ada, pada kotak rokok tersebut pun ada, tapi para perokok tegar ini masih juga tidak mahu berhenti dari tabiat buruk mereka tersebut.Bila kita tanya pada perokok tegar ni, mereka akan kata, "alah... aku hari-hari merokok, tak mati-mati lagi pun... iklan tu tipu je tu...", "aku tau la keburukan merokok, aku isap ni pun saja-saja je...", "ala, merokok ni bukan haram pun, makruh je bukan haram pun..." (siapa cakap makruh?merokok tu membazir, dah nama membazir tu haram lah...) jawapan yang biasa kita dengar keluar daripada mulut para perokok tegar. Lain halnya jika kita tanyakan pada anak-anak muda,remaja sekolah, mereka akan katakan seperti ini, "kau sebok apa, aku yang isap, aku punya pasallah..." atau "ala... aku isap suka suka je ni."Kebanyakan perokok ni dah tahu pun akan keburukan merokok ni, tapi yang peliknya merekamasih juga tetap dengan pendirian ingin merokok tersebut. Sungguh sukar hendak berhenti darimerokok ni. Tak percaya tanyakan pada perokok-perokok tegar yang ada diluar sana.Tetapi, tidak mustahil jika para perokok tegar ini menanam azam dan tekad yang teguh untuk berhenti merokok, diikuti dengan meninggalkan merokok secara perlahan-lahan dan doa yang berterusan serta keinsafan yang timbul dalam diri sendiri, sudah pasti mereka akan berjayameninggalkan tabiat buruk tersebut.Masalah rokok dan penyelesaiannya pula adalah kompleks. Antara lain ia melibatkan tiga faktor berikut:1. Penggunaan dan permintaan rokok di kalangan orang ramai. Masalah rokok tidak wujud kalautidak ada orang menggunakan tembakau.2. Strategi persatuan-persatuan kebajikan dan kesihatan, sikap pihak kerajaan dan pegawai badankesihatan dan peranan Syarikat Tembakau dalam mempengaruhi kerajaan untuk membentuk polisi-polisi tertentu berkaitan rokok.3. Polisi kerajaan terhadap penanaman tembakau, jualan tembakau dan jualan rokok, iklan rokok dan penggunaan rokok di kalangan masyarakat.Sebelum dikupas dengan lebih lanjut, marilah kita ketahui dahulu asal usul sejarah rokok ini.Dari mana asal-usul tanaman tembakau? Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkantembakau kepada dunia? Apakah tujuan utama tembakau diperkenalkan kepada dunia? Ikuti perbincangan ini sampai habis...
Leave a Comment