You are on page 1of 11

SMK TUNKU SYED IDRUS 73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS
19 SEPT 23 SEPT 2011
-

TEMA : SAINS TEKNOLOGI MENJANA KEMANDIRIAN PELAJAR

ANJURAN : GURU - GURU PENDIDIKAN KHAS SMK TUNKU SYED IDRUS 73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

KERTAS KERJA MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS 19 SEPTEMBER 2011 23 SEPTEMBER 2011

1.0

PENGENALAN Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar melibatkan komponen hubungan manusia dengan manusia, perhubungan dan pengangkutan serta penggunaan perkhidmatan masyarakat. Komponen ini memberi pendedahan tentang pendidikan sosial dan alam sekitar kepada pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan dengan itu, perlaksanaan Minggu Sains, Sosial dan Alam Sekitar pendidikan khas ini diharapkan dapat mendidik para pelajar pendidikan khas mengamalkan nilai-nilai murni, mengeratkan silaturahim sesama manusia dan memberi peluang kepada para pelajar menonjolkan bakat dan kemahiran di samping menambah pengetahuan semasa merangkumi elemen elemen utama di dalam matapelajaran sains iaitu perhubungan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ini dapat menjadikan para pelajar lebih mandiri (berkeupayaan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri) secara meluas dan tidak hanya tertumpu kepada emosi dan fizikal sahaja. Para pelajar diharap dapat mempertingkatkan perkembangan sosial mereka selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku di persekitaran sekeliling mereka.

2.0

RASIONAL 2.1 Para pelajar didedahkan kepada pelbagai aspek kehidupan merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 2.2 Memberi pengalaman kepada para pelajar merasai sendiri sesuatu peristiwa atau kelakuan melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

Page 2

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

3.0

OBJEKTIF DAN MATLAMAT 3.1 Para pelajar dapat mengamalkan sikap dan nilai nilai murni di dalam kehidupan seharian dan mencapai matlamat falsafah pendidikan negaran yang merangkumi JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) yang lengkap serta menyeluruh. 3.2 Para pelajar berkeupayaan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri mereka melalui pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan.

4.0

TEMA SAINS TEKNOLOGI MENJANA KEMANDIRIAN PELAJAR

5.0

JAWATANKUASA PELAKSANA Penaung : Tn. Haji Awalludin Bin Mat Din En. Zul Bin Senin Pn. Siti Aisyah Sandra Binti Abdullah Tn. Hj. Mohammad Jeffry Bin Mohd Isa Pn. Syazrah Binti Sahrani Cik Nur Rawaidah Binti Rahmat Cik Nur Rawaidah Binti Rahmat a) Binaan Bangunan 3D Puzzle 1. Cik Nur Rawaidah Rahmat 2. Pn. Azura Rosli Page 3

Timbalan Pengerusi : Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Penyelaras Setiausaha Bendahari AJK Program : : : : : :

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

b)

Sukaneka

PPKI

(Kerjasama

dengan

Panitia

Pendidikan Jasmani) 1. En. Khairul Anuar Abd. Rahman 2. Pn. Faizol Azni Azazi 3. Cik Nurafidah Razali c) Explorace Sains Matematik (Kerjasama dengan Panitia Matematik) 1. Cik Nur Rawaidah Rahmat 2. Cik Ainul Mardhiah Musa 3. En. Khairul Anuar Abd. Rahman d) Kuiz Sains Berkumpulan 1. Cik Nur Rawaidah Rahmat 2. Cik Ainul Mardhiah Musa e) Pertandingan Mewarna 1. Pn. Faizol Azni Azazi 2. Pn. Syazrah Sahrani 3. Cik Nurafidah Binti Razali f) Tayangan Filem Sains Fiksyen 1. Cik Nur Rawaidah Rahmat 2. En. Jaafar Mohd Zin 3. En. Khairul Anuar Abd. Rahman g) Eksperimen Saintis Muda 1. Cik Nur Rawaidah Rahmat

Page 4

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

2. Cik Ainul Mardhiah Musa

h) Pertandingan Buku Skrap Sains Individu 1. Cik Nur Rawaidah Rahmat 2. Cik Ainul Mardhiah Musa 3. Pn. Faizol Azni Azazi

6.0

STRATEGI PERLAKSANAAN 6.1 Tarikh Cadangan : 19 SEPTEMBER 2011 23 SEPTEMBER 2011

6.2

Butiran Program 6.2.1

Binaan Bangunan 3D Puzzle Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan di mana para pelajar bekerjasama di dalam kumpulan dalam menyelesaikan masalah yang diberi iaitu para pelajar diminta membina sebuah bangunan berdasarkan bahan yang diberi iaitu kepingan kepingan puzzle yang apabila dicantum akan membentuk satu model bangunan seperti rumah, menara dan sebagainya. Ini akan membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.

6.2.2

Sukaneka PPKI (Kerjasama dengan Panitia Pendidikan Jasmani) Sukaneka PPKI merupakan kegiatan riadah yang sihat untuk para pelajar pendidikan khas. Aktiviti ini merupakan kelolaan kerjasama guru guru pendidikan khas terutama yang mengajar matapelajaran pendidikan jasmani. Para pelajar juga dapat menghirup udara segar dan melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan. Sekaligus mencapai keseimbangan intelektual dan jasmani di dalam diri para pelajar.

6.2.3

Explorace Sains Matematik (Kerjasama dengan Panitia Matematik) Page 5

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

Aktiviti ini memerlukan kerjasama yang sangat erat dan kukuh di mana para pelajar belajar untuk memimpin diri dan rakan mereka sepanjang aktiviti ini berlansung. Aktiviti ini merupakan gabungan intelektual, fizikal dan jasmani di mana para pelajar perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah di samping melakukan aktiviti riadah seperti berlari lari ke lokasi check point yang telah ditetapkan. 6.2.4 Kuiz Sains Berkumpulan Matapelajaran sains merupakan matapelajaran yang mendedahkan para kepada kehidupan dan alam sekitar. Pengetahuan mengenai kehidupan sekeliling sangat penting kepada para pelajar untuk membolehkan mereka menguruskan diri di samping menjadikan kehidupan mereka lebih baik di masa akan datang. Pengetahuan mereka akan diuji secara berkumpulan melalui kuiz yang melibatkan perkongsian ilmu bersama rakan rakan mereka. 6.2.5 Pertandingan Mewarna Para pelajar diberi peluang untuk menonjolkan bakat dan kreativiti masing masing melalui aktiviti mewarna yang disediakan. Percaturan warna yang baik dapat mengambarkan kreativiti para pelajar pendidikan khas itu sendiri. 6.2.6 Tayangan Filem Sains Fiksyen Aktiviti menonton filem sains fiksyen merupakan salah satu aktiviti yang dapat menerapkan nilai nilai murni di dalam diri para pelajar. Pemilihan filem adalah berdasarkan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapat matlamat yang telah ditetapkan. Para pelajar pendidikan khas mudah tertarik dengan gambaran dan tingkahlaku yang diperolehi melalui tayangan filem yang ditunjukkan selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar itu sendiri. 6.2.7 Eksperimen Saintis Muda Setiap para pelajar mempunyai kebolehan dan keunikan yang tersendiri. Aktiviti eksperimen saintis muda ini merupakan satu aktiviti yang Page 6

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

membolehkan para pelajar bereksperimen dengan diri mereka sendiri. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan, kemudian diberi satu penyataan masalah dan mereka dikehendaki menyelesaikan masalah tersebut dengan menyatakan cara dan bahan yang sesuai. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil atau dapatan mereka kepada para guru pendidikan khas. 6.2.8 Pertandingan Buku Skrap Sains Individu Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mesra alam di mana para pelajar menggunakan bahan bahan yang tersedia ataupun dikenali sebagai bahan kitar semula. Para pelajar perlu menyediakan buku skrap berdasarkan tajuk yang diberi dan bahan bahan yang diperlukan akan diberi kepada para pelajar. Para pelajar akan mencari bahan bahan yang berkaitan melalui risalah pasaraya, suratkhabar, bahan bahan di kawasan kebun dan sebagainya.

7.0

TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA


8. 30 am

AKTIVITI Ucapan aluan Penyelaras PPKI sempena Minggu Sains , Sosial dan Alam Sekitar Pendidikan Khas 2011.

CATATAN
Pn. Syazrah Sahrani Semua Guru & Pelajar

19 SEPTEMBER 2011 ISNIN

9.00 am 10.00 am

Aktiviti 1 : Binaan Puzzle Bangunan 3D

Cik Nur Rawaidah Pn. Azura Rosli PPKI B / PPKI C Semua Pelajar Cik Nur Rawaidah Pn. Azura Rosli PPKI B / PPKI C

10. 00 am 10.30 am

REHAT Sambungan aktiviti 1

Page 7

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

11. 15 am 1.00 pm

Aktiviti 2 : Pertandingan Buku Skrap Sains Individu

Cik Nur Rawaidah Cik Ainul Mardhiah Pn. Faizol Azni PPKI A / B / C

20 SEPTEMBER 2011 SELASA

8.15 am 10.00 am

Aktiviti 3 : Sukaneka PPKI

En. Khairul Anuar Pn. Faizol Azni Cik Nurafidah

10.00 am 11.00 am 1.00 pm -

REHAT Aktiviti 4 : Pertandingan Mewarna

Semua Pelajar Pn. Syazrah Sahrani Pn. Faizol Azni Cik Nurafidah PPKI A

Aktiviti 5 : Kuiz Sains Berkumpulan

Cik Nur Rawaidah Cik Ainul Mardhiah PPKI B / PPKI C

21 SEPTEMBER 2011 RABU

8 .15 am

Pertandingan Membaca

Pandai

Kelolaan Pn. Syazrah Sahrani Panitia Bahasa Melayu

22 SEPTEMBER 2011 KHAMIS

8.15 am

Aktiviti 6 : Explorace Sains Matematik

Cik Nur Rawaidah Cik Ainul Mardhiah En. Khairul Anuar PPKI A / B / C

REHAT 10.00 am Semua Pelajar

Page 8

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

11.00 am 12.00 pm

Post Moterm Explorace ( hasil dan rumusan ) Aktiviti 7 : Tayangan Fiksyen Filem Sains Cik Nur Rawaidah En. Khairul Anuar En. Jaafar Mohd Zin PPKI A / B / C Semua Guru / Pelajar

23 SEPTEMBER 2011 JUMAAT

7.30 am 8.30 am

BACAAN YASSIN Aktiviti 8 : Saintis Muda Cik Nur Rawaidah Cik Ainul Mardhiah PPKI B / PPKI C

9.30 am 10.00 am -

REHAT Rumusan aktiviti Saintis Muda Semua Guru / Pelajar

11.00 am

Majlis Penutup

Semua Guru / Pelajar

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

BUTIRAN 9.1 HADIAH a) Binaan 3D Puzzle (RM 10x 1 Tempat Pertama) (RM 7 x 1 Tempat Kedua) (RM 5 x 1 Tempat Ketiga) b) Explorace Sains Matematik (RM 20 x 1 Tempat Pertama) (RM 15 x 1 Tempat Kedua)

ANGGARAN

RM 10.00 RM 7.00 RM 5.00

RM 20.00 RM 15.00 Page 9

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

(RM 10 x 1 Tempat Ketiga) c) Kuiz Sains Berkumpulan (RM 15 x 1 Tempat Pertama) (RM 10 x 1 Tempat Kedua) (RM 7 x 1 Tempat Ketiga) d) Pertandingan Mewarna (RM 5 x1 Tempat Pertama) (RM 3 x 1 Tempat Kedua) (RM 2 x 1 Tempat Ketiga) (RM 2 x 5 Saguhati) e) Eksperimen Saintis Muda (RM 10 x 1 Tempat Pertama) (RM 7 x 1 Tempat Kedua) (RM 5 x 1 Tempat Ketiga)

RM 10.00

RM 15.00 RM 10.00 RM 7.00

RM 5.00 RM 3.00 RM 2.00 RM 10.00

RM 10.00 RM 7.00 RM 5.00

f) Pertandingan Buku Skrap Sains (RM 10 x 1 Tempat Pertama) (RM 7 x 1 Tempat Kedua) (RM 5 x 1 Tempat Ketiga) JUMLAH BESAR : RM 10.00 RM 7.00 RM 5.00 RM 163.00

10.0

SUMBER KEWANGAN BIL 1 SUMBER KEWANGAN PCG PENDIDIKAN KHAS

11.0

PENUTUP Page 10

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS

Diharapkan aktiviti aktiviti di dalam Minggu Sains, Sosial dan Alam Sekitar Pendidikan Khas ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kebaikan dan kesejahteraan para pelajar pendidikan khas. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada para pelajar Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Tunku Syed Idrus, Tampin.

SAINS TEKNOLOGI MENJANA KEMANDIRIAN PELAJAR Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. (CIK NUR RAWAIDAH RAHMAT) Setiausaha Minggu Sains, Sosial & Alam Sekitar Diluluskan oleh.

. (PN. SYAZRAH SAHRANI) Penyelaras Pendidikan Khas (PPKI) SMK Tunku Syed Idrus

(TN. HJ. AWALLUDIN MAT DIN) Pengetua SMK Tunku Syed Idrus

ULASAN PENGETUA : .............................

Page 11

You might also like