• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Artikel-artikel dalam masalah The Matrix kebanyakan diluar kotak pemikiran biasa.Andasebagai pembaca tidaklah dipaksa untuk mempercayainya 100%.Jika ada bahagian yang andarasa mengganggu ketenteraman anda,anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.Pemikiran atau idea di dalam artikel The Matrix adalah pemikiran yang dapat disimpulkanSETAKAT INI.Bermakna pengetahuan manusia terhenti di sini setakat yang diketahuinyasahaja.Bermaksud,idea di dalamnya bukanlah bertujuan mengajar satu bentuk ajaran baru atauajaran sesat tetapi lebih kepada proses pencarian kebenaran.Apa yang penting ialahBERFIKIR dengan mendalam.Mungkin idea-idea di dalamnya akan ketinggalan zaman (atauhabis tarikh luputnya) apabila pengetahuan lebih baru dapat dicapai.Ini samalah seperti bumiyang dianggap leper pada masa dahulu,kemudiannya barulah diketahui berbentuk sferasetelah pengetahuan sains semakin maju.Inilah yang dimaksudkan.Kebenaran sering berubah mengikut peningkatan dan perubahankesedaran manusia.Apa yang kita sangka betul pada hari ini tidak semestinya betul 100 tahunakan datang.Jika ada bahagian-bahagian yang tidak betul atau bersalahan sama sekali,andadialu-alukan mengirimkan pembetulannya kepada kami.Ada artikel-artikel yang akanmenyentuh soal agama,jadi jika ada pembaca yang sedar akan kesalahan tertentu di sepanjang perbincangan The Matrix,kami berbesar hati jika pembaca 'menegur'
SECARA MEMBINA
kesalahan itu.Selamat membaca.
 
PeringatanArtikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yangmenyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya adadi antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isikandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yangmursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh, kitab Sirus Salikin dan kitabHikam.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia darikaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmukerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isikandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.Inilah adalah fail Matrix bernombor: Matrix04.Selamat Membaca.-M.O"no one can be told what the Matrix is. You have to see it for yourself..." (MOrpheus -TheMatrix)Apakah Matrix itu?Menurut pengetahuan yang ada setakat ini,Matrix bermaksud
ruang
.Ruang di mana entitidapat berdiri dan wujud.Ruang dimana entiti dapat menjalankan aktivitinya.Ruang di manaentiti hidup atau berdiam diri.Ruang ini terdiri daripada kod-kod yang terbina di dalam
 
strukturnya.Ada berapa banyak Matrix yang ada?Bagi entiti yang wujud di dalam Matrix,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matrix,
tiada Matrix.
Telah dijelaskan sebelum ini,Matrix adalah sebuah program.Ia terdiri dari kod-kod yangdiekstrak dari memori yang bersumber dari The Source.Memori ini bertempat di dalam satuMatrix lain yang disebut 'Mainframe'.Entiti berada di dalam Matrix.Entiti hanya mengenal realitinya berdasarkan Matrix yang iawujud di dalamnya.Matrix adalah ruang di sekelingnya."The Matrix is everywhere. It is all around us, even now in this very room. You can see itwhen you look out your window or when you turn on your television. You can feel it whenyou go to work..." (Morpheus -The Matrix)Entiti tidak dapat mengalami Matrix yang lain,selain Matrix yang diketahuinya,kecualidengan cara yang lain,cara yang tertentu.Entiti yang mengikut protokol Matrixnya sahaja akanselamanya akan terkongkong dalam Matrixnya sahaja."Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkaudaripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab)di sisi Allah". (Hikam)Entiti yang wujud di dalam Matrix hanya merasakan Matrixnya sahaja yang realiti.Entiti tadidapat merasakan keberadaan Matrix berdasarkan deria-derianya.Berdasarkan protokolMatrix,deria-deria adalah alat (tool/device) berfungsi untuk menjelaskan kewujudan Matrix.Matrix terdiri daripada protokol-protokol tertentu.Matrix juga mempunyai format yang telahdisetkan.Sebagai contoh,program A yang terdapat di dalam Matrix B dan Matrix C.Katakan didalam Matrix B,program A mempunyai warna merah manakala di dalam Matrix C,program Adisetkan berwarna biru.Ini adalah program yang sama tetapi di dalam Matrix yang berbeza.'Programmer' juga boleh membuatkan Matrix C tadi tiada memiliki program A,boleh jadi program itu telah dipadamkan (delete).
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...