• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
NOR BAHIYAH BT 
Soalan 1“Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS yang diterapkan dalam mata pelajaranbahasa Malaysia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar dalampenguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan berbahasa”.Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaranKOMSAS di sekolah dengan memberi fokus terhadap keberkesanan pelaksanaannyadalam konteks mempertingkat penguasaan berbahasa pelajar. Perbincangan anda perludisertakan dengan contoh dan data yang berkaitan.PENDAHULUAN
Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera'. Komsas merupakan komponendalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di semua sekolah menengah.Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dansebuah antologi. Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku. Novelyang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia, tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang danhanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM.Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawamarkah 10 % sahaja. Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan puisi klasik, cerpen, sedutan teks klasik dan drama. Komsas dilihat sebagai alternatif kepadasubjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapatmembina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan.Komsas adalah merupakan satu medium untuk membentuk dan memantapkan aspek emosi dan rohani, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melaluinya diharapkan
 ____________________________________________________________________________________ 
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYUHBML 3103
1
 
NOR BAHIYAH BT 
emosi para pelajar dapat dibentuk dengan jayanya melalui penghayatan bahan-bahan sasterayang ditetapkan. Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku. Iaitudari segi ilmu iaitu pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusteraan dengan ilmu bahasa.Selain itu berlaku juga penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran di mana bahan-bahankesusteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya digunakan dalam pengajaran.
Matlamat Utama Pengajaran Komsas
☻mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahandan kehalusan bahasa.
Objektif 
☻menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar ☻mempertingkatkan kemahiran berbahasa☻merangsang kemahiran menilai☻mengkritik pelbagai karya sasteradan akhir sekali untuk memupuk semangat yakin diri
KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS
Saya telah memilih cerpen yang bertajuk “Kasut Kelopak Jantung” terbitan KementerianPelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka 2009. Cerpen ini ditulis oleh Ghazali Latehuntuk pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan 1.Untuk tugasan ini, saya telah memilih teknik improvisasi sebagai teknik pengajarandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, teknik ini adalah yang palingsesuai dijalankan untuk menjalani sesi pengajaran cerpen dalam kelas. Menurut modulPengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa, improvisasi ialah lakonan spontanyang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yangterdapat dalam genre sastera yang diajarkan.
 ____________________________________________________________________________________ 
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYUHBML 3103
2
 
NOR BAHIYAH BT 
Oleh sebab saya memilih karya sastera cerpen, maka teknik improvisasi adalah teknik terbaik bagi mengetengahkan jalan cerita cerpen yang dipilih, iaitu Kasut Kelopak Jantung.Melalui teknik improvisasi, para pelajar lebih mengetahui tentang cerpen yang sedangdibincangkan dengan lebih mendalam.Teknik improvisasi merupakan aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkankejadian, peristiwa atau situasi sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebihmenarik dengan teknik ini. Selain guru, para pelajar juga lebih terhibur dan menghayati cerpendengan lebih mendalam. Teknik ini merupakan salah satu teknik yang sama sekali berlainandengan teknik kapur dan papan hitam.Saya memilih untuk menunjukkan slaid jantung pisang kepada pelajar. Ini penting keranaterdapat pelajar yang tidak pernah melihat jantung pisang.Kemudian, saya membuka kelopak  jantung pisang sehelai demi sehelai dan meminta beberapa orang murid menjadikan kasutdengan kelopak tersebut. Saya akhirnya mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran hati tu.Dalam langkah 1, pelajar dibahagikan dalam kumpulan antara 2 5 orang pelajar.Mereka diberi masa 10-15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog. Para pelajar lebih berasarelaks dan tenang untuk mempelajari cerpen ini. Di samping itu, secara tidak langsung semangatkerjasama dapat diwujudkan antara mereka. Masing-masing berganding bahu untuk menyiapkantugasan yang diberi oleh guru. Para pelajar juga akan lebih berdisiplin kerana turut mempelajariuntuk menepati masa mengikut masa yang ditetapkan. Hubungan para pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru juga lebih erat.Melalui teknik improvisasi juga, para pelajar lebih memahami cerpen yang dipelajari.Mereka akan menghayati setiap rentetan peristiwa yang berlaku dalam cerpen dan bolehmengemukakan nilai-nilai penting, pengajaran, persoalan-persoalan dan tema dengan tepat.Mereka juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dalam menceritakan semula peristiwadalam cerpen dengan teknik dan cara tersendiri.Bagi aspek kebahasaan, terdapat dua bidang besar iaitu morfologi dan sintaksis. Dalam bidang morfologi, peraturan dan cara penggunaan kata atau perkataan diperincikan. Aspek-aspek morfologi meliputi;
 ____________________________________________________________________________________ 
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYUHBML 3103
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
09 / 19 / 2010This doucment made it onto the Rising List!
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...