Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bahasa Rojak

Bahasa Rojak

Ratings: (0)|Views: 113 |Likes:
Published by Jzeyee Lim

More info:

Published by: Jzeyee Lim on Jul 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/21/2012

pdf

text

original

 
KESAN-KESAN DAN CARA-CARA UNTUK MENGATASI MASALAHPENGGUNAAN BAHASA ROJAKSOALAN
 Penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa dikatakan telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bincangkan kesan- kesan dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.
Marcapada ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjurudunia tentang penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampur-adukkan perkataan bahasa Inggeris semasamenggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakatsehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi ialah gejala inimenular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi yangmenjadi pemimpin masyarakat. Tuntasnya, kesan
 – 
kesan yang timbul akibat daripadapenggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan perlu dikenal pasti supaya langkah
 – 
langkah yang pragmatik dapat diambil untuk mengatasinya.Seperti yang telah dikatakan penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akanmencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak telah memberi gambaranwujud keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlakuakibat daripada kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayuselaku bahasa kebangsaan. Lama-kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dandigantikan dengan beberapa ciri bahasa Inggeris. Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadibahasa ibunda orang Melayu sekiranya gejala ini terus terjadi. Secara perlahan-lahan kitamungkin akan melucutkan keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan melunturkanfungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Natijahnya, penggunaan bahasa rojak merupakantamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa Melayu.Semetelahan itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh menjejaskanpembelajaran di peringkat sekolah. Kini, kebanyakkan pelajar sering menggunakanbahasa rojak untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalampenghataran sistem pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai amalanseharian mereka, keadaan ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorangpelajar, sekolah mahupun negeri. Hal ini demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalammenulis karangan dengan menggunakan bahasa yang betul. Mereka telah biasamenggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, merekaakan menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa menggunakan bahasa rojak. Oleh itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa perbelajaran di peringkat sekolah akan terjejasdisebabkan oleh bahasa rojak dan bahasa singkatan.Tambahan pula, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan menyebabkanpengguna kelihatan tidak serius. Pengguna tidak menyusun perkara yang mahudiungkapkan dengan matang dan mereka bercakap dengan tidak berfikir secaramendalam. Biar kita ambil contoh, apabila seseorang pelayan menggunakan kata ganti
nama “you”
kepada pelanggannya, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh
 
itu, dia akan berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelangganadalah penting kerana tanpa pelanggan perniagaan tidak dapat dijalankan. Keadaan inimungkin akan menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam kalanganpelanggan kerana mereka merasa dirinya tidak dihormati. Sememangnya, pengguna akankelihatan tidak serius ketika menggunakan bahasa rojak.Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala penggunaan bahasarojak dan bahasa singkatan. Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaranterhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat.Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa dalam sesuatumajlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasamenggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasaMelayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabilaberbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama
 – 
kelamaanseluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan betul. Jelaslah bahawapenggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalammengatasi gejala bahasa rojak.Selain itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikappengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyaiperbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima.Hai ini demikaian kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerimaperkataan-perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakatseharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu danmengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagimengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diriyang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala inidapat diatasi.Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatandigunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massaterutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yangmenggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaanini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu.Seharusnya, program-program television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak 
tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program “Gengstarz”, “One In A Million”dan “Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis
terlebih dahulusebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi melalui peranan yang dimainkanoleh pihak media massa.Kesimpulannya, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa telahmencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. BahasaMelayu merupakan bahasa yang melambangkan identiti dan kewibawaan bahasa kita.Oleh itu, semua pihak harus mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus
 
 bekerjasama bak kata “berat sama dipikut, ringan sama dijinjing” untuk menangani gejala
ini sampai ke akar umbinya. Diharapkan selepas usaha meningkatkan penggunaan bahasaMelayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat global.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->