You are on page 1of 1

Galah panjang Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelang gang yang dilakar

di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 laj ur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjan g dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pem ain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pema in sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji k epada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai k ebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah. CARA BERMAIN Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepinta ran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar be rgantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ket ua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang den gan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan meny apakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang d ijaganya. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melep asi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin b erhenti. SYARAT PERMAINAN Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat g iliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

You might also like