You are on page 1of 1

Peristiwa sedih rasulullah(matspaoh,anip)

Rasulullah sentiasa di ancam oleh orang kafir quraisy dalam menyampaikan dakwah islamiah. Sehingga satu tahap kafir quraisy telah bersepakat dan membuat perjanjian untuk memulaukan seluruh banu hasyim dan banu mutallib. Tiada sesiapa pun dibenarkan untuk berurusan ataupun duduk bersama mereka. Segala urusan jual beli juga tidak dibenarkan terhadap mereka, mereka tidak boleh pergi kerumah mereka, tidak boleh membawa kerumah sendiri dan orang kafir telah berkata bahwa perjanjian ini akan berterusan sehingga mereka menyerahkan rasulullah kepada mereka. Namun, para sahabat dan orang islam yang lain tidak akan menyerahkan rasulullah dengan mudah lantaran cinta dan sayang kepada rasulullah. Perjanjian itu juga telah bertulis iaitu pada tanggal 1 muharram tahun ketujuh kenabian. Perjanjian ini juga telah diletak dan digantung di baitullah supaya menghormati keputusan tersebut. Selama 3 tahun mereka telah dipulau diantara dua bukit di satu lembah. Orang-orang banu mutalib dan banu hasyim begitu sedih dan begitu juga rasulullah SAW. Baginda sedih mengenangkan umatnya yang begitu sungguh-sungguh ingin membunuhnya. Namun, rasulullah begitu sayangkan umatnya sehingga baginda masih mendoakan kebaikan untuk umatnya. Sehingga bantuan Allah SWT datang kepada mereka dan perjanjian itu telah reput kerana dimakan oleh anai-anai. Maka mereka telah terselamat dari musibah itu. Walaupun mereka menghadapi kesusahan ini, mereka tetap berpegang teguh kepada agama islam, malah mereka berusaha untuk menyebarkannya. Rasulullah mempunyai sifat yang sangat tabah sehingga Allah telah menguji baginda dengan kematian dua orang yang baginda sayang iaitu Abu Talib, bapa saudaranya dan isterinya khadijah r.anha telah meninggal dunia pada tahun ke-10 kerasulan. Abu Talib semasa hayatnya, kuat mempertahankan anak saudaranya, iaitu Rasulullah s.a.w. Quraisy tidak berjaya menyakiti diri Nabi s.a.w. sepanjang hayat Abu Talib kerana mereka hormat dan gerun kepadanya. Apabila beliau meninggal dunia, Quraisy mula berani bertindak kasar terhadap Nabi s.a.w.. Lantaran itu, kematian beliau lebih memberi semangat kepada orang kafir quraisy. Untuk menentang sungguh-sungguh

baginda.Sehingga sewaktu nazak Abu Talib Nabi SAW mendesak Abu Talib untuk mengucap kalimah syahadah. Namun , Abu Talib enggan kerana bimbang beliau akan mendapat malu daripada kaumnya. Baginda begitu sedih melihat peristiwa itu kerana beliau iaitu bapa saudaranya itu tidak mendapat hidayah daripada Allah. Baginda tetap teguh dan tidak berhenti untuk menyampaikan dakwah islamiah. Pada tahun yang sama baginda sekali lagi kehilangan orang yang tersayang iaitu saidatina Khadijah r.anha. Kematian isterinya iatu menambahkan lagi kepiluan dan kesedihan baginda. Lantaran sifat redha, maka rasulullah tetap tabah dan menerima segala bentuk ujian kerana baginda mengetahui bahawa Allah hanya menguji hambanya. Sebelum kematian beliau, Khadijah berperanan meringankan kerungsingan dan kesedihan Rasul s.a.w. lantaran permusuhan Quraisy yang dihadapi Baginda. Beliau banyak memberi bantuan kepada rasulullah dalam menyampaikan dakwah. Beliau merupakan salah seorang orang yang pertama sekali memeluk islam. Sewaktu kematian beliau, rasulullah terkenang dan sedih melihatnya kerana seseorang yang dahulunya mempunyai harta yang banyak namun beliau telah menggunakan hartanya untuk jalan Allah. Tahun kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya, Khadijah dinamakan sebagai "Tahun Dukacita".

You might also like