Ketahuilahtiada yang wujud selain Dia
tiada yang melihat selain Diatiada yang berkata selain Dia
tiada yang mendengar selain Diatiada yang berbuat selain Dia
(Kitab Taman Rahsia)
Manusia yang berakal semakin lama semakin memikirkan apakah sebenarnya alam ini?Dengan apakah Tuhan membikinnya?Dari mana asalnya alam ini?Sementara manusia-manusia ini mengkaji asal-usul alam ini,terdapat sekelompok manusia lain yangdianugerahkan hikmah dan pengetahuan,mengetahui hakikat alam ini beribu-ribu tahunsebelum manusia menemui partikel paling terkecil sekali;yang dikatakan adalah entiti palingasas membentuk alam semesta.Di sini terdapat dua jenis manusia.Pertama mereka yang sampai kepada Tuhan dengan jalanmempelajari agama.Kedua orang yang sampai kepada Tuhan dengan jalan mencari-Nya didalam kitab-kitab Matematik dan Fizik;melalui ilmu Sains.Kedua-duanya akan sampai,jikakena caranya.Tetapi jalan yang pertama pasti lebih sampai dahulu,kerana ia adalah jalan paling cepat.Yang kedua,melalui jalan-jalan yang berliku,bermain dengan segala persamaan,hipotesis dan teori.Hilang satu anu atau pekali dalam persamaan maka sesatlah jalan menuju Tuhan;mungkin jalan menuju syaitan.Sesetengah golongan keduamemperlekehkan golongan pertama,mempersoalkan logik tidak logik apa yang tertulis didalam kitab-kitab agama.Golongan pertama;golongan agama tidak dapat menjelaskan secarasaintifik apa yang ditulis dalam kitab mereka lantas terpaksa mempertahankan diri merekadengan alasan agama tidak boleh difikirkan secara logik akal.Golongan kedua terusmengejek-ngejek sambil mengetawakan golongan pertama yang dianggap kolot,jumud dantidak moden.Ketika zaman berganti zaman,golongan kedua tadi makin hebat mengkaji alamdengan segala kepandaian mereka dan peralatan yang semakin canggih.Suatu hari merekamenemui satu teori maha hebat yang menjelaskan asal-usul alam ini.Teori ini dicapai setelah beribu kali membaiki pelbagai persamaan Matematik dan Fizik,serta menggabungkan beberapa teori sains yang dibuat oleh pakar-pakar mereka sebelum itu.Teori itu berbunyi:"Bahawasanya alam semesta ini wujud melalui letupan titik tunggal ini dengan isipadu sifar.Letupan ini dinamakan ‘Big Bang’ "Golongan kedua ini beramai-ramai mengusung segala kitab Matematik dan Fizik mereka kesurau dan masjid-masjid 'menyerang' golongan pertama setelah berabad-abad bertapa didalam makmal dan balai cerap sambil ditimbuni segala kitab sains dan rumus-rumus,akhirnyamereka berjaya menemui asal-usul alam yang fana ini.Maka terhairan-hairanlah para ulamayang bertekur berzikir di dalam rumah Tuhan yang mulia gerangan apakah beramai-ramaidatang sambil tersenyum bangga dan mendabik dada.Maka ditunjukkan mereka sebaris ayatyang di'frame'kan dengan kerangka emas bersalut berlian,ditulis dengan tinta berdakwat emas
Leave a Comment