You are on page 1of 2

Semasa bertugas sebagai guru sandaran tidak terlatih di sebuah sekolah menengah, saya telah mengalami satu masalah

di mana saya mengajar tidak mengikut tajuk-tajuk kecil yang telah disusun di dalam silibus pengajaran. Masalah ini menjadi satu kebimbangan terhadap diri saya dan secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada diri saya ketika itu. Hal ini kerana, saya dapat melihat pelajar saya tidak dapat memahami dan mengikuti apa yang saya ajarkan kepada mereka. Masalah ini masih tidak dapat saya atasinya sehingga saya tamat berkhidmat sebagai guru sandaran. Saya berasa terlalu bersalah dan buntu dengan apa yang telah saya hadapi ini. Walaupun saya ketika itu hanya seorang guru sandaran tetapi saya dapat merasakan tanggungjawab dan amanah yang diberi untuk mengajar ketika itu seperti menghantui saya kerana saya tidak dapat mengajar dengan betul. Akibatnya, setiap kali masuk ke kelas saya rasa seperti kurang keyakinan dan rasa amat bersalah kepada mereka iaitu para pelajar Kelas 3 Abrar. Namun, saya telah dapat mengenal pasti beberapa cara untuk mengatasai masalah ini. Untuk menangani masalah ini, saya akan menggunakan kemahiran member penerangan. Dalam kaedah member penerangan, saya mesti dapat menyampaikan maklumat penting kepada muridmurid dengan jelas dan lancar supaya murid dapat faham apa yang saya ajarkan dengan tepat dan jelas. Sebelum memulakan kelas, saya akan pastikan yang saya telah menyediakan rancangan pengajaran yang lengkap. Saya akan pastikan takrif atau penjelasan yang akan saya berikan mestilah lengkap dan akan menjelaskan sesuatu isu atau konsep. Selain daripada itu huraian yang akan saya berikan mestilah diberi secara terpeinci tentang struktur, konsep dan langkah-langkah yang terlibat dalam sesuatu proses tersebut dengan berpandukan rujukan atau langkah-langkah yang telah disediakan. Kesemua cara ini saya akan lakukan mengikut peringkat-peringkat sebelum berpindah ke tajuk yang lain, dan saya akan pastikan ianya akan berlaku. Disamping itu juga, saya akan menggunakan kompenen-kompenen kemahiran menerang bagi memastikan yang saya mengikut langkah ketika mengajar. Antara kompenen menerang adalah seperti arah pemulaan, kemahiran ilustrasi, penyusunan pemikiran idea dan penutup. Bagi arah permulaan, saya akan memastikan murid-murid akan sentiasa mengekalkan minat terhadap tajuk pelajaran yang hendak saya sampaikan. Penerangan saya mestilah jelas dan saya akan menggunakan banyak petunjuk supaya mereka dapat memahami pelajaran yang seterusnya dengan baik. Ini juga akan dapat member rangsangan kepada murid-murid untuk belajar. Seterusnya adalah kemahiran ilustrasi. Kemahiran ini adalah merujuk kepada cara saya menyampaikan penerangan dengan berpandukan contoh-contoh yang berkaitan dan relevan. Saya juga akan menggunakan ilustrasi yang menarik dengan menggunakan pelbagai bahan bantuan

mengajar seperti slaid, transparensi, gambar-gambar berwarna-warni dan benda-benda maujud. Seterusnya, saya akan menyusun pemikiran dan idea-idea. Setiap penerangan yang dibuat oleh saya, mestilah dibuat secara teratur dan sistematik. Penerangan yang saya akan buat hendaklah mengikut satu urutan idea-idea yang sistematik seperti susah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak, senang kepada susah dan umum secara spesifik. Rentetan daripada itu, saya mesti merancang pelbagai idea dan rangsangan yang mernarik. Urutan yang sistematik ini dapat mengelakkan kekaburan di kalangan murid-murid saya. Sementara itu, di peringkat penutup, saya akan merumus semua fakta dan isi penting yang telah saya sampaikan. Saya juga memerlukan maklumat balik daripada murid-murid adalah penting kerana ia akan menunjukkan kefahaman sikap dan minat murid-murid. Secara keseluruhan, dengan menggunakan kaedah dan teknik ini, saya harap dapat mengatasi masalah yang telah menimpa saya suatu ketika sebagai guru sandaran tidak terlatih.

You might also like