• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Artikel-artikel dalam masalah The Matrix kebanyakan diluar kotak pemikiran biasa.Andasebagai pembaca tidaklah dipaksa untuk mempercayainya 100%.Jika ada bahagian yang andarasa mengganggu ketenteraman anda,anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.Pemikiran atau idea di dalam artikel The Matrix adalah pemikiran yang dapat disimpulkanSETAKAT INI.Bermakna pengetahuan manusia terhenti di sini setakat yang diketahuinyasahaja.Bermaksud,idea di dalamnya bukanlah bertujuan mengajar satu bentuk ajaran baru atauajaran sesat tetapi lebih kepada proses pencarian kebenaran.Apa yang penting ialahBERFIKIR dengan mendalam.Mungkin idea-idea di dalamnya akan ketinggalan zaman (atauhabis tarikh luputnya) apabila pengetahuan lebih baru dapat dicapai.Ini samalah seperti bumiyang dianggap leper pada masa dahulu,kemudiannya barulah diketahui berbentuk sferasetelah pengetahuan sains semakin maju.Inilah yang dimaksudkan.Kebenaran sering berubah mengikut peningkatan dan perubahankesedaran manusia.Apa yang kita sangka betul pada hari ini tidak semestinya betul 100 tahunakan datang.Jika ada bahagian-bahagian yang tidak betul atau bersalahan sama sekali,andadialu-alukan mengirimkan pembetulannya kepada kami.Ada artikel-artikel yang akanmenyentuh soal agama,jadi jika ada pembaca yang sedar akan kesalahan tertentu di sepanjang perbincangan The Matrix,kami berbesar hati jika pembaca 'menegur'
SECARA MEMBINA
kesalahan itu.Selamat membaca.
 
PeringatanArtikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yangmenyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya adadi antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isikandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yangmursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, MinhajulAbidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitabImam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahamanmasalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit punkonsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cubauntuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.Kepada pembaca siri Matrix yang baru,sila semak siri-siri Matrix sebelumnya (di sidebar)untuk pemahaman yang lebih jelas.Perbincangan berikutnya mengandungi satu rahsia yang penting,namun jika anda selesadengan kefahaman tradisional,lebih baik anda berpegang padanya.Ini adalah Matrix011.Selamat membaca.-M.O
 
Setiap cabang ilmu sains cuba untuk menerangkan apakah dunia ini sebenarnya.Ilmu kimiamenerangkan alam ini tersusun dalam atom-atom,kemudian berpecah lagi kepada nukleus danelektron,kemudian berpecah lagi kepada quark dan bozon,dan senarai ini berterusan sehinggake hari ini...sehingga saintis kimia pun tidak pasti lagi betapa infiniti kecilnya entiti-entitikimia yang membentuk dunia.Dunia Fizik lebih haru-biru.Dalam model Einsteinmembentangkan bahawa alam ini terbentuk dari TENAGA.Dan tenaga inilah manifestasi dariBig Bang.Model Kuantum pula membuat kesimpulan bahawa dunia ini terdiri darigelombang-gelombang yang membungkus tenaga tadi.Paket-paket inilah yang dinamakanKuantum.Apabila bercakap tentang gelombang,kita tidak boleh lari dari getaran,keranagetaran membentuk gelombang.Maka muncullah String Theory mengajukan pandangan bahawa alam ini terdiri dari string (tali-temali) yang bergetar.Menyusuri Sains Biologi tidak kurang menariknya.Umum telah mengetahui bahawa antara pencapaian terhebat bidang biologi adalah penemuan DNA dan kromosom.Tubuh manusiaterdiri daripada sel-sel.Sel pula terbentuk dari atom-atom tadi.Kajian biologi mendapati sel-sel ini mengandungi data-data yang membawa kepada pembentukan sifat tubuh manusiatadi.Data-data ini tersimpan di dalam struktur kromosom yang membawa DNA(deoxyribonucleic acid).DNA adalah material genetik untuk semua sel organisma termasuk virus.DNA membawa maklumat yang diperlukan untuk sistesis protein dan replikasi.Apakahmaksudnya?Maksudnya,setiap sel manusia membawa sejumlah data-data yang mempunyai tujuan-tujuantertentu.Atau trafik maklumat.Saintis kini menubuhkan apa yang digelar Genome Projectuntuk mengkaji data-data ini.Pada masa akan datang,kita mungkin akan menukar model Fizik kita.Kita akan menukar cara kita melihat alam ini.Bahawa alam ini terdiri daripada susunandata-data yang berinfiniti banyaknya.Trafik maklumat yang bersimpangsiur dalam DuniaTerdawai Antaraprogram.Realiti Internet.Matrix.Anda sudah dapat pencerahan?Model Matrix hanyalah sekadar kacamata baru untuk melihat perkara yang sama.Ia hanya menjelaskan lagi maksud-maksud yang masih samar-samar.Dalam perbincangan berikutnya,kita akan belajar lagi memahami apakah Matrixini.Kita akan siasat di manakah punca segala Matrix ini,apakah sifat-sifatnya dan bagaimanaia beroperasi.Kita akan pergi ke masa-masa belakang,bukan era Einstein atau Newton,tetapiketika moyang kita...Adam dan Hawa sedang enak berehat di dalam syurga.
Adam dan Pertukaran Matrix
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...