You are on page 1of 10

1.

PENGENALAN

Sebagai dua negara yang berjiran, yang bersempadan baik darat mahupun laut, serta perbatasan sosiobudaya yang begitu erat, Malaysia dan Indonesia tidak dapat mengabaikan hubungan antara satu sama lain. Walaupun tidak begitu ketara, sebenarnya kedua negara sangat mementingkan hubungannya. Sebagai negara yang berdekatan secara geografi dan serumpun akar sosial-budaya, Malaysia dan Indonesia sering mengalami pasang-surut dalam hubungan bilateral. Banyak faktor yang menjadi latar belakang hubungan kedua-dua negara, baik mengenai persaingan kepemimpinan, masalah penduduk, sengketa dan pemilikan sempadan dan wilayah, pencurian kayu, buruh imigran Indonesia, keganasan, kejahatan transnasional, sehingga kepada masalah asap yang menyebabkan jerebu. Namun di samping perbezaan pandangan tentang faktor-faktor tersebut di atas, ada beberapa persamaan strategi antara kedua-dua buah negara ini untuk mengamankan kawasan dari pelbagai ancamannya. Meskipun pada masa ini ada sedikit kemunduran dalam kerjasama keamanan antara kedua buah negara, tetapi perlu kembali diingatkan akan pentingnya kerjasama bidang ini menghadapi perubahan lingkungan yang sukar dijangkakan. Hubungan yang terjalin sejak lama itu telah melalui beberapa tahap perkembangan yang mencerminkan perkembangan politik dalaman dan persekitaran antarabangsa. Pada peringkat awal, hubungan Malaysia Indonesia melalui waktu yang sukar. Ini kerana kedua-dua buah negara baru bebas dari cengkaman penjajah yang selama ini mempengaruhi hubungan luar mereka. Malaysia dan Indonesia cuba mengukuhkan hubungan persaudaraan di samping menyesuaikan diri dengan status negara merdeka di mata dunia. Walau apa pun pandangan Indonesia terhadap Malaysia dengan kuasa-kuasa Barat pada masa itu, agak sukar untuk menerima kenyataan yang Malaysia ini mempunyai persengketaan dengan Indonesia. Malah Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman sendiri menunjukkan sikap terbuka dengan mengadakan konsultasi dan perundingan dengan pemimpin Indonesia bagi menjelaskan pembentukan Malaysia.

2.0

PERTELINGKAHAN

Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri di bawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia iaitu Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.1 Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir. Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapi konflik membuat pilihan dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negara Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Soekarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga
1

Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu. Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Indonesia Garuda Pancasila di hadapan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan menyuruh beliau untuk memijak lambang Garuda. Tindakan penunjuk perasaan anti-Indonesia yang melakukan perbuatan sedemikian telah menimbulkan kemarahan Soekarno ke atas Malaysia. Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijakmijak lambang negara Indonesia dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia. Namun hal ini dinafikan oleh Tunku, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan memijak-mijak lambang tersebut. Namun sehingga kini tiada bukti yang dapat mengukuhkan perbuatan tersebut, adakah perkara tersebut benar-benar dilakukan oleh Tunku atau ada segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan keadaan pada masa itu.2

3.0
2

PEPERANGAN

Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen Ganyang Malaysia pada akhir 1963. Konfrontasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya. Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanah air. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan di kampung-kampung dan di kawasan bandar. Sekatan jalan raya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan di perairan negara serta Pasukan Polis Hutan diatur gerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.

Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 4

September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari. Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran di kawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia adalah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon dari anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut. Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor. Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965. Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di Senayan, Jakarta pada 10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing. Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan dari Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan

Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada 1966. Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.

3.1

Akhir Konfrontasi Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia

setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda. Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.3

4.0
3

KEPIMPINAN DI ASEAN

Kunaseelan a/l Muniandy. 1991. Hubungan Malaysia-Indonesia Semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman 1957 -1970. Tesis Sarjana Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kedua-dua negara memang berbeza persepsi dalam menghadapi persoalan dalaman, dan masalah ini dibawa ke forum serantau seperti ASEAN. Terbukti bahawa tokoh-tokoh reformis Indonesia lebih menekankan pada inward looking policy yang berbeza dari pemerintahan Indonesia sebelum ini. Hal ini menyebabkan Indonesia kurang berperanan di ASEAN yang sebelum ini merupakan fokus politik luar negeri Indonesia, Sementara itu, Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin menunjukkan keberkesanan dasar luarnya yang bersifat bersaing terhadap lingkungannya. Tidak hairan apabila Australia atau negara Barat lainnya yang menjadi gusar, bahkan marah. Dalam kerjasama serantau pun Mahathir menonjol, dan disegani. Posisi Malaysia kelihatannya seperti mengambil kedudukan Indonesia sebelum ini. Kini Malaysia dikenal sebagai pemimpin kawasan. Dari perspektif ini, wujudnya kesan npada hubungan dan kerjasama keamanan (security cooperation) antara kedua-dua buah negara. 4.1 Krisis Ekonomi

Ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia terkena tempiasnya dan Kedua-dua negara tidak dapat saling menolong kerana krisis ini membawa impak buruk bagi ekonomi kedua-dua negara. Masing-masing berusaha untuk mencari jalan penyelesaian sendiri. Indonesia menggunakan idea dan kaedah dari IMF untuk penyembuhan ekonominya, sementara Malaysia mencari penyelesaiannya untuk tidak bergantung pada pihak asing. Dari persepsi ini seolah-olah kedua-dua negara berbeza pandangan, khususnya dalam melibatkan pihak asing dalam proses pemulihan ekonominya. Keupayaan kedua-dua pemerintah tersebut menghasilkan keputusan yang berbeza di mana Indonesia terus dilanda krisis ekonomi dan tercetus reformasi dalam bidang politik, sementara Malaysia terus maju dalam pertumbuhan ekonomi dengan politik yang stabil. Pemerintahan rejim Soeharto jatuh kerana tuntutan reformasi, begitu juga pemerintahan di bawah B.J. Habibie dan pemerintahan berikutnya di bawah Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang jatuh di tengah jalan. Sementara Malaysia tetap berada di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah beberapa tahun seterusnya. 5.0 HUBUNGAN BIG BROTHER DENGAN YOUNGER BROTHER 7

Lebih lima dekad kedua-dua negara telah mengembara melalui perjalanan yang berasingan di peringkat serantau dan global. Ini adalah kerana setiap negara mempunyai kepentingan strategik dan negara. Secara asasnya, tidak semestinya ia berjalan dalam arah yang sama sepanjang masa. Malaysia dan Indonesia terikat di sisi undang-undang kerana terdapat kesongsangan pada beberapa pendekatan polisi luar negara kedua-dua negara yang berdaulat selaras dengan kepentingan negara mereka sendiri. Terdapat banyak contoh yang boleh dinyatakan. Satu daripadanya ialah apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China di mana Indonesia tidak berpuas hati. Ia adalah negara ASEAN pertama dan satusatunya yang berbuat demikian. Ini adalah paling kritikal kerana pada masa itu hubungan Indonesia / China adalah tegang.4 Jauh di lubuk hati Indonesia, mereka masih menganggap Malaysia sebagai saudara yang lebih muda yang perlu menghormati abangnya, iaitu Indonesia. Apabila Mahathir mengambil alih teraju kepimpinan politik negara sebagai Perdana Menteri, beliau memainkan peranan yang aktif dalam hubungan antarabangsa. Banyak perbezaan yang berlaku di peringkat dasar politik dan luar negara antara Malaysia dan Indonesia. Walaupun begitu, kedua-dua buah negara dapat menguruskan perbezaan ini dengan baik di peringkat kerajaan dan media. Pada lewat tahun 90-an sebagai contoh Mahathir menyokong penubuhan East Asian Economic Caucus yang telah mewujudkan banyak kontroversi. Ia juga ditentang oleh beberapa anggota ASEAN dan rakan dialog mereka di barat. Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya juga benar-benar menentangnya. Idea kerjasama antara negara-negara Asia Timur di bawah panjipanji Asia Timur tidak boleh diterima. Pada bulan Disember 2005, Sidang Kemuncak Asia Timur telah diadakan di Kuala Lumpur bertujuan untuk memperluaskan proses keahlian termasuk India, Australia dan New Zealand walaupun ia tidak berada dalam jejak geografi Asia Timur. Sementara itu, Rusia yang mempunyai jejak geografi di Asia Timur telah ditolak kerana tidak ada kata sepakat dalam kalangan ahli-ahli ASEAN. Indonesia adalah salah satu daripada negara-negara ASEAN yang tidak menyokong kemasukan Rusia, seperti Amerika Syarikat yang benar-benar ditenntangnya. Ini adalah berbeza dengan Malaysia yang menyokong Rusia untuk menjadi sebahagian daripada proses Sidang Kemuncak Asia Timur dari awal lagi.
4

Jabatan Penerangan Persekutuan Malaysia. 1964. Kertas Putih: Niat Jahat Indonesia Terhadap Malaysia.

Pendirian Malaysia adalah sangat jelas apabila semasa sidang kemuncak pertama di Kuala Lumpur, Malaysia menjemput Presiden Putin untuk menghadiri pembukaan dan bercakap sebagai sahabat kepada tuan rumah. Amerika Syarikat dan Rusia hari ini telah diterima sebagai komponen Sidang Kemuncak Asia Timur. Tanpa keraguan, pendirian dasar luar Malaysia lebih agresif dan tegas di peringkat serantau dan antarabangsa di bawah Mahathir. Indonesia juga dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Malaysia memainkan peranan kepimpinan OIC, kerana Indonesia merupakan negara Muslim terbesar di dunia. Secara dasarnya, kedua-dua negara telah meninggalkan hubungan sejarah dan budaya yang sebelum ini membuatkan hubungan ini istimewa. Malaysia dan Indonesia tidak lagi mengekalkan asas-asas dalam hubungan dua hala. Hubungan ini dilihat seperti bom jangka jika tidak diuruskan dengan sepatutnya.

6.0

PENUTUP

Dalam konteks ini, dasar Tun Dr Mahathir 'memakmurkan jiran' merupakan satu langkah ke arah yang betul. Dengan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan oleh kerana saiz dan penduduk, Malaysia berpeluang untuk mendapat manfaat daripadanya. Demokrasi dan peranan aktif masyarakat telah dibuat kerajaan Indonesia akan lebih peka terhadap pandangan dan perasaan akar umbi. Pada masa ini mereka melihat dengan lebih tajam ke arena serantau dan antarabangsa. Oleh itu, hubungan dua hala adalah sukar dan kompleks. Malaysia perlu memahami isu-isu dan sensitiviti Indonesia sejak beberapa tahun yang lalu. Ia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pengunjung atau bertolak ansur dengan sikap begitu serta mengharapkan semata-mata faktor 'serumpun'. Faktor ini di bawah keadaan biasa boleh digunakan. Perhubungan yang berdasarkan agama, (terutamanya Islam), bahasa dan geografi yang berfaedah tetapi dinamik politik dan diplomatik perlu diambil kira dalam menentukan jenis hubungan yang kita mahu. Soalnya ialah sama ada warisan dan sejarah yang sama masih boleh menjadi daya yang mengikat berhubung, perlu dikaji semula dan parameter baru perlu diambil kira. Malaysia tidak fikir pada masa itu perbezaan di antara Indonesia dan Malaysia pada pembentukan Malaysia akan membawa kepada konfrontasi dan campur tangan tentera oleh Indonesia di wilayah Malaysia. Pengalaman ini tidak boleh dilihat di peringkat dua hala kerana ia adalah dengan jangkaan dan andaian semata-mata. Ia adalah demi kepentingan Malaysia untuk mengkaji dan melihat semula paradigma lama dan mewujudkan parameter baru untuk mengelakkan sejarah berulang. Dalam hal ini, Malaysia telah memberi perhatian yang lebih kepada peranan pelbagai kumpulan termasuk media arus perdana dan sosial serta masyarakat dan kerajaan. Hubungan faktor-faktor ini perlu diambil kira untuk hubungan dua hala jangka panjang sebagai adik-beradik.

10

You might also like