• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Artikel-artikel dalam masalah The Matrix kebanyakan diluar kotak pemikiran biasa.Andasebagai pembaca tidaklah dipaksa untuk mempercayainya 100%.Jika ada bahagian yang andarasa mengganggu ketenteraman anda,anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.Pemikiran atau idea di dalam artikel The Matrix adalah pemikiran yang dapat disimpulkanSETAKAT INI.Bermakna pengetahuan manusia terhenti di sini setakat yang diketahuinyasahaja.Bermaksud,idea di dalamnya bukanlah bertujuan mengajar satu bentuk ajaran baru atauajaran sesat tetapi lebih kepada proses pencarian kebenaran.Apa yang penting ialahBERFIKIR dengan mendalam.Mungkin idea-idea di dalamnya akan ketinggalan zaman (atauhabis tarikh luputnya) apabila pengetahuan lebih baru dapat dicapai.Ini samalah seperti bumiyang dianggap leper pada masa dahulu,kemudiannya barulah diketahui berbentuk sferasetelah pengetahuan sains semakin maju.Inilah yang dimaksudkan.Kebenaran sering berubah mengikut peningkatan dan perubahankesedaran manusia.Apa yang kita sangka betul pada hari ini tidak semestinya betul 100 tahunakan datang.Jika ada bahagian-bahagian yang tidak betul atau bersalahan sama sekali,andadialu-alukan mengirimkan pembetulannya kepada kami.Ada artikel-artikel yang akanmenyentuh soal agama,jadi jika ada pembaca yang sedar akan kesalahan tertentu di sepanjang perbincangan The Matrix,kami berbesar hati jika pembaca 'menegur'
SECARA MEMBINA
kesalahan itu.Selamat membaca.
 
Peringatan
 Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yangmenyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya adadi antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isikandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yangmursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, MinhajulAbidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitabImam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahamanmasalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit punkonsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cubauntuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.Kepada pembaca siri Matrix yang baru,sila semak siri-siri Matrix sebelumnya untuk  pemahaman yang lebih jelas. Ini adalah Matrix05 di bawah tajuk "Matrix Lebih Tinggi"Matrix01Matrix02Matrix03Matrix04atauThe Matrix AtasBawah-M.O
 
"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey" 
 
(Stephen R. Covey)
Di dalam dunia yang kita berhidup sekarang,sebenarnya...adalah salah satu dari berinfinitialam yang tercipta sebagai makhluk Tuhan.Alam ini,di mana manusia dapat merasainyadengan semua derianya adalah dinamakan Alam Nasut dalam istilah Tasawuf,di mana alamini juga tidak diketahui anggaran dan ukurannya keluasannya.Dari sebesar-besar semesta yanggelap gelita dengan segala galaksi dan dimensinya,hingga sekecil-kecil jasad;elektron,proton,bozon,quark hingga ke zarah-zarah mikron yang kini sedang dipecahkandi makmal CERN,sesungguhnya akal manusia yang dikatakan lebih hebat dari superkomputer ini juga tidak mampu untuk mengagak betapa luas dan hebatnya alamnya sendiri,Alam Nasutciptaan Rabbul Izzati,apatah lagi untuk membicarakan alam Malakut.Kita tidak tahu untuk apakah alam ini diciptakan sehebat-hebatnya.Pernahkah kita bertanya kedalam hati kita,pada malam yang gelap ketika merenung luas langit yang ditaburi bintang- bintang,untuk apakah semua ini dicipta?Untuk apakah Alam Nasut ini dicipta hanya untuk menempatkan manusia yang lemah ini berserta haiwan-haiwan bagi kegunaan mereka?Mengapa alam yang sebegini luas dibina hanya untuk memuatkan bumi manusia yang didalamnya para manusia sibuk berperang,bergaduh dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri?
ADA RAHSIA DI SINI
.Jika kita memahami konsep mikro dan makro dalam diri manusia itusendiri,kita akan dapat memahami mengapa alam sebegini luas,hanya dicipta buat manusiayang lemah dan bodoh ini.Jika kita dapat memahami Alam Nasut ini,barulah kita dapat bercerita tentang Matrix yanglebih tinggi darinya.Barulah kita dapat memahami mengapa Tuhan menciptakan alam-alamyang lain seperti Alam Jabarut,Malakut dan Lahut.
Matrix Lebih Tinggi
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...