You are on page 1of 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS

Disediakan oleh: AHMAD FARID BIN MOHAMED MOHD HAIKAL AMZAR BIN MOHD AZHAR NOE ELLIANY BT MOHD ISA MOHD AZRIN BIN ABU BAKAR

Ramai pelajar yang belajar tetapi tidak ramai pelajar yang tahu bagaimana untuk belajar dengan betul . Belajar bukan semata mata membaca buku tetapi belajar merangkumi aspek mencari , menyimpan , memproses dan menghasilkan kembali maklumat yang diperolehi dari aktiviti belajar

Bagaimana cara yang berkesan untuk mengingat setiap butiran atau maklumat daripada mata pelajaran yang dipelajari ?

DEFINISI INGATAN Ingatan bermaksud kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang berlaku selepas beberapa lama . Ingatan asas sangat mustahak kepada pemikiran dan tindakan . Kalau manusia tidak boleh mengingat , kesannya banyak kegiatan harian tidak dapat berjalan dengan baik dan lancar .

JENIS JENIS INGATAN

Jenis ingatan manusia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu


ingatan jangka pendek ingatan jangka panjang .

Ingatan jangka pendek


merujuk kepada proses simpanan dalam jangka masa yang singkat , iaitu di antara 30 saat ke 24 jam . Kadar luputnya maklumat di dalam jangka Ingatan Jangka Pendek adalah cepat kerana muatannya sistem ini terhad. Kebiasaannya maklumat yang paling mudah luput ialah maklumat yang abstrak seperti angka

Ingatan Jangka Panjang


berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal dalam ingatan . Peringkat ingatan ini pula berfungsi menahan maklumat pada jangka masa yang lama sehingga sebahgiannya kekal sepanjang hayat . Sebahagian ahli psikologi berpendapat bahawa Ingatan Jangka Panjang tidak mempunyai batas simpanan maklumat yang dapat ditentukan dengan ukuran angka

PROSES INGATAN
Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan Langkah ini dipanggil Enkod . Langkah kedua ialah penyimpan . Langkah ketiga ialah memanggilnya kembali atau dekod
.

TEKNIK MENGINGAT Teknik mengingat ini boleh menolong membaiki ingatan . Ingatan selalu tersusun dan berkaitan . Dengan itu kalau anda hendak mengingat maklumat lama , perlu dikaitkan atau dihubungkannya dengan maklumat baru . Ingatan juga boleh berlaku dengan mengingatkan maklumat yang sepasang atau serupa .

MEMBAIKI INGATAN
1.Maklumat mestilah diterima dengan betul

Kadang kala kita tidak dapat mengingat kembali sebahagian maklumat kerana kita tidak membaca atau menelitinya dengan betul , malah adakalanya tafsiran kita mengenai satu satu maklumat itu kabur atau salah sama sekali . Ini mungkin berpunca daripada : 1)kecuaian semasa membaca 2)maklumat yamg tidak teratur atau tidak ditulis dengan jelas 3)membaca terlalu laju atau perlahan

2. Membaca dengan tujuan


Untuk mengingat sebarang rangkap maklumat kita memastikan apakah sebenarnya yang paling kita perlukan daripada bahan itu .Sekiranya anda mempunyai satu motif pembacaan yang jelas dengan sendirinya anda akan membuat pemilihan dan penilaian terhadap maklumat yang relevan sahaja .

3. Pastikan had masa yang berkesan


had masa yang paling sesuai untuk belajar dan dalam masa yang sama mengingat dengan baik ialah 40 minit yang pertama . Selepas tempoh itu , penumpuan kita akan menjadi kurang berkesan . Luangkan sedikit masa rehat iaitu dalam lingkungan 5 hingga 10 minit agar anda dapat mengurangkan kelesuan pada mata . Pada masa yang sama otak anda dapat menyusun semula perspektif maklumat yang telah dipelajari .

4. Cuba libatkan ego anda


Anda mestilah mempunyai daya motivasi tersendiri dan yakin bahawa maklumat yang ingin diingat akan mendatangkan kesan yang jelas . Jika anda pesimistik dan tidak merasa terdorong untuk mengingat maklumat tersebut , maka anda tidak akan mengingatnya dengan baik .

5. Pandangan maklumat

keseluruhan

tentang

Pastikan anda dapat membaca corak atau struktur maklumat sebelum terus membaca untuk mengingat .Sekiranya anda ingin mengingat kandungan sesebuah buku , luangkan sedikit masa untuk membaca teks di kulit belakang dan ruangan pendahuluan atau prakata di permulaannya .

6. Hubungkan maklumat itu


Semua pembelajaran dan ingatan merupakan proses hubung kaitan . Tanpa menghubungkan sesuatu maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat yang telah sedia anda ketahui , tentulah agak sukar bagi anda untuk menimbulkan kefahaman , apatah lagi membuat penilaian yang sempurna . Akal kita memahami sesuatu rangkap maklumat berdasarkan maklumat yang telah kita ketahui .

7. Saran diri (Auto - suggestion)


Cuba tanya pada diri anda tentang pandangan dan intipati yang cuba ditonjolkan oleh penulis dalam teks yang dibaca . Adakah isinya menyamai , berkaitan atau bercanggah dengan sesuatu yang pernah anda maklumi? . Secara tidak langsung, kaedah ini melibatkan anda dalam wadah perbincangan secara lebih sedar dan aktif . Pastikan teknik saran diri ini diamalkan setidak tidaknya selepas meneliti semua subtopik supaya nada tidak mengalami kesamaran .

8. Rumuskan teks dalam perkataan anda sendiri


Cara ini dapat mengurangkan ketegangan atau ketidakpastian yang biasa dialami oleh pembaca .Dengan melakukan aktiviti ini , anda sebenarnya memecahkan sebahagian daripada kebuntuan yang mungkin anda alami , terutama sekali apabila menemui jargon atau bahasa yang sukar dimengertikan . Rumuskan semua dalam bahasa yang sehabis mudah .

9. Kaitkan maklumat dengan persekitaran


Cuba kaitkan persekitaran anda dengan apa sahaja maklumat yang sedang anda pelajari pada satu satu masa . Kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam aktiviti ingatan seseorang .

CARA CARA MENGINGAT


Buat cerita Cara irama Gunakan alat mengingat Membuat catatan Cara keseluruhan Dengan kefahaman Lakonan Senarai semak (ujidiri) Akronim Secara rantaian atau berlawanan Gambar

CARA MENGINGAT TARIKH DAN NOMBOR


Antara cara yang berkesan ialah mengaitkan nombor dengan perkataan yang berkaitan . Misalnya untuk mengingat 1945 kita kaitkan dengan Peperangan Dunia Kedua iaitu 31 Ogos 1957 , adalah hari kemerdekaan .Atau mengingatkan nombor , kita gabungkan yang rapat atau ikut susunan ke atas dan ke bawah . Contohnya 4521 . Mula mula pecah dua iaitu 45 dan 21 . Bila kita ingat nombor pertama iaitu 4 ingat 5 kerana susunannya ke atas dan apabila kita ingat 2 kita ingat 1 kerana susunannya ke bawah . Ingatan ini ialah cara kumpulan .

MENGINGAT NAMA , RUPA DAN TEMPAT


Boleh diingati dengan cara melihat dan boleh juga bermula dengan mendengar nama atau melihatnya secara sepintas lalu . Untuk mendapatkan daya ingatan yang lebih baik , kita camkan ciri ciri luar biasa yang terdapat pada seseorang itu seperti saiz badan , suara , kegemarannya dan keanehannya yang lain . Ada juga orang mengingat tempat dengan mengingat tanda atau landmark yang berhampiran dengan tempat tersebut

LATIHAN MENGINGAT SEMULA


CARA PERTAMA

Ada dua kaedah membaiki cara menyimpan maklumat . Pertama ialah dengan cara mengurangkan beban ingatan . Cra ini dengan menggunkan akronim atau kod atau huruf singkatan seperti LKTP atau FELDA bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority .

CARA KEDUA
Cara ini dipanggil kaedah mengumpul maklumat kepada kumpulan yang seragam , sama dan jenis . Untuk menguatkan ingatan , prinsip asosiasi digunakan . Kaedah ini sangat sesuai untuk mengingat ucapan dan teks .

CARA KETIGA Cara ini menggunakan sistem Mnemonic . Kaedah ini dibuat dengan menetapkan gambaran di kepala . Gambaran ini berkait dengan maklumat yang hendak diingatkan atau dipanggil semula . Maklumat diingat semula dengan menggunakan lakonan atau perlakuan sendiri atau orang lain . Dengan lakonan ini , kita boleh ingat semula fakta yang terlupa

LATIHAN MENGINGAT
CARA PERTAMA
Langkah 1 Campurkan perkataan yang hendak diingati dengan perkataan perkataan lain . Langkah 2 Tulis huruf pertama bagi setiap perkataan yang hendak diingati tadi . Langkah 3 Campuradukkan huruf huruf untuk dijadikan perkataan . Jika anda boleh membentuk perkataan baru , ingatannya supaya boleh menjadi tanda yang dapat menolong anda mengingat perkataan yang hendak diingati .

CARA KEDUA Langkah 1 Buat tajuk besar dan tajuk kecil dengan beberapa perkataan kunci . Tajuk besar dan tajuk kecil dipanggil cara mengumpul maklumat kepada beberapa ketegori yang sama , seragam atau sejenis . Langkah 2 Apabila mengingat semula , jalin tajuk dan perkataan kunci hingga menjadi rangkaian teks yang bersambung .

CARA KETIGA Langkah 1 Ingatkan dengan menyanyi bahasa irama seperti satu batu , dua dia ,tiga gila , empat rapat , lima sama Langkah 2 Sebut bahasa irama supaya anda mendengarnya

MEMBAIKI KEBOLEHAN MENGEMBALIKAN MAKLUMAT


Ingatan mempunyai ciri yang sangat tersusun dan berkaitan . Dengan itu , fakta boleh diingati semula dengan cara berikut :
Ubah situasi atau suasana yang ada sekarang Dapatkan suasana atau tanda yang hampir sama untuk menolong mengingati kembali Cuba dapatkan sebanyak mungkin punca maklumat yang berkaitan dengan maklumat yang sedang diingati kembali Apabila dapat punca yang berkaitan , cuba ingatkan segala peristiwa kebelakangan atau peristiwa hadapan secara imaginasi . Dengan melakonkan segala peristiwa tersebut , segala maklumat yang terlupa dapat diingati , seperti kita hendak mencari kunci yang telah hilang , kita akan lakonkan atau bayangkan semula apa yang kita buat setelah kita ketahui kunci kita hilang .

LATIHAN MENGEMBALIKAN MAKLUMAT

Berasaskan kepada langkah langkah di atas , cuba ingatkan peristiwa berikut : Nama guru Bahasa Malaysia anda semasa di tingkatan satu Di mana anda berada dan apa yang anda buat pada hari terakhir tahun lalu Alamat dan nombor telefon rumah anda yang lama

sekian

You might also like