• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
OLEH: AZZAMEENDEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN SELAINDARI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MEMESANKAN SATU SAMALAIN DENGAN KEBENARAN SERTA MEMESANKAN SATUSAMA LAINDENGAN KESABARAN- AL QURAN SURAH AL ‘ASHR 1-3
PROLOG
 Negara baru akan parah pada tahun 19 dan 97,Penduduk meratap belas kasihan danmaut berterusan,Bahang musim panas dan taufan mengganas di bulanSeptember,Penduduk tidak dapat lari dan puluhan ribu akan mati.
- Michael de Nostradame @ Nostradamus (1503 – 1566)
Firasat:
1. Dalam tahun 1997; Asean, di antaranya yang meliputi Malaysia, Thailand danSingapore sebagai negara-negara rantau Asia Tenggara bilamana Indonesia mengalamikegawatan ekonomi paling teruk dan kacau bilau yang menumbangkan regim Suharto pada awal tahun 1998.2. Penduduk negara dunia ketiga dan membangun meratap belas kasihan lantarankemarau yang diakibatkan oleh fenomena El Nino di bahagianAsia Timur dan AsiaSelatan manakala La Nina mengganas di bahagian Amerika Latin.3. Bencana El Nino bermula seawal tahun 1997 dengan kemuncaknya di bulanSeptember 1997 apabila kemarau hebat melanda Indonesia dan jugaMalaysia termasuk negara-negera rantau Asia Tenggara. Krisis air juga berlaku di banyak negara. Jerebutebal pula meliputi keseluruhan AsiaTenggara dari Mac hingga Oktober 1997.4. Bulan Ogos 1998, fenomena La Nina yang menyebabkan banjir besar melanda China,ribuan terkorban. Amerika Syarikat dilanda taufan Bonniepada 25 Ogos. Angka kematian pun terus bertambah!5. Kematian pun berterusan bersilih ganti tanpa penghabisan!!
FENOMENA CAKERAWALA
Ribuan tahun dahulu apabila sesebuah komet yang menyerupai thi bintang melintasilangit, orang yang melihatnya akan menggigil ketakutan. Menurut mereka, sebuah bebolaapi yang turun dari langit itu menandakan kemarahan tuhan atau dewa-dewa mereka.Ketika kedatangan agama Kristian pun, komet dianggap sebagai bad omen atau majalyang bererti petanda buruk. Misalnya pada tahun 1066, Raja Harold dari keturunan Saxontelah dikalahkan oleh William the Conqueror, Penakluk Normandy dari Perancis ketika peperangan Hasting dan England jatuh ke tangannya. Kemenangan William adalahsejurus selepas sebuah komet lalu di ruang angkasa negara itu dalam jarak yang palinghampir dengan bumi pada ketika itu. Komet itu adalah Halley yang dianggap sebagai
 
majal bagi Raja Harold.Sejarah kaum Aztec di Mexico juga ada mencatatkan kedatangan “butiran jagung yangmenyala” iaitu sebuah komet pada tahun 1517 yang menjadi petanda kepada kejatuhanMontezuma II, Raja Aztec pada tahun 1520 sebaik saja penyerahan empayarnya kepadaconquistadores(penjajah) Sepanyol, Hernan Cortes. Konon-kononnya kejatuhan diktator Ferdinand E. Marcos, pemerintah Filipina setelah memerintah selama dua puluh tahun juga bertepatan dengan kedatangan komet Halley dalam tahun 1986.Sementara itu dalam tahun 1996 kedatangan Komet Hyakutake malahan pada tahun 1997kedatangan Komet Hale-Bopp telah menjadi dua fenomena cakerawala sebagai petandakegawatan ekonomi dan jerebu tebal di Asia Tenggara sambil menyaksikan tumbangnya presiden terlama yang memerintah Indonesia selama 32 tahun iaitu Suharto. Apakahsemuanya kebetulanbelaka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui! Kita telah sediamembaca sejarah manusia bahawa komet bahkan beberapa jasad cakerawala lainmemberi petanda kepada kejatuhan banyak tamadun (Crash of Civilization) yakni China,Babylon, Rom dan Parsi sebelumnya. Bolehkah dipercaya fakta sebegini sedangkanRasulullah SAW telah berpesan bahawa kemangkatan puteranya Ibrahim bukanlahkerana gerhana matahari cincin pada hari Isnin, 27 Januari 632 Masehi bersamaan dengan29 Syawal 10 Hijrah pada jam 9.45 pagi waktu tempatan Jazirah Arab. Hanya AllahYang Maha Mengetahui! Tidak dijadikan oleh-Nya sebarang petanda melainkan denganhikmah-Nya jua. Apatah lagi jika kita menginsafi bahawa sesetengah petanda merupakanamaran Allah ke atas umat manusia.Justeru, barangkali kedatangan komet bahkan gejala samawi bukanlah setakat sebagailambang petunjuk terhadap kejahatan manusia tetapi juga rahmat bagi manusia yang beriman kepada-Nya! Manusia amat tidak mengetahui sesuatu peristiwa yang tersirat disebalik suratan takdiryang direncanakan oleh Tuhan. Manusia hanya meramal walauketentuan belum pasti kerana menjadi hak-Nya untuk menentukan sejarah manusia itusendiri walaupun manusia diberikan ikhtiar dalam menjalani kehidupan sebagai bukannya mengharapkan takdir semata-mata.Walaupun kedatangan komet-komet pada zaman moden ini tidak dianggap menakutkansesiapa tetapi sindrom ketakutan itu masih ada bagi sebilangan kaum yangmempercayainya. Bagi peminat astronomi, senarionya berlainan kerana merekamengkaguminya dan menganggap sebagai salah satu dari sekian banyak fenomenacakerawala yang patut diambil tahu dan diselidiki. Sekarang kita melihat banyak faktor lain yang menyebabkan beberapa kuasa besar yang cuba mendominasi dunia mengambiliktibar dari gejala samawi atau dalam kata lain yang lebih tepat ialah bagaimanamenggunakan kuasa alam semesta atau “Kuasa Kosmos”.Kenapakah tarikh 20 Mac 2003 dipilih oleh Pentagon untuk mengisytiharkan perang keatas Iraq? Cuba lihat fakta ini:Lokasi: Washington DC lat.: 38d53'52" Utara long.: 77d02'13" Barat#Pada jam 4:35 am EST (US) atau 9:35:30 UT atau 5:35 pm Malaysia Standard Time
 
Planet Marikh berada 19 darjah 00 minit 19 saat di azimuth 144 darjah 52 minit 02 saat.Serangan telah dilancarkan tepat pada jam 5.35 pm waktu Malaysia. Sudut Planet Marikh berada 19 darjah adalah saat pelancaran peluru berpandu ke atas Iraq bermula. Kenapa 19darjah? Sebabnya mudah, geometri Washington DC adalah 19 darjah sebagai lambangZionis dansebagai syarat mutlak kemenangan ke atas Iraq!! Itulah waktu kuasa kosmosyang sangat dipercayai oleh golongan Yahudi / Zionis Amerika dan Israel.Bukan satu rahsia lagi bahawa permainan justifikasi 'kuasa kosmos' telah digunakan olehkuasa besar untuk mencapai wawasannya ke atas Negara lain tanpa sebarang rasa sedar oleh kebanyakan umat Islam sedangkan bangsa Yahudi sangat mempercayainya dansentiasa mencuba dalam segala perkara untuk membuktikan kekuatan kuasa kosmos ini.Peristiwa bersegarisnya Musytari, Marikh dan planet-planet lain walaupun dikatakantidak menyusuli apa-apa kejadian luar biasa, yang tidak pun pula menawarkan spekulasi baru tentang ijtimak (conjunction of planets) bagi matahari, bulan dan lima planet-planetdalam konstelasi Aries sepertimana yang telahpun berlaku pada 5 Mei 2000 lalu, akantetapi para pengkaji barat (westerners) tetap juga berasa takut kalau-kalau tanda-tandakelangitan sebegitu (bersegarisnya planet-planet itu) adalah bersusur-galur dari konjungsi planetari dalam buruj Aquarius dalamtahun 24 Mac 1345 yang diikuti dengan wabak maut (Black Death) yang membunuh sepertiga dari populasi Eropah pada waktu itu!Adakah wabak yang pembunuh iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome:Sindrom Pernafasan Yang Teruk) yang melanda dunia (China, Hong Kong, Taiwan,Singapura dan Kanada) pada tahun 2003 ini adakah juga boleh dihubungkaitkan denganijtimak planet-planet suria 5 Mei 2000 pada tiga tahun yang lalu itu?Tidak lama lagi iaitu pada tanggal 27 Ogos 2003 akan berlaku perihelia planet Marikhyang termasyhor dalam sejarah umat manusia. Apa tidaknya, perihelia ini belum lagi pernah berlaku dalam ribu-ribuan tahun lampau semenjak kewujudan tamadun manusialagi! Apakah yang akanditunjukkan oleh fenomena perhelia Marikh 2003 ini? Telahtersebar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa peristiwa gerhana matahari 25Oktober 2003 dan gerhana bulan 9 November 2003 sempena awal dan pertengahanRamadhan 1424 yang mana kedua-duanya dapat dilihat di Mekah adalah petanda kepadaketibaan Imam Mahdi Muntazar (Yang Di Tunggu-tunggu). Semuanya merupakankebarangkalian yang tidak diketahui benar atau tidak walaupun telah sekian lama umatIslam mempunyai anggapan yang demikian tetapi Imam yang diharap tidak pernahkunjung jelma. Apa pun, tahun 2003 adalah tahun yang besar bagi gejala falak untuk para peminat falak seantero dunia dari barat hingga ke timur yang seakan-akan tidak sabar menantinya.
IMAM MAHDI
Saya tidak dapat menceritakan secara panjang lebar berkenaan Imam Mahdi di sini tetapisaya syorkan supaya anda semua membeli sahaja buku mengenainya yang banyak terdapat di pasaran. Salah satu buku yang saya syorkan ialah bertajuk ‘Siapa ImamMahdi’ keluaran Pustaka Nasional Singapura yang beberapa petikan pentingnya yangsempat saya ingat, saya catatkan di bawah ini:
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...