• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
MECD
1
PENUBUHAN MECD

Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) telah ditubuhkan
pada tahun 2004 berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan
Bumiputera. Sejarah MECD bermula dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan
Perbadanan Awam (KPPA) pada tahun 1974 yang kemudiannya ditukarkan kepada
Kementerian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976. KPA bertanggungjawab untuk
mengawas dan menyelaras agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri (PKEN).

Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 bagi
menggantikan KPA bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap
pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat
pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Penyusunan semula kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004 memperlihatkan
Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap
Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama
Rakyat Berhad.

2
OBJEKTIF
o

Objektif utama Kementerian adalah untuk menyediakan persekitaran yang
membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti,
berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta
memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

MISI
o
Membantu merealisasikan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera yang berkualiti.
VISIo
Kewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB)
yang berkualiti untuk membantu mecapai Wawasan 2020.
MOTTO
"Keusahawanan Kerjaya Pilihan"
DASAR 'Q'

Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta menepati sasaran kerajaan ke arah menjadikan Kementerian sebagai agensi utama dalam meningkatkan pembangunan usahawan secara berterusan.

SLOGAN 'Q'
"Kualiti Penggerak Usahawan Jaya"
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...