http://inovasipintar.blogspot.com/
PENGENALAN.
STRATEGI
1.Membuat Latihan Berfokus menggunakan CHAPTER FOCUS A+ Mengikut Bab Dengan Skema Jawapan/Pemarkahan Format SPM.2.Jadual Ulangkaji Mingguan Dengan Senarai Semak Peratus Peningkatan Penguasaan Setiap Bab yang telah dipelajari.3.Membuat Jadual Analisa Soalan Percubaan SPM Tahun semasa dariSBP, MRSM dan semua negeri dan latihan intensif berfokuskananalisa soalan tersebut.
OBJEKTIF
1.Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai gred A-, A dan A+ sehingga 40% daripada bilangan calontahun semasa.2.Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai sekurang-kurangnya gred B sehingga 80% daripada bilangan calon tahun semasa.
RASIONAL
1.Bentuk soalan yang disoal setiap tahun bagi sesuatu bab/chapter hampir sama setiap tahun bagi sesuatu topik. Dalam strategi ChapterFocus A+ ini, menyediakanhampir 99% berbagai soalan berkualiti yang sering disoal untuk sesuatu topik dalam bab/chapter tertentu.2.Setiap kali peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan SPM sebenar, bentuk soalan untuk topik berkaitan adalah hampir sama setiaptahun. Sedikit perubahan seperti jenis bahan kimia yang digunakan, jenis faktor yang mempengaruhidan lain-lain disesuaikan dengansoalan tersebut.3.Pelajar perlu dilatih untuk mahir menjawab setiap bentuk soalanbagi setiap topic dari setiap bab/chapter dengan menjawab mengikutkehendak skema pemarkahan SPM.4.Analisa soalan percubaan SPM dari SBP, MRSM dan negeri-negeri lain akan memberikan gambaran berkenaan topic yang akan disoalpada tahun semasa.Kebanyakan pembuat soalan dinegeri-negeri kemungkinan juga adalah penggubal soalan di Lembaga Peperiksaan.Inimembantu pelajar memberikan fokus kepada tajuk tertentu untuk memantapkan fakta dan kefahaman mereka.5.Menyediakan kaedah ulang kaji yang sistematik adalah antara faktor penting untuk membantu pelajar berjaya dengan cemerlang.
PELAKSANAAN
1.Pelajar perlu fokus mengulangkaji mengikut strategi yang telah ditetapkan. Tentukan jadual mengulangkaji dan mengulangkaji mengikut jadual.2.Catatkan peningkatan peratus penguasaan soalan-soalan setiap kali selepas ulangkajidalam
JADUAL TARIKH DAN PERATUSPENGUASAAN SOALAN SETIAP CHAPTER
,hingga peratus penguasaan soalan mencapai 100%.3.Guru subjek membuat pemantauan dengan merujuk kepada
JADUAL TARIKH DAN PERATUS PENGUASAAN SOALAN SETIAPCHAPTER.
4.Pemantauan dari ibubapa/penjaga dengan menandatangani buku
CHAPTER FOCUS A+
anak masing-masing.5.Guru subjek sentiasa bersedia membantu meningkatkan kefahaman dan peratus penguasaan pelajar. Guru subjek menyediakan
FORMULA KHAS
untuk memahami dan mengingati fakta sukar yang sering disoal dalam peperiksaan.6.Bantuan dari rakan pelajar yang bijak dalam subjek Kimia disediakan untuk meningkatkan peratus penguasaan soalan melaui program
RAKAN PINTAR KIMIA.
7.Latihan soalan objektif Kertas 1 dijalankan dari masa ke semasa untuk memantapkan penguasaan fakta dan kefahaman pelajar.Strategi ini diharapkan dapat meningkatkan penguasaan fakta Kimia dan keyakinan pelajar sepanjang persediaan menghadapi peperiksaan SPM.Kerjasama semua pihak mampu mencapai objektif yang dinyatakan. Selamat Maju Jaya. Terima Kasih.
Add a Comment