You are on page 1of 23

Bml2103 Jenis Ayat

Disediakan oleh: Noor Fazila binti Rejli DPLI- BM Feb 2012

Pengenalan
Ayat Klausa

Frasa

Perkataan

Jenis ayat

Ayat penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan

Jenis ayat

Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan

Menyatakan atau memberi keterangan Contoh: 1. Roger wartawan 2. Guru mengajar murid

Jenis ayat
Ayat Tanya
Tanpa kata tanya Dengan unsur tanya

Ayat Tanya
Tanpa Kata Tanya

Diucapkan dengan nada suara yang tinggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Contoh: Dia terperanjat?

Boleh disertai dengan partikel kah? Contoh: Dia terperanjatkah?

Pendepanan konstituen yang menjadi fokus Contoh: Terperanjatkah dia?

Mengandungi kata hubung relatif yang yang mengalami pendepanan dengan partikel kah. Contoh: Diakah yang terperanjat?

Ayat pasif Contoh: 1. Buku itu dipinjam oleh Liza? 2. Dipinjam oleh Lizakah buku itu?

Ayat Tanya

Dengan Unsur Tanya

Kata Tanya

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Frasa Sendi Nama Tanya

Kata Tanya

Mengandungi kata tanya Contoh: berapa, bagaimana, bila, mengapa

Susunan ayat biasa, kata tanya menduduki unsur predikat Contoh: Majlis pertunangannya bila?
Lazimnya, ayat susunan biasa mengalami proses pendepanan Contoh: Bila majlis pertunangannya? Unsur dikedepankan perlu menerima partikel kah. Contoh: Bilakah majlis pertunangannya?

Kata Ganti Nama Diri Tanya


Mengandungi kata ganti nama tanya. Cth: apa, siapa, dan mana Susunan ayat biasa, kata ganti nama tanya pada unsur predikat Contoh: Ayahnya siapa? Ayat biasa boleh mengalami proses pendepanan predikat Contoh: Siapa ayahnya? Bentuk tulisan, unsur yang dikedepankan perlu terima partikel kah. Contoh: Siapakah ayahnya? Boleh wujud dalam ayat pasif Contoh: Manakah yang dipilih olehnya?

Kata Tanya
Dengan Unsur Tanya

Frasa Sendi Nama Tanya

Ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya Contoh: di mana, sejak bila

Susunan ayat biasa, FSN Tanya hadir dalam predikat Contoh; Adlin hendak ke mana? Boleh mengalami proses pendepanan predikat dengan partikel kah. Contoh: Ke manakah Adlin hendak pergi?

Kata Tanya
Dengan Unsur Tanya Frasa Sendi Nama Tanya Ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya Contoh: di mana, sejak bila Susunan ayat biasa, FSN Tanya hadir dalam predikat Contoh; Adlin hendak ke mana? Boleh mengalami proses pendepanan predikat dengan partikel kah. Contoh: Ke manakah Adlin hendak pergi?

Ayat tanya juga dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki, sama ada ayat tanya tertutup atau ayat tanya terbuka. Ayat tanya tertutup memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan. Contoh: Encik Haidir pensyarahnya? Ya, Encik Haidir pensyarahnya. Ayat tanya terbuka jawapan terhad kepada perkataan ya atau tidak/bukan, bergantung pada maksud ayat tanya tersebut. Contoh: Pensyarahnya siapa? Pensyarahnya Puan Baizura.

Jenis ayat

Ayat Perintah

Digunakan bertujuan menimbulkan sesuatu tindakan

Menggunakan kata ganti nama kedua Contoh: awak, kamu, engkau

Suruhan

Larangan

Silaan

Permintaan

Ayat Suruhan
Bertujuan memberi perintah atau arahan Subjek ialah kata ganti nama orang kedua yang biasanya digugurkan Subjek boleh digugurkan dengan tujuan penegasan

Ayat Suruhan

Contoh: Pergi dari sini! Boleh dilembutkan dengan partikel lah dan mengalami proses pendepanan Contoh: Pergilah dari sini!

Ayat Larangan
Menggunakan kata larangan jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja. Bertujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh: Usah dikenang peristiwa lalu.

Ayat Larangan

Dilembutkan dengan partikel lah Contoh: Usahlah dikenang peristiwa lalu. Ayat larangan yang bersifat umum, tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel lah Contoh: Dilarang membuang sampah di sini.

Ayat Silaan
Menggunakan kata silaan; sila atau jemput sebelum kata kerja. Bertujuan menjemput atau mempersilakan Digunakan pada permulaan ayat Contoh: Sila datang ke rumah saya hari ini.

Ayat Silaan

Dilembutkan dengan partikel -lah Contoh: Silalah datang ke rumah saya.

Ayat Permintaan
Menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong Bertujuan memohon permintaan dan pertolongan Contoh: Tolong tutup tingkap itu. Biasanya tidak membawa pengertian negatif

Ayat Permintaan

Contoh ayat berikut tidak dianggap betul: Sila jangan merokok. Ayat larangan dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Contoh: Harap jangan merokok

Ayat Seruan
Diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan Contoh: takut, marah, takjub, geram, sakit

Digambarkan dengan tanda seru (!), sama ada didahului oleh kata seru atau tidak. Contoh kata seru: oh, amboi, wah, cis, eh
Contoh ayat seruan: Oh, Tuhanku!

You might also like