Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PUITIKA SASTERA MELAYU DALAM ENDOI

PUITIKA SASTERA MELAYU DALAM ENDOI

Ratings: (0)|Views: 272|Likes:
Published by zulyanie80811286

More info:

Categories:Types, Research
Published by: zulyanie80811286 on Jul 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/17/2015

pdf

text

original

 
1
APLIKASI TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU DALAM ENDOI1.0. PENGENALAN
Secara umumnya, puisi ialah karangan berangkap, dan memepunyai kalimah yang tidak bebas terutamanya pemilihan diksi, rima dan suku kata. Puisi biasanya memerlukanpenggunaan bahasa yang terhad dan padat tetapi mempunyai makna yang mendalam danberkesan. Oleh itu, puisi menuntut pengkaryanya mempunyai pemikiran yang mendalamdan tinggi disamping keterlibatan perasan yang sangat sensitif. (Mutiara Sastera MelayuTradisional, 2010:227).Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakan berkaitanakar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi Melayu lama yangdiolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budisehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam danperibahasa. Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaituepistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak.Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmupencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah S.W.T sebagaisumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral,etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yangdianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dankeindahan.
 
2Mat Jani Hassan (1998:263) menjelaskan puisi merupakan karangan atau hasilsastera yang mempunyai rangkap. Manakala bunyinya pula lebih berirama, di mana kata-kata dan ungkapan di dalam rangkap itu sengaja dipilih begitu teliti supaya dapatmenghasilkan bunyi iramanya dengan jelas. Irama itu mungkin terdiri daripada rimanya dibahagian hujung, atau di tengah-tengah, mahupun di pangkal kalimat-kalimatnya.Abdul Halim Ali (2006:9) menjelaskan puisi adalah satu karangan berangkap.Karangan ini terikat dengan bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlahperkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan iramanya dan jumlah sukukatanya.
Za’ba (Abdul Halim Ali, 2006:9) menjelaskan puisi adalah satu karangan
berangkap yang dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indahdan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.
Za’ba (Harun Mat Piah, 1989:1) menjelaskan lagi bahawa puisi adalah karangan
berangkap yang disusunkan dengan bahagian-bahagian yang berkerat-kerat, dan antarasekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyinya atau rentaknya atau isinya, sertakebanyakannya memakai timbangan atau sukatan tertentu.Semual Taylor Coleridge (Abdul Halim Ali, 2009:10) pula menjelaskan puisiadalah kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik. Ini bermaksud puisi berada dalambentuk yang cantik dan kata-kata yang dipilihnya pula menepati konteks.Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu warisan Melayuyang terdiri daripada puisi terikat dan puisi bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dangurindam. Puisi bebas pula terdiri daripada seloka, teromba, talibun, mantera danperibahasa berangkap. Kumpulan puisi yang ke dua ialah warisan Arab/Parsi. Kumpulan
 
3ini merupakan satu kumpulan puisi terikat yang terdiri daripada syair, nazam, rubai,
masnawi, qit’ah, ghazal, berzanji, endoi, rejang dan ziki
r (Warna Sastera MelayuTradisional, 2000:xxiv).
2.0. PUISI MELAYU TRADISIONAL : ENDOI
Endoi adalah satu bentuk nyanyian yang akan dilagukan untuk mengiringi upacara naik buai. Upacara ini merupakan salah satu adat istiadat Melayu. Kata-kata dan ungkapandalam nyanian tersebut dinamakan puisi endoi (Mutiara Sastera Melayu Tradisonal,2010:235). Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat berpegang teguh kepadaadat resam dan tradisi mereka. Dalam kehidupan seharian, ia banyak melibatkan norma-norma hidup, peraturan, tradisi dan pantang larang yang wajib dipatuhi. Pengabaianterhadap adat resam itu dianggap sebagai satu kesilapan yang besar sehingga bolehmengakibatkan jatuhnya status atau maruah si pelaku mahupun keluarganya.Endoi berasal daripada perkataan
endul
yang bermaksud buaian. Endoi merupakantradisi lisan yang berbentuk perbuatan yang di sambut oleh masyarakat Melayu dalammajlis keramaian seperti kenduri kahwin, mencukur rambut dan sebagai untuk memeriahkan suasana. Endoi juga dikenali sebagai bentuk puisi tumpang, menggunakanbentuk syair, nazam dan juga pantun sebagai wadah penyampaian.Puisi endoi menceritakan tentang salasilah dan riwayat hidup nabi-nabi. Selain itu,endoi menceritakan kisah-kisah nabi untuk dijadikan teladan. Endoi menyampaikannasihat terutamanya kepada golongan kanak-kanak supaya berbuat baik, berbudi danmenghormati ibu bapa. Endoi juga berfungsi sebagai memberi pengajaran tentang Islamseperti rukun iman, dan kitab-kitab Islam. Endoi ditujukan terutamanya kepada anak-anak 

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
M-ma NurNa liked this
Farah Syahira liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->