APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA OlehDr. Hj. Ismail bin AliasPengarahBahagian Perkhidmatan PsikologiJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ABSTRAK
Kertas ini bertujuan untuk membincangkan tentang peranan aplikasi psikologi dalampengurusan sumber manusia sektor awam. Perancangan sumber manusia menuntutsumber mengenali kehendak kakitangannya hasil daripada kerjanya sekaligus kehendak organisasi ke atas kakitangan berkenaan. Selaras dengan hasrat kerajaanmenitikberatkan modal insan sebagai satu pendekatan terkini untuk memantapkanprogram dan aktiviti pengurusan sumber manusia dalam organisasi. Empat skop aplikasipsikologi yang digunakan antaranya ialah melalui penggunaan ujian psikologi, penilaiandan pembangunan personel, penyelidikan psikologi dan program pengupayaan kendiri.Keempat – empat aplikasi psikologi ini boleh digunakan di dalam urusan pemilihan,penempatan, pengurusan prestasi dan kompetensi serta peringkat prapersaraan. Aplikasipsikologi ini juga boleh memberikan panduan kepada pegawai sumber manusia untuk melaksanakan aktiviti pencegahan, pembangunan dan pemulihan pekerja daripadaperkara negatif dalam organisasi.
1. PENGENALAN
Perkhidmatan Awam di Malaysia adalah yang terbaik di kalangan negara membangun. Usahapenambahbaikan yang telah dilaksanakan akan dilakukan secara berterusan bagi mencapai visi danmisi organisasi. Kempen Budi Bahasa dan Nilai – nilai Murni, Mengurangkan karenah Birokrasi,Memperkemaskan Layanan di kaunter dan Pelancaran Plan Integriti Nasional (PIN) bagi mengurangkes penyelewengan dalam perkhidmatan awam merupakan sebahagian daripada usaha yang dibuatuntuk menggerakkan perkhidmatan ke tahap dunia. Menyedari bahawa sumber manusia adalahpenentu dan penggerak kepada kemajuan ekonomi negara, kerajaan telah menetapkan bahawa
Leave a Comment
sign up scrib
how to wana copy this page?