You are on page 1of 1

Persatuan Bulan Sabit Merah IP KENT

REFLEKSI

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Sebelum menjalankan tugasan ini, terlintas dalam fikiran saya bahawa tugasan ini adalah satu tugasan yang rumit. Namun saya berjaya menyiapkannya. Dengan ada nya folio seumpama ini saya dapat memperolehi pengetahuan baru . Dalam unit PBSM tedapat pelbagai aktiviti telah dijalankan. Saya berasa amat bertuah kerana menyertai unit kerana saya dapat memperolehi pelbagai ilmu baru . Antaranya ialah pertolongan cemas , cpr , latihan kawad dan sebagainya. Hal ini amat berguna kepada saya sebagai seorang guru pendidikan jasmani kelak .Dengan adanya aktiviti seumpama ini , saya dapat mengetahui langkah-langkah yang betul dalam merawat pesakit yang memerlukan rawatan . Latihan kawad pula dapat mendisiplinkan saya . Saya juga telah mengetahui arahanarahan kawad yang betul . Sebelum ini memang saya tidak pernah memberi arahan kawad , dan melalui unit ini saya mendapat pengalaman baru . Saya juga telah ditugaskan dalam beberapa program anjuran unit PBSM ini antaranya ialah menyelia dan menolong dalam aktiviti menderma darah , hari sukan tahunan dan merentas desa .

Saya berharap dengan menyertai unit ini saya dapat menambah pengalaman dan pengetahuan baru dalam mendewaskan diri saya . Saya berharap segala ilmu yang saya perlolehi ini akan saya praktikan di sekolah nanti sebagai seorang guru pendidikan jasmani .

MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN KHOLID PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2011

You might also like