• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Artikel-artikel dalam masalah The Matrix kebanyakan diluar kotak pemikiran biasa.Andasebagai pembaca tidaklah dipaksa untuk mempercayainya 100%.Jika ada bahagian yang andarasa mengganggu ketenteraman anda,anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.Pemikiran atau idea di dalam artikel The Matrix adalah pemikiran yang dapat disimpulkanSETAKAT INI.Bermakna pengetahuan manusia terhenti di sini setakat yang diketahuinyasahaja.Bermaksud,idea di dalamnya bukanlah bertujuan mengajar satu bentuk ajaran baru atauajaran sesat tetapi lebih kepada proses pencarian kebenaran.Apa yang penting ialahBERFIKIR dengan mendalam.Mungkin idea-idea di dalamnya akan ketinggalan zaman (atauhabis tarikh luputnya) apabila pengetahuan lebih baru dapat dicapai.Ini samalah seperti bumiyang dianggap leper pada masa dahulu,kemudiannya barulah diketahui berbentuk sferasetelah pengetahuan sains semakin maju.Inilah yang dimaksudkan.Kebenaran sering berubah mengikut peningkatan dan perubahankesedaran manusia.Apa yang kita sangka betul pada hari ini tidak semestinya betul 100 tahunakan datang.Jika ada bahagian-bahagian yang tidak betul atau bersalahan sama sekali,andadialu-alukan mengirimkan pembetulannya kepada kami.Ada artikel-artikel yang akanmenyentuh soal agama,jadi jika ada pembaca yang sedar akan kesalahan tertentu di sepanjang perbincangan The Matrix,kami berbesar hati jika pembaca 'menegur'
SECARA MEMBINA
kesalahan itu.Selamat membaca.
 
Apakah sebenarnya dunia yang kita tinggal ini?Adakah ada makhluk lain di planet lain?Adakah terdapat makhluk yang dapat berfikir di galaksi lain?Mengapa kita tidak dapatmelihat Jin dan Syaitan?Ini adalah Matrix08 di bawah tajuk "Ruang-ruang Tersembunyi"Penjelasan di bawah mengandungi satu rahsia besar.Jika anda keliru dengannya andadinasihatkan kembali kepada pemahaman paling asas dalam Islam.Jika tidak,anda mungkinakan menambah saf jemaah ajaran sesat yang lain.
Ruang-ruang Tersembunyi
 
Pada
perbincangan yang lepas kita telah didedahkan dengan model Fizik String.Para saintissetakat ini mengatakan bahan asas yang membentuk alam semesta ini adalah berbentuk string(tali temali) yang bergetar setiap saat.Variasi getaran string inilah yang membentuk entiti-entiti berbeza.Contohnya,perbezaan frekuensi foton (partikel cahaya) menghasilkan warna-warna yang berbeza.Ini dinamakan frekuensi spektrum.Misalnya untuk menghasilkan warnamerah,partikel haruslah bergetar sebanyak 400–484 THz pada panjang gelombang 620–750nm.Untuk warna ungu pula,frekuensinya ialah 668–789 THz pada panjang gelombang 380– 450 nm.Ini bermaksud partikel cahaya terpaksa bergetar lebih laju untuk menghasilkan warnaungu berbanding warna merah.
RAHSIANYA IALAH GETARAN
.Perbezaan getaran menghasilkan 'benda' yang berbeza.Kita dapat merasa atau menyentuh objek-objek fizikal disebabkan getaran yangdihasilkan 'serasi' dengan julat getaran yang dibenarkan oleh deria kita.Maksudnya 'sensor'sentuhan kita diset untuk mengesan objek pada frekuensi tertentu.Objek diluar frekuensi initidak dapat dirasa oleh tangan kita.Dari objek sekeras batu hinggalah sehalus angin sepoi-sepoi bahasa,deria kita berfungsi sebagai 'sensor' yang kemudiannya akan menghantar maklumat frekuensi tadi kepada otak untuk ditafsirkan.JIka terdapat objek di luar julatfrekuensi (getaran) maka deria tidak dapat mengesan kewujudannya sekaligus maklumat tidak dapat dihantar ke otak.Keras atau lembut hanya otak yang dapat menafsir.Begitu juga cahaya,terdapat 'cahaya' yang tidak dapat dilihat oleh kita.'Cahaya' ini tidak dapatdikesan oleh mata kita disebabkan julat frekuensinya di luar kemampuan deria mata untuk mengesannya.Begitu juga deria bau.Tahukah anda,setiap emosi yang kita pancarkan daridalam diri kita ini akan mengeluarkan sejenis bau?Tetapi hidung kita tidak dapatmengesannya.Contoh yang paling popular ialah anjing.Haiwan ini dapat mengesan bau yangdihasilkan oleh orang yang di dalam ketakutan.DAN INI MENERANGKAN MENGAPAORANG YANG 'LEMAH SEMANGAT' KERAP DIGANGGU PARANORMAL.Istilah'lemah semangat' ini sebenarnya ialah keadaan di mana mereka telah mengeluarkan bau yang
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...