You are on page 1of 21

LITERASI BAHASA

LITERASI BAHASA

PROGRAM KIA2M PROTIM LINUS

AHLI KUMPULAN: NIK RUSLAWATI BT ARIFIN NORHAFIZAH BT MOKHTAR

PROGRAM KIA2M
Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Tujuan : untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. - terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. - strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:
percalonan ujian penapisan perancangan pengajaran penilaian tindakan susulan

Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan

Pendekatan secara kelas

murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

PENDEKATAN

Pendekatan secara kumpulan

berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

Teknik Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah: teknik teknik teknik teknik teknik teknik teknik teknik bercerita latih tubi tunjuk cara bersoal jawab main peranan menyanyi lakonan kuiz

Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan


- kumpulan cepat sederhana lambat - langkah 1 interaksi guru secara kelas - langkah 2 kerja bertulis interaksi guru secara kumpulan kecil - langkah 3 pengukuhan kerja bertulis interaksi guru secara individu

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Pendidikan Jasmani Kesihatan: 1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan. 2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan. 3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata. Pendidikan Muzik: 1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak. 2. Pergerakan berirama 3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni: 1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad. 2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata. 3. Capan - mengecap bentuk. 4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj. Kesimpulan

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.
Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

DEFINISI DAN KONSEP PROTIM


PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah ini. Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan satu program khas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Program tersebut dinamakan PROTIM. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

DEFINISI DAN KONSEP PROTIM


Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan. Soalan disediakan bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM.

Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.

DEFINISI DAN KONSEP PROTIM


PROTIM ialah Program Pemulihan 3M yang melibatkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program ini khas untuk murid Tahap 2 yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini mencerminkan usaha serius Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggempur masalah 3M dan memastikan murid yang tamat persekolahan rendah sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.

CARTA ALIRAN PROGRAM PEMULIHAN 3M (PROTIM) 2012 PRAUJIAN [ 1 - 6 APRIL 2012 ] ANALISIS PRAUJIAN 8 - 13 April 2012 : Sekolah serah data ke PPD/PPG 15 - 20 April 2012: PPD/PPG serah data ke JPN 22 - 27 April 2012: JPN serah data ke BPK KELAS PROTIM Mulai 15 April hingga 27 Julai 2012 PASCAUJIAN 29 Julai hingga 3 Ogos

ANALISIS PASCAUJIAN 5 - 10 Ogos 2012: Sekolah serah data ke PPD/PPG 12 - 17 Ogos 2012: PPD/PPG serah data ke JPN 19 - 24 Ogos 2012 : JPN serah data ke BPK

LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM PROTIM OLEH BPK


Mengenalpasti calon murid PROTIM. Tugas ini perlu dilaksanakan oleh guru-guru PROTIM Bahasa Melayu dan Matematik sambil dipantau oleh ketua panitia dan penyelaras PROTIM. Praujian PROTIM dijalankan seperti yang diarahkan oleh jabatan. Soalan PROTIM terdiri daripada soalan praujian PROTIM dan pascaujian PROTIM. Soalan perlu di download daripada BPK. Ujian PROTIM dilaksanakan secara individu untuk kemahiran membaca. Kemahiran menulis dan kemahiran mengira boleh dibuat secara kumpulan.

CONTOH LAPORAN BERGAMBAR PRAUJIAN PROTIM 2012

KELAS PROTIM
Kelas PROTIM perlu dilaksanakan selepas analisis dibuat. Selain guru PROTIM yang melaksanakan kelas PROTIM ini, bantuan guru pemulihan khas amat diperlukan. Guru pemulihan khas mempunyai banyak kemahiran, pendekatan dan pengalaman dalam menangani masalah murid PROTIM. Murid-murid protim ialah murid-murid pemulihan khas yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas menjalani praujian PROTIM, murid PROTIM perlu mengikuti kelas PROTIM seperti yang dijadualkan. Jadual kelas PROTIM tertakluk kepada pihak sekolah untuk menentukan kelas PROTIM dijalankan. Jadual disediakan oleh penyelaras PROTIM.

APAKAH MAKSUD LINUS


Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi)

dan S (Screening Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program

ini

dirancang

dan

dibentuk

sebagai

penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan

pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan


komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI


TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.

TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.

TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu

perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI


Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI


Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

You might also like