You are on page 1of 3

KAUM BIDAYUH BAU Kelahiran Sebelum kelahiran Tidak boleh memotong/ menyembelih ayam (binatang berdarah) Tidak boleh

menyiang ikan kerana akan membuatkan anak yang dilahirkan akan menjadi sumbing ( kisah benar) Bakal ibu dilarang menjahit kerana dipercayai akan menyukarkan proses kelahiran bayi. Kepercayaan Dan Adat Resam Untuk memasuki rumah baru, bakal penghuni akan akan mengadakan upacara memberkati rumah tersebut terlebih dahulu,kebiasaanya upacara ini akan dilakukan oleh paderi. Sekiranya mata berkedip-kedip dengan sendirinya dengan kerap, dipercayai akan berlaku sesuatu perkara yang tidak baik. Sekiranya mata yang berkedip sebelah kanan ia menandakan musibah yang akan berlaku akan melibatkan orang jauh, manakala sekiranya sebelah kiri ia akan melibatkan orang yang dekat. Kematian : Akan berkabung selama 7 hari. Semasa tempoh berkabung tersebut dilarang sama sekali menyapu rumah kerana ia akan mengakibatkan roh si mati datang dan mengganggu kerana perbuatan tersebut membuatkan roh menjadi tidak tenteram. Sanak saudara juga tidak dibenarkan untuk membuat kerja-kerja luar dan masuk ke hutan Rebung tidak boleh dibawa masuk kedalam rumah kerana dipercayai akan membuatkan roh si mati tidak tenang dan si mati akan datang ke rumah dan mengganggu penghuninya. Selepas kelahiran Tidak boleh makan makanan yang berangin Tidak boleh makan ikan keli, rebung,pucuk ( benda yang tajam) Selepas bayi berumur 40 hari akan diadakan upacara sembahyang / berdoa dan juga diadakan kenduri

Perkahwinan Upacara merisik diadakan terlebih dahulu untuk memastikan si gadis belum dimiliki,

Jika telah berkenan proses seterusnya ialah meminang dan mengikat pertunangan. Proses pertunangan biasanya hanya selewat-lewatnya setahun. Sekiranya melebihi tempoh tersebut pertunangn tersebut haruslah dilakukan semula. Barangan yang wajib diberikan oleh kedua-dua belah pihak semasa proses pertunagan ialah cincin dan kain sarung. Kain sarung tersebut haruslah diberikan kepada bakal mertua keduadua belah pihak. Sekiranya terdapat halangan dan pertunangn tersebut diputuskan, pihak yang memutuskan pertunangn tersebut akan dikenakan denda. Bayaran pampasan haruslah dibayar. Untuk upacara perkahwinan perkara pertama yang harus dilakukan ialah menjalankan upacara pemberkatan di gereja ( bertukar-tukar cincin) di hadapan paderi. Sekiranya upacara ini tidak dilakukan perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Selepas itu diadakan pula majlis tekuruk iaitu majlis resepsi perkahwinan setelah selesai proses pemberkatan di gereja . namun ini tidak diwajibkan ia terpulang kepada kemampuan individu tersebut.

Makanan Makanan tradisi semasa hari gawai ialah ayam pasuh. Pakaian BORIH PANGIA H SEPIA

TOMUH SERAP BONH AI

*Tngk dlm nie bnyk jg maklumat (http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=228)..

You might also like