang lebih baik bahkan disokong oleh dalil dan fakta, diamemandang kecil dan jijik idea tersebut kerana pada pandangannya, ideanya tidak mungkin mengalami sebarangkesalahan. Maksum!
2) Mudah bergembira dengan amalan ketaatan walaupun sedikit.
Bila dia melakukan ketaatan, dia tidak melakukannya dengan perasaan bimbang dan takut jika amalan ini tidak diterima Allah Ta'ala. Bahkan dia merasa gembira dengan amalannya walaupun sedikit. Tidak salah bergembira, tetapi yangsalahnya ialah terlalu bergembira dengan amalan kecil sehingga merasa aman daripada perasaan bimbang dan takut kalau Allah Ta'ala tidak menerima amalan tersebut. Imam Ibnu 'Atoillah al Sakandari
radhiyallahu 'anhu 
mengungkapkanmenerusi hikamnya:
Di antara tanda pergantunganmu pada amalan; Kurangnya harapan ketika wujudnya kecacatan (pada amalanmu).
[1]Orang yang begini sifatnya, merasa yakin dengan amalan ketaatan yang dilakukan walaupun sedikit dan mudah merasagembira. Dia tertipu dengan amalannya sendiri dan kerana itu apabila dia meninggalkan amalan yang biasa dilakukansekali-sekala, dia masih merasa biasa. Seolah-olah amalan yang biasa dilakukan sebelum ini, kesemuanya diterima oleh Allah Ta'ala. Tiada bimbang, gusar dan takut kalau Allah Ta'ala tidak menerima amalannya sebelum ini.
3) Memandang remeh perkara maksiat.
 Apabila dia melakukan maksiat walaupun kecil, dia hanya memandang remeh perkara tersebut seolah-olah ia adalahperkara biasa. Sekadar dosa kecil yang boleh dihapuskan dengan sembahyang dua rakaat. Si miskin ini terlupa bahawaboleh jadi sembahyangnya itu tidak diterima Allah Ta'ala. Berapa banyak pula dosa kecil yang mengundang dosa besar?!Firman Allah Ta'ala mafhumnya:
Maka janganlah kamu terpedaya dengan (keindahan) kehidupan dunia dan janganlah kamu terpedaya dengan Allah.
[Luqman: 33]Ertinya jangan kamu terpedaya dengan maksiat sehingga kamu sering melakukannya dengan sangkaan bahawakeampunan Allah Ta'ala akan sentiasa mengiringi kamu. Adakah kamu yakin akan terus mendapat keampunan-Nya? Adakah kamu yakin segala amalanmu diterima sehingga mampu menebus dosa maksiat yang kamu lakukan? Yang lebihpenting, adakah kamu yakin akan terus beriman dan mati dalam keimanan?? Jangan tertipu dengan amalanmu. Jangantertipu dengan dosa kecil yang kamu lakukan. Jangan tertipu dengan keluasan rahmat Allah sehingga kamu memandangremeh dosamu itu..
4) Terpedaya dengan keadaan diri sendiri.
Memandang diri sendiri sebagai yang terbaik berbanding orang lain. Orang lain sudah rosak. Akhlak rosak, hidup tiada halatuju dan bermacam lagi perkara yang tidak boleh diharapkan. Hanya diri sendiri yang tidak rosak. Masih boleh diharap.Sedangkan hakikatnya, apabila dia berpandangan demikian, dia adalah orang yang binasa dengan kebinasaan sebenar!Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam 
bersabda mafhumnya:
 Apabila kamu mendengar seseorang berkata, "Orang ramai telah rosak!" Sebenarnya, dia yang rosak!! 
[2]Hujjatul Islam al Ghazali radhiyyallahu 'anhu ketika mengulas hadith ini menyebut:
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyatakan begitu kerana perkataan yang diucapkan ini menunjukkan bahawa orang yang mengucapkannya adalah seorang yang memandang rendah orang lain dan tertipu dengan Allah Ta'ala. Dia merasa aman daripada rancangan Allah Ta'ala dan tidak merasa takut dengan kekuasaan-Nya. Bagaimana mungkin dia tidak merasa takut? Bila dia memandang rendah orang lain dan merasa kagum dengan keadaannya sendiri, ini sudah memadai untuk menunjukkan dia adalah seorang yang jahat! 
[3]
5) Meninggi diri ke atas pelaku maksiat dan golongan yang tidak sependapat dengannya.
Dia melihat golongan yang melakukan maksiat dengan pandangan meninggi diri. Sepatutnya dia melihat mereka denganperasaan kasihan dan berusaha membimbing golongan ini agar keluar dari kepompong maksiat. Namun apakan daya,disebabkan dia memandang dirinya sahaja yang terbaik, maka sikap ini menutup pintu hatinya daripada belas kasihan.Seolah-olah dia yakin akan terus terpelihara daripada melakukan maksiat. Begitu juga apabila berhadapan dengangolongan yang kurang ilmunya, dia memandang mereka dengan pandangan enteng. Jika golongan ini bersalahan pendapatdengannya walaupun ternyata pendapat tersebut disokong dengan dalil yang kuat, dia melenting kerana padapandangannya orang yang kurang ilmu daripadanya tidak boleh bersalahan pendapat dengannya. Seolah-olah dia lebihtahu segala-galanya.
6) Sukar menerima nasihat.
Dia melihat dirinya tidak perlu kepada nasihat. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu datang daripada orang yang lebih rendahilmu atau amalan daripadanya. Dia tidak perlukan nasihat tetapi orang lain perlukan nasihatnya seolah-olah nasihatnyasudah memadai untuk membimbing orang lain ke jalan yang benar. Mana boleh orang yang lebih rendah martabatnyamenasihati dirinya yang lebih baik ini!
7) Suka membanding-bandingkan dirinya dalam pegangan agama dengan orang lain.
 
[Dari Blog] Terpedaya Dalam Beragama :: ::al-ahkam.net:: :: Siber Feqh...http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...3 of 506/07/2008 05:54 AM
Dia suka melakukan perbandingan terhadap dirinya dari sudut ilmu, amalan dan pegangan agama dengan orang yang lebihrendah martabat daripadanya. Lantas dia pun menyangka telah menjadi yang terbaik dan akan terus jadi yang terbaik.Natijahnya dia akan terus merasa senang dengan apa yang ada pada dirinya dari sudut ilmu dan amalan. Tanpa perlumerasa bimbang..
Faktor-faktor.
Secara umum, faktor-faktor yang menjadikan seseorang itu terpedaya dalam beragama ada tiga:
1) Faktor persekitaran.
Sudah menjadi kebiasaan, manusia itu mudah terkesan dengan persekitaran hidupnya. Suasana keluarga, masyarakat dantempat dia membesar menyumbang kepada pembentukan perwatakannya. Boleh jadi mengapa seseorang itu terpedayadalam beragama adalah kerana dia hidup dalam lingkungan masyarakat yang sukakan kemegahan dan ketinggianwalaupun masyarakat tersebut berpegang teguh pada agama. Kemungkinan pegangan teguh mereka pada agamahanyalah berbentuk lahiriah dan secara mendatar. Jika mereka melakukan kebaikan, mereka akan mengungkit. Jika merekamenabur jasa, mereka ingin disebut. Apatah lagi, jika dia lahir dari kalangan keluarga yang terkenal dengan keilmuan,maka dia akan selalu menyebutnya dengan perasaan megah. Padahal dia tidak sealim mana pun. Hanya menumpangpopulariti nenek moyangnya yang alim! Dalam suasana yang sebegini, sedikit sebanyak menyumbang kepada kelahirangolongan yang mudah terpedaya dalam beragama.
2) Faktor ilmu.
Faktor kurangnya penguasaan terhadap ilmu syara' juga boleh menyumbang kepada sikap terpedaya dalam beragama.Hanya sekadar baru membaca sebuah dua buku-buku agama atau memiliki sedikit ilmu dalam keadaan dia tidak menghalusi ilmu tersebut telah menjadikannya terpedaya dengan pegangan agamanya. Sudah berani mengkritik paraulama' berwibawa yang jelas lebih berilmu daripadanya atau tidak segan silu ingin menandingi dan berdebat denganmereka. Padahal buku-buku yang dibaca pun adalah terjemahan daripada bahasa Arab jika dia tidak pandai berbahasa Arab. Terjemahan belum tentu mampu menyampaikan maksud sebenar ilmu yang ingin diutarakan oleh buku-bukutersebut. Jika dia memahami bahasa Arab sekali pun, belum tentu dia mampu menangkap keseluruhan maksudnyasekaligus lebih-lebih lagi hanya menatap buku tanpa berguru! Jika dia belajar sekalipun, memadai dengan silibus-silibusyang ditetapkan tanpa ada keinginan untuk mendalami dan memperhalusi ilmu tersebut. Tapi keinginan untuk mendabik dada masih tinggi dan dia pun terpedaya dengan ilmu yang sedikit itu.Justeru, para ulama' menyebut bahawa ilmu itu berukuran tiga jengkal. Siapa yang hanya baru sampai di jengkal pertama,maka dia akan memiliki sikap takbur dan bongkak. Siapa yang berjaya sampai ke jengkal yang kedua, maka dia akanmerendah diri. Siapa yang berjaya sampai ke jengkal terakhir, ketika itu dia akan menyedari bahawa banyak lagi perkarayang tidak diketahuinya.Mutakhir ini, kita melihat sikap sebegini menimpa segolongan muda-mudi yang baru ingin berjinak-jinak dalam arenakeilmuan dan dakwah. Hanya baru menatap sebuah dua buku (itu pun terjemahan) dan mendengar beberapa siripengajian, telah berani mengkritik dan menghukum para ulama' yang lebih berautoriti seolah-olah dia adalah hakimmahkamah syariah pula! Kasihan.. Rupa-rupanya mereka terpedaya..
3) Faktor didikan.
Faktor ini biasa dilihat berlaku pada golongan ilmuwan tertentu. Dia rajin belajar, membaca dan mengkaji tetapi sekadaruntuk menambah ilmu pengetahuan sahaja. Dia tidak berhasrat untuk melakukan tarbiah jiwa dengan ilmu-ilmu tersebut. Apabila dia menyertai badan-badan dakwah atau persatuan-persatuan tertentu, dia hanya menyertainya atas dasarkeilmuan semata-mata. Hanya ingin tahu tentang politik, ideologi, fahaman dan akidah tertentu. Adapun atas dasarmendidik jiwa dan membersihkannya dengan ilmu-ilmu tersebut, jauh sekali. Sangkaannya, ilmu sudah memadai. Sudahcukup untuk memasukkannya ke dalam Syurga. Dia terlupa bahawa Islam itu adalah ilmu dan amalan. Akhlak danpenyucian jiwa.Kita lihat bagaimana golongan salaf berinteraksi dengan ilmu mereka. Mereka menuntut ilmu kerana ingin beramal. Denganilmu, mereka menyucikan jiwa dan memurnikan akhlak. Bahkan di kalangan mereka ada yang tidak berani untuk meriwayatkan hadith atau menyampaikan pidato-pidato ilmiah dan nasihat melainkan setelah mereka yakin telah melaluiproses tarbiah dan penyucian jiwa dengan jayanya. Kerana itu, ilmu-ilmu mereka diberkati Allah Ta'ala dan orang ramaimudah terkesan dengan ucapan-ucapan mereka. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ucapan yang mereka ungkapkanlahir dari hati yang bersih kesan tarbiah yang murni. Siapa yang mendakwa mengikut jejak langkah salaf, sepatutnya beginisifatnya! Jangan sekadar dakwa sahaja, tetapi tidak berbukti. Sesiapa sahaja boleh mendakwa itu dan ini, tetapi dakwaanyang diterima adalah yang disokong oleh bukti yang kukuh. Jika tidak, diam lebih baik!!
Kesan-kesan.
Jika orang yang terpedaya dalam beragama ini tidak diberi taufiq oleh Allah Ta'ala untuk membebaskan dirinya daripadasifat ini, maka kesannya adalah buruk di dunia mahu pun di akhirat,
na'uzubillah min zalik 
(kami berlindung dengan Allah Ta'ala daripada perkara itu).
1) Kesan di dunia.
Orang yang bersikap begini akan hilang keberkatan dalam amalannya. Amalannya tidak diterima Allah Ta'ala dan syaitan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...