Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
tazkirah

tazkirah

Ratings: (0)|Views: 10 |Likes:
Published by Raja Solahudin

More info:

Published by: Raja Solahudin on Jul 22, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/21/2013

pdf

text

original

 
MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelahkirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. SedangkanAllah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arahmaksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dananggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapatkeampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga sertamenuju keampunan-Nya..."Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa,maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal daridirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhiajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T.,maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasaberwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA?
Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakimitu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatulorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecildengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembalidurhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allahtetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyiksadan memukul kita."Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?
ANAK-ANAK ZAMAN INI
Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan dirimenjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini.Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antarabentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
 1.
Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
 2.
Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
 3.
Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
 4.
Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
 5.
Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
 6.
Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
 7.
Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasaberkeadaan tidak suci.
 8.
Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untukmenunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
 9.
Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untukmenunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
 10.
Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuattontonan.
 11.
Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dantermasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
 
 
12.
Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan sertahubungan jenis tanpa rasa segan silu .
 
WAHAI INSAN,
 
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DANISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATUAMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMAAMANAH ALLAH TERSEBUT.
 
Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikutkehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.
 
Valentine's Day: Kehadiran Mu Tidak Diundang
Kenapa Masih Menyambut Hari Valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat? Atau hanyaikutan semata-mata. Ataupun, adakah hari-hari kebesaran yang dianugerahkan oleh Allah SWT tidakmencukupi?Kita perlu memahami sejarah dan tujuan perayaan tersebut sebelum melibatkan diri ke dalam sesuatu yangmungkin bertentangan dengan Islam. Kita jangan mudah terpedaya dengan promosi-promosi dalammediamasa slogan-slogan dari Barat mengaburi pemikiran kita. Firman Allah, “Dan janganlah kamumengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya akan diminta pertangggungjawabnya” (Al Isra' : 36).Sejarah valentine adalah panjang. Antara ceritanya, secara ringkas, ia bermula dari golongan yangmenyembah berhala, iaitu orang-orang Romawi, yang merayakan acara untuk memperingati suatu haribesar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia.Setelah penyebaran agama Kristian, para ahli gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadapperayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) menggantikanperingatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang sucidengan memindahkan harinya kepada 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristianyang dihukum mati pada tanggal tersebut.Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik bagi semua umat manusia. Sebagai umat yang memilikiperaturan hidup yang unik dan berbeza dari sistem manapun, kita perlu berdiri atas agama kita yang satuini tanpa meniru ajaran umat yang lain. Sabda Rasulullah saw. "Tidak termasuk golongan ku orang-orangyang menyerupai selain dari golongan umatku (umat Islam)" HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dariayahnya dari datuknya. Sabda Rasulullah SAW lagi, "Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi danNasrani." HR Tirmidzi.Kesimpulannya Ucapan dan sambutan Valentine Day tidak sepatut dilakukan oleh seorang Islam dan iabukan hari kebesaran umat Islam.
Jenis Racun dan 5 Penawarnya;
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.Harta itu racun, zakat itu ubatnya.Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Cermin diri
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian.Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
 
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilahketerlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan danpenderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotongpercakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jikaada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orangyang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusianormal.7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akanlahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita denganALLAH, ini adalah hakNYA pula.10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentinganperibadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
4 macam manusia
Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu,yang boleh dijadikan pemimpin.Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perludibangunkan.Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supayamenjadi cerdas.Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.TINGGALKAN LIMA PERKARATinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orangyang bijaksana.Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.Tingggalkan melihat cacat (aib) orang lain, nescayaa anda akan lebih mengenal cacat sendiri.Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar darikeraguan-keraguan dan kemunafikan.
Ogos,04

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->