• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
ISTANA LAMA SRI MENANTI
Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggerissemasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadatperasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni AlmarhumYamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan bagindaberpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayubernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutanoleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semulaoleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telahdiluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu laindiambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidakmenggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggilpasak.Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Padatahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacaratersebut.Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikanSekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istanaini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMMTuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakansebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran LembagaMuzium Negeri, Negeri Sembilan.Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah denganmempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubahbentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahankoleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.
ISTANA AMPANG TINGGI
Istana kayu ini terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan sepasang pintu gelengsar  berat yang tidak boleh ditemui di sebarang tempat di Semenanjung Malaysia pada masasekarang.Istana ini telah dibina di atas permatang yang menghala ke sebuah sawah padi yang luasoleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-5, iaitu Yamtuan Ulin (dikenalisebahai Yamtuan Imam) yang memerintah dari tahun 1861-1869. Bangunan ini berukuran66 1/2 kaki panjang dan 23 1/2 kaki lebar. Apabila istana ini siap, Yamtuan telahmenghadiahkan istana ini kepada puterinya, Tunku Cindai apabila puteri baginda berkahwindengan Tengku Muda Chik, putera Yamtuan ke-4, Yamtuan Radin. Istana ini terletak kira-kira enam batu dari Seri Menanti. Tengku Muda Chik telah menambahkan lebih banyak 
 
 panel berukir dan tinggal di sana bersama-sama isterinya. Istana ini kemudiannya telahdiberikan kepada puteri mereka Tunku Halijah yang berkahwin dengan YamtuanMuhammad, Yamtuan ke-7 sebagai isteri keduanya. Apabila Tunku Halijah meninggal padatahun 1921, ia telah dihuni dari semasa ke semasa oleh anggota keluarga yang lain. Tetapimulai kira-kira tahun 1930, ia tidak lagi dihuni secara tetap dan kemudiannya terbiar tanpadibaiki langsung.Pada tahun 1953, Yamtuan ke-8, Tunku Abdul Rahman memberi kebenaran supaya bangunan lama yang tidak beratap ini dibuka dan dipindahkan ke Seremban. Kemudian pada tahun 1980 bangunan ini telah dipindahkan ke Tapak Kompleks Taman Seni Budayadan kini sebagai salah satu daripada tempat sejarah yang perlu dilawati.
MINANGKABAU
Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan memang terkenal dengan panggilan orang Minang.Hal ini disebabkan kebanyakannya berasal daripada keturunan orang-orang Minangkabauyang terdapat di Wilayah Minangkabau, Sumatera.Minangkabau ialah nama bagi sesebuah negeri, orang-orangnya dan juga bahasanya. Tetapibiasanya istilah yang digunakan untuk orang-orang Minangkabau ialah orang Minang.Masyarakat Minangkabau memang terkenal dengan cara hidup dan adat istiadat yang uniksekali. Dalam amalan Adat Minangkabau ini, harta pusaka, gelaran dan nama sukuditurunkan menurut salasilah keturunan di sebelah ibu.Masyarakat Minangkabau bersifat peramah dan bijak dalam berbicara terutamanya padaupacara-upacara adat yang dilakukan. Mereka menyampaikan sesuatu hal atau hajat secarahalus dan cara kiasan, sehingga dalam menerimanya harus pula dengan perasaan yanghalus.Atap rumah dan tutup kepala wanita Minang mempunyai bentuk mirip tanduk kerbau.Menurut kisah lalu bentuk-bentuk ini dapat ditafsirkan oleh kerana eratnya hubungandengan nama Minangkabau yang dapat disama erti dengan 'menang kerbau'.Masyarakat Minangkabau ialah pemeluk agama Islam yang taat dan pemegang adat yangkuat. Hal-hal agama dan adat terpadu secara serasi di dalam cara kehidupan masyarakatseharian dan dijunjung tinggi oleh mereka.Rombongan orang-orang Minangkabau yang ke Rembau ialah Datuk Lelo Balang, datangdengan pengiringnya dan orang-orang dari Batu Hampar dan Mungkal. Mereka datang keRembau, Negeri Sembilan dari Kampung Tigo Nenek. Kemudian satu rombongan orang-orang Minangkabau datang dari Kampung Sari Lemak yang diketuai oleh Datuk Puteh.Datuk Puteh terkenal sebagai seorang pawang, dukun, bomoh atau ahli kebatinan telahmemberikan nama kepada tempat bertakhtanya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
 
Nama asal Seri Menanti adalah diambil daripada Padi Menanti. Pertukaran nama dari PadiMenanti ke Seri Menanti adalah disebabkan perkataan Padi dalam bahasa Jawa bererti Seri.Begitulah asal mula perkembangan gelombang kedatangan orang-orang Minangkabau keNegeri Sembilan.
 ADAT PERPATIH
Adat Perpatih dianggap merupakan satu sistem kekerabatan yang amat liberal danmenyeluruh. Justeru terdapat beberapa konsep dalam Adat Perpatih ini yang menunjukkanhubungan kekerabatan ini seperti jurai, perut, suku dan sebagainya.Dalam Adat Perpatih ini terdapat atau terpecahnya kepada 12 kumpulan yang dipanggilSuku. Suku merupakan kumpulan atau kelompok kesatuan zaman dahulu yang berbentuk  pengwilayahan yang diberi nama dan dipanggil seperti:
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

nice... thanks for sharing...

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...