Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ISU JENAYAH RAGUT

ISU JENAYAH RAGUT

Ratings: (0)|Views: 113 |Likes:
Published by Iman Izumi

More info:

Published by: Iman Izumi on Apr 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/30/2011

pdf

text

original

 
ISU JENAYAH RAGUT : PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAHMENGATASI
Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabitkehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagaiterpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Kematian dua wanita, Chin Wai Fun,38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya diBrickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng, 37, pada 14 Jun 2004menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu remeh sebaliknya jenayah yang harus diberiperhatian serius khususnya oleh kaum wanita.
 
Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka langsungtidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa. Fenomena ini telah membawa satu lagi amarankepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama kala berada di khalayak.Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita keranaleka dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi. Menurut mereka peragut terpanggilmelakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuhgaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada ditempat awam.
 
Menurut Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia,Universiti Utara Malaysia (UUM), kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awalkepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu.Jenayah ragut kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yangdilakukan kepada wanita. Sudah sampai masanya wanita memberi perhatian serius terhadap perkara ini danmengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah terutama di tempat awam. Wanita perlu pekadan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlakukepada diri mereka pada bila-bila masa. Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil mudah danberperasaan tidak apa.
 
Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan sewajarnya.Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan anda telah bersedia untuk melakukan sesuatuapabila diserang. Pada masa yang sama, mereka harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasiorang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-caramengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu.Sebagai contohnya, apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendongberada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri dengan mudah untukmerentap beg tangan yang sedang disandang atau dipegang itu.
 
Wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa berhati-hati tidak kira masa dan tempat. Bagi merekayang pernah mengalaminya, hendaklah berhati-hati supaya kejadian itu tidak akan berulang. Sehubungan itu,wanita harus mempelajari seni mempertahankan diri untuk berdepan dengan peragut sekiranyamengalaminya Dalam hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak membuat keputusan pada saat itu sama adahendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi mengelak kejadian yang tidakdiingini berlaku terhadap mereka. Wanita seharusnya tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yangbanyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas.Begitu juga dengan barang kemas, kalau hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika berada di tempatyang terjamin selamat.
 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->