• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Ilmu Itu Amanah 
Dengan Nama Allah Yang Maha PemurahLagi Maha Penyayang.
 
Syarah Ustaz Abdul Razak, Al-Amin, Sg Pusu, 26 April 2010
 Artikel ini adalah tazkirah Ust Abdul Razak (Penterjemah merangkap Pengiring bagi rombonganUlama' dari Al-Azhar) yg disampaikan di Al-Amin, Sg Pusu pada 26 April 2010, Isnin, jam 7.50 pagi yang lalu, saya paparkan tazkirah ini disini khusus untuk tatapan anda semua. Semoga ia bermanfaat buat kita.*Tazkirah asal adalah dalam Bahasa Arab pada permulaan, kemudian diakhiri dalam BahasaMelayu, tetapi dalam artikel ini telah saya terjemahkan isi-isinya. Maaf jika ada yang terkurang,saya hanya sempat mengingat sebahagian daripadanya. Sungguh bermakna kata-kata Ustaz pada pagi tersebut sehingga memberi kesan buat diriku.----------------------------------------------------------------------------------------------(Tazkirah asal dalam Bahasa Arab)
 
D
engan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atasJunjungan Besar Nabi Muhammad saw, Keluarganya, Para Sahabat serta sekalian Pewarisnya.Salam ke atas sekalian guruku serta seluruh yang mengajarku. Assalamualaikum wbt.....Setiap hari kita bangun tidur, kita ucapkan doa bangun tidur. Adakah doa tersebut dibacadalam bahasa melayu? Adakah doa bangun tidur itu dibaca bahasa melayu atau bahasa arab?Sudah pasti bahasa arab!Setiap hari kita makan. Setiap kali kita hendak makan kita akan ucap doa makan, paling kurangmembaca Bismillah... Adakah doa makan tersebut disebut dalam bahasa melayu? Adakah doamakan itu bahasa melayu atau doa makan itu adalah dalam bahasa arab?Setiap hari kita tidur. Sebelum kita tidur, kita baca doa tidur. Adakah doa tidur itu adalah dalam bahasa melayu? Adakah doa tidur itu bahasa melayu atau bahasa arab?Setiap hari anda solat 5 waktu sehari semalam. Anda baca Surah Al-Fatihah, adakah surah Al-Fatihah itu bahasa melayu? Adakah anda baca dalam bahasa melayu ketika solat? Tidak!Semuanya dalam bahasa Arab!!Bagaimana anda solat jika tidak memahami dan mengetahui maksud yang anda ucapkan tetapidalam masa sama anda mengharapkan Khusyu' bagi solat anda?Cintailah Bahasa Arab kerana bahasa ini adalah bahasa Al-Qur'an, bahasa yang disukai Allah, bahasa Surga Allah!
Untuk mencapai ma'rifat, faham, khusyu' dalam solat itu, maka ma'rifah dan fahamlahBahasa Arab dengan Toriqah (jalan) yang betul.
Ada bermacam jalan untuk mencapainya,carilah dan jangan membenci Bahasa Arab.Sukailah dan cintailah seperti mana anda mencintai dan menyukai sesuatu harta berharga milik anda. Bahasa Arab ini adalah bahasa yang cantik dan indah! Bahasa Arab adalah bahasa palingindah di
D
unia!
Ma'rifah dalam Bahasa Arab, maka akan terbukalah pintu-pintu bagicabang-cabang ilmu Allah!
 (Tazkirah dalam Bahasa Melayu)Wahai anak murid ku, serta guru-guru yang lain. Pada pagi yang Mulia ini, suka saya sebutkan beberapa hikmah-hikmah yang telah saya dapat dan saya kumpul dari kata-kata para guru sayasebelum ini.Sukanya saya berada dalam suasana Al-Amin ini, saya sudi berkongsi hikmah-hikmah ini.
D
engarlah dan amalkan. Sesungguhnya ia amat berguna!Hikmah pertama yang saya kongsikan ialah,
'Jangan memandang rendah akan satu amalan
 
ma'ruf yang kecil sekecil-kecilnya itu seperti senyum.Allah swt menyembunyikan ke-Redha'an-Nya dalam satu amalan ma'ruf yang kecil itu.'
 Hikmah ke dua,
'Jangan memandang rendah dengan sesuatu kemaksiatan yang kecil.Kerana Allah swt murka dalam kemaksiatan kecil itu.'
 Hikmah ke tiga,
'Jangan memandang rendah dengan seseorang.Allah menyembunyikanWaliAllah dalam orang-orang biasa.'
Mana la tahu, seseorang itu adalah WaliAllah yang boleh menolak bala, kita ganggu dia, kalau orang tersebut kecil hati, susah hati, macam mana?Sudah tentu Allah juga akan murka. Maka bala dari Allah akan turun ke atas orang tersebut,maka bala dari Allah swt akan turun menimpa kaum atau tempat tersebut.
D
alam Hadis Qudsi, Allah swt telah berfirman; "Barang siapa yang menyusahkan orang yangAku cintai, maka Aku isytiharkan PERANG ke atas orang itu!"Amalan-amalan kecil yang selalu kita pandang rendah.Banyak amalan-amalan kecil yang selalu kita pandang rendah. Amalan kecil itu adalahmemanggil seseorang itu dengan gelaran yang orang itu tidak suka.Ibnu Hajar Haitami meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda; "Az-Zalim itu bagi orang yangmenggelarkan seseorang itu dengan gelaran yang tidak disukainya." (Az-Zawajir, Zakarahu IbnuHajar Haitami)
Jangan kamu memandang rendah dengan seseorang. Jangan kamu menyindir seseorang.
 Jangan sesekali tidak menjawab salam. Sebarkanlah salam. Kerana salam itu adalah penyebar kasih sayang!Rasulullah saw bersabda; "Jika kamu hendak menyebarkan kasih sayang, maka sebarkanlahsalam." (Az-Zawajir, m/s 125, Zakarahu Ibnu Hajar Haitami)Para ulama' telah menyatakan, tak jawab salam sudah berdosa! Kerana kita menunjukkan sepertirasa benci kita kepada orang tersebut (orang yang memberi salam itu). Jawablah salam itudengan kuat dan nyata sama seperti orang itu memberi salam kepada kita. Orang beri salamkepada kita dengan jelas, kita juga perlu jawab dengan jelas. Jangan jawab dalam hati, 'oh, sayadah jawab dah, dalam hati je'. Tak boleh macam tu! Kita kena menunjukkan rasa kasih sayangkita kepada orang lain!Seterusnya, amalan kecil yang selalu di pandang rendah adalah dalam menegur orang. Kalau adaorang tegur orang lain tapi dengan cara kasar.
D
ia sama seperti orang yang mendirikan masjidtetapi dalam masa sama telah merobohkan Ka'bah! Walau kasar mana sekalipun orang itu,tegurlah dulu dengan cara lembut. Kata-kata ini saya petik dari Fiqhul Awliya', Syeikh Yusuf Al-Qardhawy.
D
alam Hadis Mutawattir no 487 karya Imam Malik ada diseut, Rasulullah saw bersabda;
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...