1.
PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Teknik (SMT)) menawarkan kursus-kursus dalam 3 aliran iaitu
teknikal
,
vokasional
dan
kemahiran
kepada pelajar lepasan PMR 2009. Manakala Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan kursus dalam 2 aliran sahajaiaitu
vokasional
dan
kemahiran
.Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) kini sedang memberi fokus kepada perluasan aliran vokasional dankemahiran berdasarkan permohonan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan. Sehubungan dengan itu aliran teknikaldikurangkan untuk memberi laluan kepada perluasan aliran vokasional dan kemahiran. Ini bermakna bilangan SMT akandikurangkan, sementara bilangan SMV akan bertambah secara berperingkat sejak tahun 2008 lagi.
Aliran Teknikal
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikaladalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian,perdagangan, ekonomi rumahtangga).Pelajar-pelajar aliran teknikal menduduki
enam mata pelajaran teras
pada peringkat SPM di samping mata pelajaran
elektif teknikal
dan sains
(rujuk perkara 3.1)
.Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diplomadi IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran Vokasional
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminatkepada pembelajaran bercorak
vocational
(berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teoridan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantuteknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.Pelajar aliran vokasional menduduki
enam mata pelajaran teras
yang diambil di samping
dua mata pelajaran elektif vokasional
(
rujuk perkara 3.2).
Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus kealam pekerjaan.
Aliran Kemahiran
Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepadapembelajaran secara
hands-on
(amali
)
. Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan PembangunanKemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan olehJPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamatpengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut LatihanPerindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program
traineeship
kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapatpersetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempatkerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapadengan kerjasama industri. Program
traineeship
ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alampekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
MAKLUMAT KEMASUKANKE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/VOKASIONAL TAHUN 2010
ALIRAN TEKNIKALALIRAN VOKASIONALALIRAN KEMAHIRAN
Leave a Comment