You are on page 1of 2

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR Berfikir bertujuan memberi makna.

John Dewey mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada. Untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan faktayang sedia ada. Beyer mendefinisikan berfikir sebagai manipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab atau keputusan. Berfikir melibatkan tiga komponen operasi mental, pengetahuan dan sikap. Berfikir terdiri daripada aktiviti mental iaitu operasi yang dijalankan oleh minda. Operasi berfikir boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum : kognitif dan metakognitif.

BERFIKIR terdiri pengetahuan daripada sikap

Operasi mental dibahagi kognitif kepada metakognitif

meliputi

kemahiran

strategi

kritis

kreatif

Membuat kepuusan

Menyelesaikan masalah

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF. Pemikiran kritis adalah pemikiran yang mahir dan bertanggungjawab untuk mrmudahkan proses memberi pendapat, membuat anggaran, kesimpulan atau keputusan dengan bijak. Kemahiran berfikir secara kritis dijalankan oleh individu sendiri berdasarkan criteria-kriteria tertentu mengikut konteks atau situasi yang berkenaan. Pemikiran kreatif pula adalah pemikiran produktif yang bercapah. Kemahiran berfikir secara kreatif melibatkan penjanaan atau sintesis idea atau hasil yang baru,asli dan luar biasa. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) merupakan asas untuk strategi atau proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

You might also like