Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
[Edit]Konsep Ibadah Dalam Islam

[Edit]Konsep Ibadah Dalam Islam

Ratings: (0)|Views: 23 |Likes:
Published by rosimasabran

More info:

Published by: rosimasabran on Jul 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/13/2012

pdf

text

original

 
Konsep Ibadah Dalam Islam
Kandungan.1.0mukadimmah2.0Pengertian ibadah3.0Pembahagian Ibadah3.1Ibadah khusus.3.2Ibadah umum.4.0Kriteria kesempurnaan Ibadah.4.1Faham sebelum amal4.2Ikhlas4.3Mengikut syariat.5.0Bid’ah5.1Pengertian bid’ah5.2Amaran Allah dan rasul kepada pengamal bid’ah.6.0Kesan kesempurnaan ibadah.
1
 
Konsep Ibadah dalam Islam.1.0 Mukadimah.
Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batasdan tanggungjawab.Tetapi penciptaan makhluk manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yangtelah ditentu dan ditetapkan oleh Allah Tuhan yang menciptanya.Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas sebagaimana terkandung didalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan diri kepada Allah dan tugas sebagaikhalifah-Nya dalam makna mentadbir dan mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah swt. maksudnya:
 
56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahdan beribadat kepadaKu. (Az-Zaariyaat: 56)
Firman Allah swt. bermaksud:
165. dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atassetengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telahdikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, danSesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-An’aam: 165)
Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah. Tugas beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam rangkamelaksanakan segala aktiviti pengurusan bumi ini yang tidak terkeluar dari garis panduan yang datangdari Allah swt. dan dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana mencarikebahagian dunia dan akhirat serta keredaan Allah.Allah swt. telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para
2
 
rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurusdiri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidupsejahtera dunia dan akhirat.
2.0 Pengertian Ibadah
1
Perkataan asal
bahasa arab- ‘Abada, Ya’budu, Ibadah.
Ibadah dari segi bahasa
bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepadasesuatu.
Di sudut istilah
menurut
Ibnu Taimiyyah
meliputi apa sahaja yang dicintai dan diredhai oleh Allah,mengikut seluruh ucapan dan perbuatan yang tidak nampak mahupun yang nampak seperti solat, zakat , puasa, haji,berkata benar, menunaikan amanah,berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkansilaturrahim,menunaikan janji, amar makruf nahi mungkar dan berperang melawan kemungkaran.Pandangan
Dr Yusuf Qardhawi
ialah bahawa ibadah ialah ketundukan yang tiada layak menerimanyamelainkan Allah SWT.
(antara dua pendapat ini, ana lebih sukai pendapat yang dikeluarkan oleh ibnu tamiyyah rahimahumullahdan tidaklah menolak pendapat yang dikeluarkan oleh dr yusuf qardawi- (penyusun).
Dengan memahami istilah yang dikeluarkan oleh dua orang tokoh besar dalam islam ini dan berbeza pulazamannya keduanya, maka dapatlah kita faham bahawa ibadah bukan sekadar solat dan puasa sahaja, atauzakat serta naik haji sahaja, tetapi ibadah adalah lebih jauh daripada itu semua, mencakupi seluruh perjalanan dan aktiviti kita sebagai insan selagi mana perbuatan itu diredhai oleh Allah dan rasulnya.Perintah Allah dan Rasul-Nya ini hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cintakepada Allah, bukan kerana terpaksa atau kerana yang lain dari cintakan kepada-Nya.Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa melaksanakan ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya, mereka patuhi dengan penuh perasaan cinta dankasih serta mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka menjadi contoh teladan yang paling baik kepadakita semua dalam setiap pekerjaan dan amalan sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri.
3.0 Pembahagian Ibadah
1
Untuk setiap pengertian, didalam tradisi ulama2 islam, setiap pengertian dibahagikankepada dua iaitu dari segi lughatan dan istilahan: iaitu lughah yakni bahasa dan istilahanyakni istilah, dua pengertian itu adalah berbeza, contohnya, untuk pengertian dari segibahasa, kedai kopi, ditafsirkan sebgai kedai yang hanya menjual kopi, tetapi dari segiistilahnya kedai kopi ialalah kedai minum atau kedai makan yang tidak menjual kopi sahaja. –(penyusun)-
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->