kesimpulan bahawa ayat ini menunjukkan kepada komplot rahsia yang dilancarkan musuh-musuh Nabi Sulaiman a.s. terhadap beliau dengan tujuan menghancurkan kerajaan beliau.Dijelaskan bahawa kini di masa Rasulullah s.a.w pun orang-orang demikian mengadakan halyang sama, dengan cara yang sama tetapi kesemua usaha mereka itu menemui kegagalan samasekali.Apa yang nak kita lihat adalah mengenai komplot terhadap Nabi Sulaiman a.s. ketika beberapaanggota masyarakat Yahudi memberontak, melancarkan komplot dan membangkitkan kebencianterhadap beliau dengan menuduh beliau kafir, sedangkan orang-orang yang kafir adalah yangmenentang beliau dengan mendirikan persekutuan rahsia di mana mereka diajarkan tanda-tandadan perlambangan rahsia. Tetapi orang-orang Yahudi itu menuai sendiri buah dan hasil buruk dari rencana-rencana kotor mereka. Kekuasaan mereka hancur lebur dan akhirnya merekamenjadi begitu lemah, sehingga mereka menjadi tawanan dan buangan di Babylonia.Riwayat tentang persekutuan-persekutuan rahsia orang-orang Yahudi ini dan tanda-tanda serta perlambangan khianat seperti disinggung dalam ayat ini, dikuatkan juga di dalam Bibel (I Raja-raja 11:1-6) , di mana kita membaca bahawa serangan penyembah berhala dilancarkan meluasterhadap Nabi Sulaiman a.s. Penuturan mengenai musuh-musuh beliau terdapat dalam Bibel (IRaja-raja 11:14, 23,26 ) dan singgungan tentang komplot rahasia dapat dijumpai dalam bab IITawarikh 10:2-4, dimana kita diberi tahu bahawa orang-orang Yahudi mendatangkan Jerobeam,musuh besar Nabi Sulaiman a.s.dengan segera sesudah beliau wafat dan telah memaksa putera Nabi Sulaiman a.s. untuk menyetujui beberapa tuntutan mereka, termasuk tuduhan-tuduhanterhadap Nabi Sulaiman a.s. sebelum ia menaiki singahsana kerajaan. Kita mengetahui tanda-tanda rahsia itu dari bab I Raja-raja 11:29-32, dimana kesepuluh suku Bani Israel diumpamakan10 potong pakaian dan kepada Jerobeam dikatakan bahawa kesepuluh suku itu memihaknyamelawan Nabi Sulaiman a.s Dan hal ini terbukti sebab pada waktu beliau wafat, kesepuluh sukuitu mengangkat Jerobeam sebagai raja mereka (I Raja-raja 12:20).Disamping kesaksian Bibel, juga ada bukti lain yang memperlihatkan bahwa pada masa NabiSulaiman a.s. ada perkumpulan rahsia yang berusaha melawan beliau. Suatu riwayat lama yang beredar di zaman pertengahan mengatakan bahawa di antara anggota-anggota perkumpulanrahsia menunjukkan Nabi Sulaiman a.s. merasa kesal terhadap kecerdasan yang ulung dariHiram, seorang kepala arkitek yang mendirikan bangunan kuil di Jerusalem.Diriwayatkan bahawa beliau berusaha untuk membunuh pemahat ulung itu denganmelemparkannya ke dalam pasu pengodokan cairan kuningan, tetapi ia diselamatkan oleh ruhmoyangnya, Cain, yang meramalkan bahawa akhirnya kaumnya akan mengungguli musuhnya.Tetapi akhirnya menurut riwayat, Nabi Sulaiman a.s berhasil juga membunuhnya. Diriwayatkan bahawa ia telah menetapkan tanda-tanda rahsia tertentu yang merupakan keghaiban yang hanyadiketahui oleh dia sendiri dan sekutu-sekutunya (Secret Societies of the World,jilid II, hal 1-8).Diketahui pula dari kitab itu bahwa sebelum masa pemahat-pemahat rasmi, tanda-tanda yangdipergunakan di semua cabang perkumpulan itu sudah umum di antara pemahat-pemahat dizaman Nabi Sulaiman a.s. (hal 11) dan bahawa pada pembaptisan, peristiwa Hiram itu dituturkankepada anggota-anggota baru (hal. 29-30). Sekalipun tak dapat di percayai seluruhnya
Leave a Comment