You are on page 1of 6

REFLEKSI

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu program yang diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di Malaysia amnya dan di daerah Jempol khasnya. Perkhemahan Silang Budaya RIMUP ini

menggabungkan beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum dan melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya. Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah kerana pada tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu melancarkan program ini. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK PULAPAH. Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka dengan komunikasi yang baik. Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktivitiaktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi. Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan muridmurid dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusan-urusan tertentu. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru

yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun. Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan. Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahankelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak tuan rumah tidak mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan Polis(PULAPOL). Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerjakerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru. Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang basah. Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan murid India mengamalkan menu vegetarian dalam kehidupan mereka. Ini sedikit menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan. Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari tersebut. Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh tuan rumah.

Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti. Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung. Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan bersemangat buat para peserta. Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid dan guru-guru daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah membuat persediaan awal dan dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki. Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat

CONTOH REFLEKSI 1 Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan. Ini merupakan kali pertama saya melakukan kaedah ini. (PERISTIWA) Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua pelajar melibatkan diri secara aktif. Arahan dipatuhi dan terdapat pelajar menyumbang idea dan pendapat yang bernas. (PERASAAN) Saya memulakan pengajaran dengan membahagi kelas kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan. Saya memberi tajuk yang sesuai untuk dibincangkan. Saya menjelaskan langkahlangkah dan peraturan yang perlu dipatuhi. Saya rasa saya telah

bertindak sebagai fasilitator yang berkesan. (MENILAI/MENGANALISIS) Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru harus menggilap potensi mereka. (HARAPAN/KESEDARAN BARU) Untuk pengajaran di masa hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu merangsang pemikiran pelajar seperti forum, projek, perbahasan. (CADANGAN/TINDAKAN)

CONTOH REFLEKSI 2 Saya amat kecewa kerana gagal memberi penerangan dengan Berkesan disebabkan murid di belakang kelas yang agak bising. (PERASAAN) Walaupun saya menyediakan BBM, tapi ia gagal menarik perhatian murid. Mungkin BBM tersebut tidak menarik. Atau mungkin ia kurang jelas (disebabkan penggunaan warna yang kurang sesuai) bagi murid di belakang kelas. Untuk mengawal kelas saya telah mengetepikan BBM dan menyuruh murid menyalin nota di papan kapur ke dalam buku catatan mereka. (ANALISIS DAN KESEDARAN) Pada masa akan datang saya akan membina BBM yang bukan sahaja cantik bahkan menitikberatkan aspek warna yang digunakan agar dapat menarik perhatian murid. Saya juga akan meminta pandangan dan nasihat rakan dan guru pembimbing. (CADANGAN/TINDAKAN) FORMAT JURNAL (1) 1. Catatan peristiwa/kejadian/masalah dan lain-lain 2. Perasaan/pandangan terhadap catatan 3. Analisis terhadap sebab perkara itu berlaku 4. Apakah cadangan tindakan untuk mengatasinya 5. Tempoh masa untuk penyelesaian 6. Cara menilai kejayaan 7. Tindakan susulan CONTOH JURNAL 1. Masalah, Pandangan/perasaan : Saya selalu menghadapi masalah dalam memberi arahan yang

tepat.Setiap kali saya beri arahan, ada sahaja sebilangan murid yang keliru dan saya terpaksa mengulangi arahan saya. Saya rasa kecewa. 2. Analisis : Situasi ini timbul mungkin kerana (a) bahasa saya, (b) arahan panjang 3. Cadangan untuk memperbaikinya : a. baca buku tentant cara beri arahan b. latih beri arahan yang ringkas dan tepat c. sedia semua arahan yang akan diberi dalam RPH d. pastikan semua murid beri perhatian sebelum saya beri arahan e. minta pandangan rakan pelatih, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing 4. Tempoh masa penyelesaian : akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh dua minggu 5. Cara menilai kejayaan : saya akan memohon kerjasama pasangan saya, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk menilai kejayaan saya dalam aspek ini 6. Tindakan Susulan : setiap kali saya mengajar, saya akan menyediakan arahan saya dan berlatih sebelum saya memasuki kelas. Saya akan beri perhatian kepada aspek ini sehingga menjadi satu kebiasaan CONTOH FORMAT / LANGKAH MENULIS REFLEKSI KRITIKAL Murid-murid di sekolah ini dan di bilik darjah saya suka buang masa, termenung atau yang baik akan tidur. Saya selalu berfikir bagaimana saya dapat menolong murid membuat jadual belajar sendiri, juga bagaimana saya dapat memasukkan rasa takut jika kita buang masa, kerana masa terlalu berharga untuk dibuang begitu sahaja. Untuk menjadi contoh yang tidak buang masa susah juga. Curu harus buat apa yang dikatakan dan untuk membuat perkara yang baik, bukan hanya di hadapan pelajar, tetapi pada setiap masa. Saya belum di tahap itu! Seperti sentiasa membaca, menambah ilmu, menyoal dan bersedia untuk mengajar. Ini memanglah satu perkara yang agak sukar untuk saya buat sendiri. Saya juga seperti pelajar, saya perlu ditegur dan dinasihati oleh Guru Besar atau Guru Panitia saya. Saya rasa semua orang begitu. Kita ini sama, manusia yang lemah dan lalai ! Saya banyak menempuh kegaglan kerana saya kurang percaya kepada orang lain. Oleh itu, saya kurang meminta pertolongan daripada rakan sejawat. Sekarang saya sedar bahawa rakan sejawat adalah sumber yang belum saya manfaatkan. Saya tahu Saaban akan tolong saya reka satu jadual untuk murid-murid di kelas saya. Saya sedar bahawa murid tidak boleh berfikir seperti guru. Otak mereka belum matang. Saya rasa kalau saya minta mereka sendiri reka jadual tentu mereka tak buat ! Saya dan Saaban akan reka satu jadual belajar sendiri untuk kedua-kedua kelas. Saya bercadang akan berbincang mengeai strategi mengajar yang baik dalam perkaedahan mata pelajaran Matematik dengan Saaban pada minggu hadapan kerana saya ingin memperbaiki strategi pengajaran saya dalam mata pelajaran Matematik. Saya akan bersama Saaban merancang topik Logarizam dan beliau akan bersama saya untuk menilai

pengajaran saya. Selepas itu saya akan berbincang dengannya untuk mencari tempat sesuai untuk menampal jadual belajar sendiri untuk dilihat oleh pelajar

You might also like