Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep Cinta Fuziah

Konsep Cinta Fuziah

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 3,249|Likes:
Published by kasih

More info:

Categories:Types, Research
Published by: kasih on Jan 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

02/24/2013

 
Konsep Cinta dari Pandangan Prototaip
Beverly Fehr James A. Russell
University of WinnipegUniversity of British ColumbiaWinnipeg, Manitoba, CanadaVancouver, British Columbia, CanadaMeskipun konsep-konsep superordinat (seperti buah-buahan, kenderaan, sukan) diatursecara prototipikal, konsep-konsep tahap-asas (seperti epal, trak, hoki) boleh jadidijelaskan secara klasikal dari segi ciri-ciri keperluan individu dan sama-sama mencukupi.Satu siri 6 kajian telah mengkaji 1 konsep tahap–asas dalam domain emosi,
cinta
, danmendapati bahawa ianya lebih difahami dari sudut pandangan prototaip berbandingklasikal. Bahasa biasa/lazim konsep cinta mempunyai struktur dalaman dan sempadankabur. Cinta keibuan, cinta romantik, kasih sayang, cintakan kerja, cintakan diri, tergila-gila, dan subjenis cinta yang lain dengan pasti boleh disusun dari contoh-contoh cintayang lebih baik ke contoh-contoh cinta yang lemah. Maka kebaikan setiap sub-jenissebagai satu contoh cinta (prototipikaliti) didapati meramalkan pelbagai indeks proseskognitif. Implikasi-implikasi unutk definisi saintifik dan kajian pelbagai jenis cintadibincangkan.
 Teori prototaip telah memberi wawasan kepada konsep-konsep yang utama kepadapsikologi, termasuk tindakan kelakuan (Buss & Craik,1983, sifat keperibadian (Cantor &Mischel, 1979), kecerdasan (Neisser, 1979), situasi sosial (Cantor, Mischel, & Schwartz,1982) dan latarbelakang persekitaran (Tversky & Hemenway, 1983). Teori inimengilhamkan pendekatan-pendekatan baru kepada diagnosis psikiatri (Cantor , Smith,French, & Mezziah, 1980) dan penilaian keperibadian (Broughton, 1984). Kajian-kajianyang dilaporkan dalam artikel ini adalah sebahagian daripada projek yang lebih besaryang direka untuk meninjau keterterapan teori prototaip kepada domain konsep-konsepemosi.Kami mempunyai dua tujuan berkaitan. Yang pertama ialah untuk menggunakanalat-alat teori prototaip untuk menerangkan konsep cinta, yang sukar difahami. Kamiakan memperkatakan tentang definisi dan pelbagai jenis cinta. Matlamat kedua adalahberkenaan teori prototaip itu sendiri. Pembuktian-pembuktian sebelumnya mengenaistruktur prototaip dalam konsep-konsep bertumpu kepada konsep-konsep superordinat,seperti, buah-buahan, kenderaan, atau emosi. Kami menanyakan, apakah hasil yangsama akan berlaku, kepada konsep-konsep tahap-asas, seperti epal, trak, atau cinta?Kami mulakan dengan isu kedua.
Pendekatan Prototaip
Mengikut tradisi, istilah am satu bahasa difikir melambangkan kategori-kategoriobjek atu kejadian, setiap ahli/anggota yang memiliki ciri-ciri yang perlu dan sama-samamencukupi untuk menakrifkan keahlian/keanggotaan dalam kategori itu. Menurutpandangan klasikal ini, untuk mengetahui makna satu istilah am (contoh, mempunyaikonsep yang berhubung dengannya) adalah untuk mengetahui sekurang-kurangnyamakna tersirat ciri-ciri perlu dan mencukupi ini. Maka definisi boleh dirumuskan denganperbincangan falsafah atau-oleh sebab ciri-ciri jelas itu juga ada di dalam objek atukejadian-dengan kajian empirik.Walaupun beberapa penulis terus mempertahankan pandangan klasikal ini(Armstrong, Gleitman, & Gleitman, 1983; Harnad, 1987; Osherson & Smith, 1981) banyakkajian psikologikal mengukuhkan sikap ragu-ragu yang berkembang tentang adakahianya munasabah/boleh dipercayai sebagai laporan yang cukup untuk kebanyakanknosep yang digunakan dalam pertuturan dan pemikiran harian (Medin, 1989; Mervis &Rosch, 1981; Smith & Medin, 1981). Cadangan Rosch (1975, 1977, 1978) yangmenganjurkan laporan prototaip
 
Beberapa bahagian daripada kajian ini telah dikemukakan dalam Konvensyen Tahunan PertubuhanPsikologikal Kanada, Montreal, Quebec, Canada, June 1998.Kajian ini disokong oleh satu bantuan peruntukan University of Winnipeg Group II (4100-000) yang diberikepada Beverly Fehr dan peruntukan dari Majlis Penyelidikan Sain Sosial dan Kemanusiaan kepada James A.Russell.Kami mengucapkan terima kasih kepada Pat Keelan dan Sandra Wolfram atas bantuan merekamengkodkan data dan Jim Averill, Michael Mascolo, dan Phil Shaver untuk komen-komen yangmembina/membantu dalam draf artikel ini.Surat menyurat mengenai artikel ini hendaklah dialamat kepada Dominic J. Parrott, Department of Psychology, Georgia State University, P.O. Box 5010, Atlanta GA 30302-5010. E-mail: parrott@gsu.edu
sebagai satu alternatif kepada pandangan klasikal diikuti oleh banyak laporan bukanklasikal (Kahneman & Miller, 1986; Lakoff, 1987; Medin, 1989; Neisser, 1987; Smith &Medin, 1981). Malah, dalam satu laporan, konsep-konsep tidak hanya difikir salah tafsirtetapi juga berbeza dari seorang ke orang yang lain, dan, untuk orang yang sama, darisatu masa ke masa yang lain (Barsalou, 1987). Dalam artikel ini kami tidak cuba untukmembezakan di dalam laporan-laporan kumpulan bukan klasikal ini. Malahan, tujuankami ialah untuk terus menentukan sifat-sifat konsep emosi melalui kaedah empirik.Dalam kajian sebelum ini, kami membandingkan pandangan klasikal denganprototaip dalam domain emosi (Fehr, 1982, 1988; Fehr & Russell, 1984; Fehr, Russell, &Ward, 1982; Russell, 1991; Russell & Bullock, 1986), tetapi kami bukan berseorangandalam hal ini. Malah penulis-penulis lama seperti William James (1890/1950, 1902/1929)melihat konsep-konsep emosi dalam cara yang lebih serasi dengan sudut pandanganprototaip berbanding klasikal. Averill (1980, 1982) kuat menegaskan bahawa tiada satuciri pun yang jelas bila melihat emosi sebagai sindrom/tanda. Averill dan Boothroyd(1977) menjelaskan kes unggul atau paradigma cinta romantik dan mengukur tahapmana kes-kes sebenar menyerupainya. Davis dan Todd (1982, 1985) mendapat ideaprototaip apabila memperkembangkan kes-kes paradigma persahabatan danperhubungan cinta. Pengkaji-pengkaji lain tentang cinta juga mengambil idea dari teoriprototaip (Conway & Bekerian, 1987; Mascolo & Mancuso, 1990; Shaver, Schwartz,Kirson, & O’Connor, 1987; Tiller & Harris, 1984). Analisis prototaip yang akandikemukakan di sini dengan itu mempunyai keserupaan/kesamaan dengan analisis-analisis domain emosi yang lain.Dalam menggunakan pandangan prototaip ke atas kategori-kategori domain emosi,adalah membantu jika kita bermula dengan menggambarkan domain itu sebagai satuhierarki pemasukan. Pada tahap yang paling atas, atau superordinat, ialah perkataanemosi. Di tahap tengah, emosi terbahagi kepada ketakutan, cinta, kebahagiaan, danlain-lain emosi prototipikal dan kurang prototipikal dari kemarahan ke keterujaan. Tahapini mungkin dasar kepada pertimbangan Rosch. Bilangan kategori pada tahap ini tidakterbatas kerana prototaip bergerak beransur-ansur ke dalam bukan-prototaip, yangkemudian bergerak beransur-ansur ke dalam bukan-emosi di mana tiada sempadan yang jelas. Banyak daripda kategori tahap-tengah mungkin boleh dibahagi-bahagikan,membentuk satu tahap subordinat. Dengan itu, kemarahan dibahagi kepada kemurkaan,keberangan/meradang, kejengkelan/gemas, dan seterusnya. Cinta dibahagi kepadacinta romantik, cinta kepada ibubapa, dan seterusnya. Sekali lagi, sub-kategori cintatidak terbatas.Kategori tahap-tengah, atau peristiwa tertentu, adalah ahli/anggota konsepsuperordinat, emosi, bukan kerana memiliki semua set ciri-ciri jelas, tetapi keranaadanya keserupaan yang cukup dengan kes-kesi emosi prototipikal atau contoh-contoh.Dalam beberapa laporan, kes-kes ini secara mental mewakili individu, pengalaman-pengalaman sebenar, dalam kejadian-kejadian lain, mereka mewakili/merupakan skemalebih am. Namun, tunjang kepada pandangan prototaip ialah tanggapan keserupaan.Kerana keserupaan merupakan hal/perkara tahap, bilangan kategori di tahap tengahtidak tentu/tetap: Kejadian-kejadian adalah pelbagai/berbeza dalam takat di mana ianyaadalah emosi-emosi dan tiada sempadan jelas yang memisahkan emosi daripada bukan-emosi. Ahli-ahli menyerupai satu sama lain dalam cara bertindan dan silang-menyilangyang berbeza jenis dan bilangan.
 
Bukti yang ada menyoking pemikiran ini. Seperti yang dihipotesiskan, kategorisuperordinat emosi didapati mempunyai, apa yang dipanggil Rosch, satu strukturdalaman-peringkat dalam keahlian-yang meramalkan pelbagai indeks/tanda kognitif pemprosesan melibatkan konsep-konsep emosi. Tambahan lagi, sempadan-sempadankonsep emosi didapati kabur: Subjek-subjek tidak pasti samada ahli-ahli kurang utamayang tertentu, seperti harga diri dan hormat, adalah contoh-contoh emosi sebenar.Bukti terkumpul setakat ini berkaitan dengan konsep superordinat, emosi. Malah,setahu kami, hampir semua kajian setakat ini yang memberi sokongan kepada teoriprototaip melibatkan konsep-konsep di tahap superordinat. Pengecualian penting adalahkajian Labov (1973) tentang cawan dan kajian awal Rosch (contoh, 1973) tentangtumpuan-tumpuan utama kategori-kategori warna. Kajian kemudian Rosch (contoh,1975) berkisar tentang buah-buahan, kenderaan, perabot, sayuran, dan istilah-istilah lainyang sangat am. Ironiknya, Rosch dan sekutu-sekutunyalah yang menarik perhatiankepada kepentingan psikologikal prototaip dan tahap-asas (Rosch, Mervis, Gray, Johnson, & Boyes-Braem, 1976), dan masih tidak terdapat bukti cukup yangmenunjukkan samada konsep-konsep tahap-asas diatur secara prototipikal atau klasikal.Bukti struktur prototaip yang berada di satu tahap hierarki tidak menunjukkanbahawa konsep di tahap-tahap lain di hierarki yang sama distruktur begitu. Bahawabuah-buahan disusun di sekitar prototaip dan mempunyai sempadan kabur tidakmenunjukkan bahawa epal dan oren disusun begitu. Newport dan Bellugi (1978)mengkaji bahasa isyarat Amerika, yang jelas membezakan kategori-kategori tahap-superordinat, -asas, dan –subordinat. Analisis mereka menyarankan bahawa hanyakonsep-konsep superordinat kekurangan ciri-ciri biasa yang dikongsi oleh semua ahli.Pada tahap-asas, ciri-ciri dikongsi oleh semua atau kebanyakan ahli. Di tahap-subordinat, ciri-ciri juga dikongsi oleh semua atau kebanyakan ahli, tetapi ciri-ciri samaini juga dikongsi dengan ahli-ahli dari kategori bertentangan.Lysak, Rule, dan Dobbs (1989) memberi hipotesis lain yang mana sifat konsep-konsep berbeza dengan tahap hierarki. Mereka menegaskan bahawa tahap-asas konsepkeagresifan adalah lebih konsisten dengan konsepsi klasikal berbanding prototaip. Darisegi lain, pada tahap-subordinat, jenis prototaip mungkin merupakan prototipik. Sebagaicontoh,
bergaduh dengan isteri
atau
bergaduh dalam perlawanan hoki
mungkin setiapsatunya menunjukkan struktur dalaman dan sempadan-sempadan kabur.
1
Dengan demikian, satu matlamat kajian kami ini ialah mula mengkaji secaraempirik samada kategori-kategori tahap-asas mempunyai struktur dalaman dansempadan-sempadan kabur. Sebentar tadi, kami membuat hipotesis bahawa perkara inibenar-seperti ekoran melihat kemarahan, takut, dan cinta sebagai skrip (Fehr & Russell,1984), untuk tanggapan bahawa skrip menjadi episod tanggapan prototaip. Lebihamnya, kami berharap untuk memberi bukti yang mengajukan kepentingan mereka-mereka yang terus mempertahankan pandangan klasikal dalam domain emosi (Johnson-Laird & Oatley, 1989); Ortony, Clore, & Foss, 1987).
Konsep Cinta
Cinta boleh dikaji sebagai satu perhubungan, sebagai satu sikap, sebagai satupengalaman, dan seterusnya. Dalam artikel ini, kami bertumpu kepada cinta sebagai
1
Lysak, Rule, dan Dobbs (1989) menganggap keagresifan satu konsep superordinat,
bergaduhdengan isteri
satu konsep tahap-asas, dan
mencabar seseorang untuk bergaduh
satu konseptahap-subordinat. Kami mengesyaki oleh kerana namanya yang panjang,
bergaduh dengan isteri
lebih berkemungkinan satu kategori tahap-subordinat, dana bahawa
mencabar seseorang untuk bergadung
lebih berkemungkinan satu cirri berbanding tahap kategori yang lain. Dalam mana-mana kes, apa yang penting di sini bukanlah tahap mana yang betul dalam hierarki tetapi ideabahawa konsep-konsep pada tahap-tahap berbeza di hierarki boleh jadi tidak distruktur dalamcara prototipik.

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
ardisas liked this
Siti Nis liked this
moon05 liked this
moon05 liked this
moon05 liked this
Pan Daffa liked this
Zayyan Zehra liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->