3
bagaimana ia dilaksanakan pada masa kini dan sejauh mana upah menurut Islam ini ditetapkandalam ekonomi dan masyarakat khususnya di Malaysia.Persoalan yang timbul dalam kajian ini merangkumi keselarasan upah yang terdapat diMalaysia dengan yang disyariatkan dalam Islam dan bagaimana sesuatu itu dapat dikategorikansebagai upah serta penentuan dalam menentukan bayaran berdasarkan kepada faktor-faktornyayang tertentu. Oleh yang demikian, kita dapat melihat sejauh mana aplikasi sistem upah yangdigunapakai di Malaysia hari ini selaras dan selari dengan kehendak Syarak.
1.1 DEFINISI
Untuk memahami kajian ini, perlu difahami tentang definisi tajuk secara terperinci. Teoribermaksud pendapat iaitu bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnyayang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain, banyak dikemukakanmengenai kehidupan pada masa prasejarah. Teori juga merujuk pada prinsip-prinsip am atauasas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan atau perkembangan sesuatu pengetahuan danekonomi. Teori juga merupakan asas, dasar atau bukan amalan atau apa yang biasanya berlakupadanya. Contohnya seperti raja yang memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurutnasihat jemaah penasihatnya. Teori juga boleh dianggap sebagai andaian yang dihuraikan untuk menerangkan sesuatu perkara seperti linguistik dan ekonomi atau dua prinsip yang terbuktikebenarannya dan dijadikan sebagai dasar perkembangan sesuatu ilmu, contohnya teori gravitidan kinetik.
2
Manakala, Upah pula menurut takrifan Kamus Dewan ialah wang dan lain-lain yangdiberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu iaitu bayaran sebagai membalas jasaatau ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan.
Contohnya: “aku sering diberi kerjamengangkat beg.”
3
Dalam konteks semasa di Malaysia, upah dan gaji mempunyai makna yang hampir samaiaitu gaji bermaksud upah yang tetap, bayaran yang tetap untuk pekerjaan.
4
2
Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1994. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan pustaka. Hlm 1423
3
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
4
ibid. Hlm. 362