Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Panduan Belajar Ke Luar Negara

Panduan Belajar Ke Luar Negara

Ratings: (0)|Views: 149 |Likes:

More info:

Published by: Ahmad Zaki Abdul Latiff on Jul 22, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/22/2012

pdf

text

original

 
KERTAS CADANGAN
PANDUAN CARA HIDUP ISLAM DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM(1)
Mukaddimah : Penjelasan topikSetiap tahun ribuan pelajar-pelajar muslim dari negara-negara Islam menyambungpengajian mereka ke negara-negara bukan Islam bagi mencapai visi dan misi kecemerlanganakademik dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi,sains dan teknologi(2).Pemilihan pelajar-pelajar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat ,United Kingdom,Jepun ,Korea adalah kerana negara-negara tersebut adalah paling maju dalam bidang ekonomi ,sains,dan teknologi ,namun demikian negara-negara berkenaan masih mundur dalam perkembangankeagamaan dan moral .(1)
 
Kertas cadangan ini dibentangkan pada Bengkel Pemantapan Pendidikan Islam ,anjuran UnitPendidikan Islam ,PPP/ITM pada 18-20 Mei 1995 di Lumut ,Perak.(2)
 
16 ribu pelajar Malaysia di UK & Eire ,BH 18/5/95.22 ribu pelajar Malaysia di AmerikaSyarikat.
 
 Ketika umat Islam di Sepanyol menempa kejayaan yang cemerlang dalam sains danteknologi pada abad pertengahan ramai pelajar-pelajar dari Eropah tertumpu ke negara-negara Islamterutama ke Sepanyol untuk menimba ilmu dari para ilmuan muslim kerana lari dari tekanan dankezaliman dari fahaman kefanatikan agama.Kesan yang nyata dari hubungan mereka ini ialahpengaliran ilmu dan tamadun ke Eropah yang kemudiannya mencetuskan zaman Renaissance danRevolusi Industri di Eropah .Sejarah perkembangan tamadun di Barat berlaku secara konflik antara sains danagama.Sarjana-sarjana Barat terlalu memuja aliran rasional ,sementara itu para pendukung agamatelah memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi dan golongan Kapitalis.Akibatnyamasyarakat Barat hilang kepercayaan terhadap peranan agama mereka.Keadaan seperti inisebenarnya tidak pernah berlaku terhadap sejarah perkembangan tamadun Islam yang berkembangseiring dengan perkembangan agama Islam dan ia sentiasa pula dinaungi oleh para ulama danpemerintahannya.Pertembungan masyarakat muslim dengan masyarakat Barat hari ini berada dalamkeadaan yang tidak seimbang .Barat lebih maju dan berkuasa dari Timur.Kebanyakan negara Baratmasih menganggap negara-negara Islam sebagai negara-negara bekas jajahan mereka.Sungguhpunseluruh negara Islam telah merdeka dari penjajahan politik ,namun mereka masih terjajah denganbentuk baru seperti pakatan blok Kapitalis dari sudut ekonomi ,sains ,dan teknologi.Malah negara-negara maju berusaha melabelkan Islam dengan aktiviti-aktiviti keganasan ,reaksioner ,fanatik,ekstrem dan
 fundamentalism .
Kebanyakan negara muslim kini bertindak sebagai peminta sedekah ,terlalu bergantungdengan kuasa-kuasa besar ,berjiwa hamba dengan mereka ,pengagung Barat yang naif danbercakaran sesama mereka .Sesungguhya pertembungan dengan peradaban Barat telahmenimbulkan sikap yang kontradik antara kalangan negara-negara muslim.Sebagai buktinya padapertengahan abad ke-19 ,Arab Saudi telah mengambil sikap tertutup dengan menolak sebarangperadaban Barat.Sebaliknya Turki pula telah mengambil sikap terbuka dengan menerima secara totalpembaratan kerana begitu kagum dengan kemodenan Barat.Kedua-dua sikap tersebut telah menimbulkan implikasi yang negatif terhadap kemajuanpemikiran umat Islam dimana
lahirnya golongan “modernis Muslim sekular” yang mengambil sikap
meniru Barat secara total .Sebaliknya sikap menutup pintu dari aliran pengaruh kemodenan Baratternyata tidak dapat bertahan lama dan masyarakat muslim terpaksa paasrah terhadap kemodenanBarat tanpa ada penyaringan lagi.
 
Pada awal abad ke-20 ,barulah sebilangan masyarakat muslim sedar terntang keburukkankedua-
dua sikap tersebut apabila lahir gerakan “Islah” dan “Tajdid” di Mesir yang dipelopori oleh
Jamaluddin al-
Afghani dengan slogan “Pan Islam”.Maka sejak itu ,lahir pula golongan modernis
muslim yang mengambil pendekatan Islam ketika berhadapan dengan pengaruh peradaban Barat.Perkembangan mutakhir menampakkan sudah ada kesedaran dari kalangan negara-negara muslim untuk bebas sepenuhnya dari kongkongan Barat seperti yang ditunjukkan olehMalaysia .Kelantangan Malaysia mengkritik Barat sedikit sebanyak mendapat perhatian danmengubah pendirian Britain terhadap Malaysia .Oleh itu ,negara-negara muslim lain sepatutnyamengambil pendirian bersama dan lebih tegas terhadap Barat .(3)
 
Lihat lebih lanjut ,ulasan yang menarik oleh Abu al-Hasan Ali al-Husni an-Nadawi,Pertarungan Alam Pikiran Islam dengan Alam Pikiran Barat (terj.),P.T. Almaarif ,Bandung.t.t.,hlm. 9-18 ,33-57.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->